OOO

Memaparkan catatan dengan label makanan di united kingdom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan di united kingdom. Papar semua catatan

Isnin, Mei 23, 2011

Catatan Perjalanan ke UK -Hari Pertama (7-8 hb. Mei 2011)

Ke KLIA di hantar oleh anak akak..naik flight dalam pukul 5.50 petang hari Sabtu
ke Bandar Seri Begawan Brunei dulu.  Masa ni muka happy sebab excited nak gi tempat orang.
Sebelum memulakan perjalanan ada bacaan doa naik kenderaan..
baguskan naik kapalterbang Royal Brunei ni.  Dapat makan tengahari walaupun cuma 2 jam perjalanan.
Transit di Brunei tak sampai 1 jam..sempatlah solat jamak..tukar naik kapal terbang yang lebih besar..kebanyakkan penumpang pelajar dari UK yang melawat Sabah...hinggar binggar di buatnya...kanak-kanak rianglah katakan.
7 jam dalam flight..penatnya ashik duduk ajer..tapi makan dan minum best sungguh.  Berhenti pula di Dubai Airports dekat  2 jam. Cantik sungguh tempat ni, macam shopping complex..ada 3 tingkat.   Dapatlah melawat kejap kedai-kedai kat sini.Hb akak mengada-gada beli puff dan air kat sini..
fuhh kena 45 dirham..lebih kurang RM45.00.
Hb sempat hisap rokok sebatang..pastu naik flight yang sama.  Ada lagi bacaan doa naik kenderaan, sakit hati tenguk mat dan minah salleh yang muda-muda gelak-gelak bila bacaan doa di bacakan...kurang ajar..
Setelah 7 jam  duduk dalam flight lagi  sambil mengeluh... bila nak sampai..bila nak sampai..akhirnya selamat gak sampai di Airport Heathrow London lebih kurang  pukul 6.45 pagi Ahad waktu tempatan..delay 20 minit..okeylah tu.


Tertipu sebab beli sim kad kat airport..harga 10 pound (RM50.00)..tak ada kredit pulak tu..padahal kalau beli kat luar cuma 1 pound. Patutlah tak ada orang beli, akak ni kelam kabut beli sebab nak call anak bagitau dah sampai.


Kena beli top up lagi 5 pound..baru boleh call anak akak...rugi 9 pound dah kat situ.  Nanti sape gi uk jangan beli kat air port tau.
Naik bus National Express Coach di Terminal 4 ke Terminal 3/5.. dah siap bayar secara online cuma print dan tunjuk kertas ajer  kat driver bus.  Cuaca sejuk giler masa tunggu bas.


Kemudian tukar bas  yang lain ke London pulak di situ. Ikut jadual kami naik bas dalam pukul 1.30 tengahari tapi dah sampai cepat dan kebetulan tempat duduk banyak kosong driver kasi naik.  Syukur..kalau idak lagi lama bertapa kat situ.
Tak sampai satu jam sampai di Victora Coach Stastion London dalam pukul 10.00 pagi..terlepas bas nak ke Sunderland gara-gara akak cari bilik air, akhirnya tak jadi pegi ke toilet sebab kena bayar 30 pence (lebih kurang RM1.00 lebih).  Akak tak ada duit kecik masa tu, belum belanja apa-apa lagi.


Hb gi tanya kat tempat tiket  ada tak bas lain yang nak gi ke sana dalam masa terdekat. Nasib baik ada tapi kena singgah dulu di Leeds dan bayar lagi 5 pounds.  Sempat beli roti ada sayuran dalam 5 pound (RM25.00) 2 bungkus coklat M & M dekat 4 pound (RM20.00)  dan sebotol besar air mineral berperasa lemon dekat 2 pound (RM10.00) kat kedai Pakistan.  Nasib baik kat atas bas ada bilik air..selamat..
Pukul 10.30 pagi bas mula gerak dan perjalanan mengambil  masa 4 jam nak ke Leeds.  Bas lalu kat bandar London..dapatlah tenguk bandar London.
Sampai di Leeds..kena tunggu dalam 45 minit, kemudian naik bas lain ke Sunderland.  Fuhhh lapar sungguh masa ni...hb beli lagi roti dan air..tu pun kena hati-hati, susah nak cari yang halal kat UK ni.
Driver suruh pakai tali pinggang keledar, kalau idak kena saman..muka dah penat. Punggung pun dah rasa kematu sebab ambil masa berjam-jam, tapi tawakal ajerlah sebab hb tak naik flight gi ke tempat anak sebab tak best katanya..tak dapat tenguk pemandangan.


Kalau naik flight baru ambil masa 45 minit sampai ke Newcastle, nanti boleh naik kereta lagi 2 jam.
Nasib baiklah pemandangan sepanjang perjalanan cantik sebab dah masuk musim bunga. Kalau guna camera mahal lagi lawa.
hb kata ni tempat arang batu di proses
suka pulak tenguk van ni
Pemandu omputih yang agak sombong..hb kata..
wah bestnya kita jadi tuan ek..mat salleh jadi kuli..akak gelak ajer..
berhenti turunkan penumpang di Middleborugh sekejap
Akhirnya sampai gak ke Sunderland dalam pukul 5.30 petang
 muka dah penat..mata pun dah mengantuk..ashik menguap ajer..sempat lagi ditegur dek omputih pempuan..why you look so tired? Akak sengih ajer sebab nak fahamkan loghat dia...tak sama cam kita cakap omputih kat sini.
Kawan Russhdi ambil di park line (perhentian bas) terima kasih Bard. Sampai rumah anak ..perut dah lapar sebab cuma makan roti, coklat dan air ajer.
Suruh beli Russhdi call kedai jual nasi dan nanti ada orang hantar.  Beli 3 bungkus nasi sedap(lupa nama), lauk kari kambing, papadum dan ayam tikka, semuanya dalam 15 pound (pejam mata jerlah bila di kali 5) pastu tidur tak sedar sebab kepenatan.

Ahad, Mei 15, 2011

Makanan di United Kingdom

Nasi goreng..menu paling senang nak buat kat sini...janji ada nasi sejuk..bila gi memana akak memang buat nasi goreng sebab susah nak cari makanan halal kat sini. Bawa bekal masa lawatan ke Newcastle
Bekal masa nak ke East Midlands Designer Outlet
sarapan pagi hari pertama sampai..jemput-jemput kelapa cicah sos
spagetti pun selalu buat..pakai sos segera
nasi, lamb tikka, curry lamb dan papadom..masa sampai suruh anak order..kelaparan sebab makan roti  dan coklat dan minum ajer ajer kat london sebab tak jumpa pun makanan halal..yang tak halal bersepah-sepah..pastu harga berdentum
balik dari manchester singgah kat sini ..order nasi cam kat atas..
dah 2 kali makan jemulah pulak
semalam masak kari kambing biri-biri..guna santan kotak 
tapi tak ada daun kari...kurang umphh
patutnya nasi hujan panas tapi tak ada daun pandan dan pewarna..hb akak kata tukar nama jadi nasi mendung sebab kat sini semalam cuaca mendung, hujan ashik turun ajer...sejuk weiii
dapur bujang yang banyak berjasa..bila malam ajer budak bujang kat umah ni gilir-gilir masak..akak cuma makan ajer..mereka tak kasi akak masak..bestnya. 

Terima kasih buat member Russhdi yang sudi melayan kami berdua kat sini.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...