OOO

Memaparkan catatan dengan label royal brunei airlines. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label royal brunei airlines. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 19, 2011

Catatan Perjalanan Pulang Dari London-Dubai-Brunei-Malaysia

Maaf gambar tak lawa..bateri kamera kong..charger dalam beg besar..guna handphone ajerlah

Oleh sebab flight pagi kami kena keluar awal dari hotel, sehari sebelum tu kami dah booked taxi kat sini.  Kena bayar dalam 20 pound (RM100) ke Heathrow Airport  sebab tak larat nak naik bas bawa beg yang berat tu.

Agak mahal kan sebab perjalanan tak sampai 1/2 jam..nak buat camner..kalau naik bas pun kena dalam 10-12 pound untuk 2 orang.
Best betul sebab naik Royal Brunei Airlines ni sebab boleh bawak beg berat sampai 40kg..tapi rasanya lebih kot beg akak ni sebab dah beranak pinak. Dah bincang dengan suami kalau terlebih berat kenalah angkut beg sandang naik atas.  Tapi bila timbang semua beg kecuali beg kecik tu lepaslah pulak. Alhamdulliah.
  
Kalau idak masak gak nak angkut beg tu naik atas.  Kalau Air Asia garenti kami kena keluarkan isi perut beg dan buang pakaian lama macam geng anak akak kena masa dorang pi London.  Kalau banyak duit bolehlah bayar muatan yang terlebih.  Rasanya mahal gak kot.

Banyak gak orang dari negara Afrika kena keluarkan isi perut beg (flight lain).  Macam-macam yang mereka nak angkut bawa balik ke negara mereka tapi sayang sebab beg terlebih berat dan tak nak kena bayar mereka terpaksa buka beg besar dan keluarkan benda yang tak perlu dan buang dalam tong sampah.  Sayangkan..

Kami cuma bawak beg kecik tu naik ke dalam flight.  Tu pun berisi pinggan mangkuk yang akak takut pecah berderai kalau letak dalam kargo.
Bila dah settle beg terus masuk ke imigresen dan security. Pastu jalan-jalan kat dalam.  Macam-macam ada tapi harga tak mampu nak beli.  

Window shopping ajerlah.  Masa gi Harrods kat London tak beli apa-apa pun tapi kat sini akak belilah sikit barangan cenderahati dari Harrods..buat kenang-kenangan.
Pergi balik  dari KL ke London (KLIA ke BSB-2 jam..transit 2 jam di Bandar Seri Begawan- 7 jam ke Dubai pastu transit 2 jam kat situ. Dubai ke London 7 jam.  Cuma waktu balik transit kat Bandar Seri Begawan memang lama dalam 6-7 jam) Masa pulang balik kl-london, london-kl kami naik Royal Brunei Airlines.  

Kebetulan dapat harga yang memuaskan dan termampu dengan dompet suami akak.  Bila nak berlepas ajer mesti  ada bacaan doa naik kenderaan.  Geram gak tenguk telatah mat salleh sebab dorang gelak bila doa di bacakan.  Arak pun tak di hidang dalam flight.

Masa nak balik memang tak leh tidur sangat sebab ada seorang omputih pempuan bawa 2 orang anak kecil  tanpa bantuan sesiapa.  Sorang umur dalam lingkung 2-3 tahun dan sorang lagi masih kecil dalam 3-4 bulan.

Baby lelaki ni first time naik flight..ashiklah menangis sebab tak selesa.  Kesian pulak tenguk mak dia yang nak handle 2 orang anak sampailah kat airport BSB Brunei.  Kejap melalak..kejap diam..kejap melalak kejap diam.  Akak kalau bising memang payah nak lelap.
Yang seronoknya kat dalam flight ni nak minum boleh minta bila-bila masa dan makan pun ikut time. Memang puas hati dengan hidangan makanan dan minuman yang di hidangkan.  Kenyang dan berbaloi.
Walaupun waktu pergi dan balik kena transit kat Dubai selama 2 jam tapi kami happy sebab boleh jejalan kat dalam airport.  Dapat hilangkan rasa kekejangan duduk dalam flight selama 7 jam..fuhhh memang tak larat nak duk berbelas jam dalam flight sebab dah berumur.

Dalam flight pun setiap 1-2 jam akak bangun gi kat area lapang buat senaman sikit.  Bukan akak sorang..ramai lagi yang buat camtu.

Masa pegi ke London kami tak beli apa-apa pun tapi masa balik beli sedikit ole-ole untuk anak-anak dan nak habiskan pound yang ada dalam poket.

Lepas masukkan beg dalam mesin imbasan  di Dubai akak kena tahan dek kastam di situ.  Alamak hati dah dup dap dup dap. Nasib baiklah pegawai kastam tu perempuan dan mereka suruh buka beg yang akak sandang. Habis di punggah semua benda kat dalam tu termasuklah benda peribadi.  Kalau kena kastam lelaki tentulah malu kan.
Nak tau kenapa akak kena tahan..sebab benda nilah..

Akak beli 3 biji dalam 10 pound (RM50.00) pastu terus masukkan  ajer dalam beg sandang sebab takut pecah malam sebelum pindah ke IBIS HOTEI HEATHROW.  Masa kat Heathrow Airport masuk tempat imbasan tu tak ada pulak kena tahan tapi masa kat Dubai Airport kenalah pulak.

Bila pegawai kastam tu jumpa benda ni..dorang cakap arablah..mana ana nak faham...cuma faham dia sebut souvenir..souvenir... (cenderahati) ..barulah dorang lepaskan akak.  

Suami akak dah bising dah ..apasal lah beli benda yang menyusahkan ni. Ala bang tak teringatlah pulak kat dalam benda ni ada cecair sayang punya pasal takut pecah tak letak dalam kargo.

Dari Dubai sampai kat Airport Bandar Seri Begawan dalam pukul 8.00 pagi waktu kat situ.  Nak naik flight ke KLIA dalam pukul 2.00 petang.  Masa duk lepak-lepak tu ternampak ada seorang budak lelaki tanya kepada kami yang baru turun dari flight nak tak jejalan kat bandar Seri Begawan.
Tak pasti ini Masjid yang mana...samada Masjid Jame' Asr atau dipanggil Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei sebab kat Brunei ada 2 majid berkubah emas  ataupun yang ni Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei

Wah apa lagi..akak pun register..rasa rugi tak pegi sebab free.  Bila lagi nak lawat negara Brunei kan. Dalam pukul 11.00 lebih baru bas persiaran sampai.  Nak keluar kena chop passport dan minuman keras tidak dibenarkan di bawa masuk.  Terpaksalah mat salleh yang beli arak kena tinggal ajer arak kat airport.  Bagus kan macam tu.
Kami cuma duk dalam bas tenguk tempat-tempat menarik.  Kat kampung air ni ada gak omputih turun nak jejalan kat sini.  Dorang bolehlah sebab flight dorang waktu malam.  Akak tak beranilah sebab takut tertinggal flight nanti.
Pemandu pelancung kata kat bandar Seri Begawan cuma ada satu sahaja tokong china di sini. Orang China tak berapa ramai yang menjadi rakyat negara Brunei.
Kami dibawa ke tempat makan di sini.  Nak rasa masakan orang Brunei dan katanya ada satu masakan yang fofolur kat sini.  Namanya nasi katok..wah teruja nak menikmatinya.
Rupanya nasi dengan ayam goreng di makan bersama sambal istimewa.  Kami makan bersama omputih yang ashik mengomel kata dia memang tak boleh hidup kat negara Brunei ni sebab tak ada arak, tak ada kelab malam dan susah nak cari perempuan.  Biasalah omputih tu kan semua syurga dunia bagi mereka.

Bila pemandu pelancung kata nak arak boleh beli kat sempadan Brunei/Malaysia..terasa malu.  Kata beliau lagi  walaupun orang Islam ramai tapi semua ada kat Malaysia.  Bertambah malu akak bila dorang kata camtu.
Lepas makan gi akak gi jejalan kat tempat jual barangan kraftangan orang sini.  Ingat nak cari key chain ataupun fm buat kenangan tapi tak jadi beli sebab akak cuma tukar duit brunei sikit ajer.  Sebab tukarpun  nak bayar duit makan tadi.  Lagi pun harga cenderahati kat sini macam mahal ajerlah.
Bila sampai kat Airport Seri Begawan semula akak tukar duit sikit nak beli fm.  Dapatlah 3 fm buat kenangan jejalan kat sini walaupun cuma beberapa jam sahaja.

Kebanyakkan krew Royal Brunei Airlines adalah orang luar..masa akak naik tu kebanyakkan orang vietnam yang akak jumpa kat dalam perjalanan pergi dan pulang.

Dalam pukul 2.00 petang kami naik flight ke KLIA, dalam flight tidur ajer sebab kepenatan, cuma terjaga waktu makanan dihidangkan.  Sampai kat KLIA dalam pukul 5.00 lebih.  Kena tunggu Firdaus datang ambil.

Memang seronok gi ke UK tapi tak tahan dengan tukaran wang kat sana.  Makanan pun mahal....walaupun ada orang kata barang berjenama kat UK murah dari Malaysia akak tak beli pun sebab niat di hati cuma nak lawat anak kat sini.

Kalau poket tebal cam Datin, artis ataupun jutawan bolehlah shopping dan jejalan kat negara Paris, Itali dan negara Europe yang lain.

Tak taulah nak cakap..mungkin gi lagi ataupun idak lagi ke sini.  Bergantung kepada keadaan, kesihatan dan umur.  Terima kasih buat suami yang menunaikan hasrat di hati akak sempena ulang tahun perkawinan kami ke 25 tahun.

Suami kata lepas ni kita ke tanah suci Mekah pulak..insyallah..
 

Isnin, Mei 23, 2011

Catatan Perjalanan ke UK -Hari Pertama (7-8 hb. Mei 2011)

Ke KLIA di hantar oleh anak akak..naik flight dalam pukul 5.50 petang hari Sabtu
ke Bandar Seri Begawan Brunei dulu.  Masa ni muka happy sebab excited nak gi tempat orang.
Sebelum memulakan perjalanan ada bacaan doa naik kenderaan..
baguskan naik kapalterbang Royal Brunei ni.  Dapat makan tengahari walaupun cuma 2 jam perjalanan.
Transit di Brunei tak sampai 1 jam..sempatlah solat jamak..tukar naik kapal terbang yang lebih besar..kebanyakkan penumpang pelajar dari UK yang melawat Sabah...hinggar binggar di buatnya...kanak-kanak rianglah katakan.
7 jam dalam flight..penatnya ashik duduk ajer..tapi makan dan minum best sungguh.  Berhenti pula di Dubai Airports dekat  2 jam. Cantik sungguh tempat ni, macam shopping complex..ada 3 tingkat.   Dapatlah melawat kejap kedai-kedai kat sini.Hb akak mengada-gada beli puff dan air kat sini..
fuhh kena 45 dirham..lebih kurang RM45.00.
Hb sempat hisap rokok sebatang..pastu naik flight yang sama.  Ada lagi bacaan doa naik kenderaan, sakit hati tenguk mat dan minah salleh yang muda-muda gelak-gelak bila bacaan doa di bacakan...kurang ajar..
Setelah 7 jam  duduk dalam flight lagi  sambil mengeluh... bila nak sampai..bila nak sampai..akhirnya selamat gak sampai di Airport Heathrow London lebih kurang  pukul 6.45 pagi Ahad waktu tempatan..delay 20 minit..okeylah tu.


Tertipu sebab beli sim kad kat airport..harga 10 pound (RM50.00)..tak ada kredit pulak tu..padahal kalau beli kat luar cuma 1 pound. Patutlah tak ada orang beli, akak ni kelam kabut beli sebab nak call anak bagitau dah sampai.


Kena beli top up lagi 5 pound..baru boleh call anak akak...rugi 9 pound dah kat situ.  Nanti sape gi uk jangan beli kat air port tau.
Naik bus National Express Coach di Terminal 4 ke Terminal 3/5.. dah siap bayar secara online cuma print dan tunjuk kertas ajer  kat driver bus.  Cuaca sejuk giler masa tunggu bas.


Kemudian tukar bas  yang lain ke London pulak di situ. Ikut jadual kami naik bas dalam pukul 1.30 tengahari tapi dah sampai cepat dan kebetulan tempat duduk banyak kosong driver kasi naik.  Syukur..kalau idak lagi lama bertapa kat situ.
Tak sampai satu jam sampai di Victora Coach Stastion London dalam pukul 10.00 pagi..terlepas bas nak ke Sunderland gara-gara akak cari bilik air, akhirnya tak jadi pegi ke toilet sebab kena bayar 30 pence (lebih kurang RM1.00 lebih).  Akak tak ada duit kecik masa tu, belum belanja apa-apa lagi.


Hb gi tanya kat tempat tiket  ada tak bas lain yang nak gi ke sana dalam masa terdekat. Nasib baik ada tapi kena singgah dulu di Leeds dan bayar lagi 5 pounds.  Sempat beli roti ada sayuran dalam 5 pound (RM25.00) 2 bungkus coklat M & M dekat 4 pound (RM20.00)  dan sebotol besar air mineral berperasa lemon dekat 2 pound (RM10.00) kat kedai Pakistan.  Nasib baik kat atas bas ada bilik air..selamat..
Pukul 10.30 pagi bas mula gerak dan perjalanan mengambil  masa 4 jam nak ke Leeds.  Bas lalu kat bandar London..dapatlah tenguk bandar London.
Sampai di Leeds..kena tunggu dalam 45 minit, kemudian naik bas lain ke Sunderland.  Fuhhh lapar sungguh masa ni...hb beli lagi roti dan air..tu pun kena hati-hati, susah nak cari yang halal kat UK ni.
Driver suruh pakai tali pinggang keledar, kalau idak kena saman..muka dah penat. Punggung pun dah rasa kematu sebab ambil masa berjam-jam, tapi tawakal ajerlah sebab hb tak naik flight gi ke tempat anak sebab tak best katanya..tak dapat tenguk pemandangan.


Kalau naik flight baru ambil masa 45 minit sampai ke Newcastle, nanti boleh naik kereta lagi 2 jam.
Nasib baiklah pemandangan sepanjang perjalanan cantik sebab dah masuk musim bunga. Kalau guna camera mahal lagi lawa.
hb kata ni tempat arang batu di proses
suka pulak tenguk van ni
Pemandu omputih yang agak sombong..hb kata..
wah bestnya kita jadi tuan ek..mat salleh jadi kuli..akak gelak ajer..
berhenti turunkan penumpang di Middleborugh sekejap
Akhirnya sampai gak ke Sunderland dalam pukul 5.30 petang
 muka dah penat..mata pun dah mengantuk..ashik menguap ajer..sempat lagi ditegur dek omputih pempuan..why you look so tired? Akak sengih ajer sebab nak fahamkan loghat dia...tak sama cam kita cakap omputih kat sini.
Kawan Russhdi ambil di park line (perhentian bas) terima kasih Bard. Sampai rumah anak ..perut dah lapar sebab cuma makan roti, coklat dan air ajer.
Suruh beli Russhdi call kedai jual nasi dan nanti ada orang hantar.  Beli 3 bungkus nasi sedap(lupa nama), lauk kari kambing, papadum dan ayam tikka, semuanya dalam 15 pound (pejam mata jerlah bila di kali 5) pastu tidur tak sedar sebab kepenatan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...