OOO

Isnin, Oktober 03, 2011

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tajuk tak boleh belah kannn..

Tentu korang hairan kan tenguk logo/badge ni di sidebar kanan kan.  Boleh klik kalau tau apakah disebalik banner ini.

Kumpulan ini di tubuhkan bukan untuk menyaingi kumpulan yang lain. yang dah establish.  Ditubuhkan pada hari ini 3hb. Oktober 2011, kumpulan ini ditubuhkan kerana kami ni memang rajin sertai event terutama dari Nuffnang. 

Dek kerana selalu berjumpa persahabatan kami bertambah erat.  Walaupun ada yang tak suka sebab kumpulan gtb selalu mengeggarkan suasana tapi kami selalu jujur antara satu sama lain.  Setiap keburukan akan di tegur tak kiralah yang tua (akaklah tu) ataupun muda.

Tanpa berselindung di sebalik gambar lain, masing-masing memang  mempunyai identiti sendiri dalam blog, memang havoc ,mengambil berat dan suka berterus terang diantara satu satu sama lain.  Kalau ada antara geng yang tak faham tentang dunia blog ada ajer geng lain yang akan membantu.

Setakat ni ahli kumpulan berjumlah 18 orang.  Setiap kegembiraan di kongsi bersama, setiap kesedihan akan di kongsi juga. Kalau ada event yang best kami akan utamakan geng kami dulu.

Jom kita tengok siapakah ahli-ahli yang dimaksudkan itu. Nilah geng yang kerap berjumpa bila ada event.

http://www.kakinakl.com/  dilantik sebagai ketua sebab dah tua
Muhammad Firdaus (manager akak...sebab dia kdg-kdg tolong akak buat N3)

Pada masa akan datang ahli ini akan bertambah dari masa kesemasa mengikut persetujuan dari ahli-ahli yang ada.  

Sebab kami memang pentingkan ahli yang tidak suka bergossip kosong dan pentingkan diri sendiri dan juga suka menggunakan orang lain untuk berjaya.

Segala permohonan akan di tapis oleh jawatankuasa yang telah di pilih sebulat suara oleh kami. Syarat yang paling utama mereka kena rajin gi event Nuffnang ..bukannya pergi sekali dua boleh apply.  Kami ni dari tahun 2009 lagi dah berjimba-jimba bersama-sama.

Keuntungan masuk kumpulan ini kami akan sentiasa bertukar link di antara satu sama lain dengan pertolongan pakar it Bean Moreno.

Doakan agar kumpulan ini berkekalan sehingga ke akhirnya.

p/s nak duit tak..joinlah milo can next games (klik kat sini)
 

20 ulasan:

  1. Semoga apa yang kita harapkan akn terus berjaya dengan jayanya

    BalasPadam
  2. Ha'ah bgs juge ade kritiria sebelum diterima msk

    agak2 pia lyk x?hehe

    BalasPadam
  3. fuhh,, kelassss kak ina ade geng dah hik hik.. kalau nak join kene interview dgn GTB ke? hehe

    BalasPadam
  4. wah semua dah pakat keluar entri

    BalasPadam
  5. Wow!, tahniah kak ina and the gang,seronok tengok blogger yang berjaya ni...

    BalasPadam
  6. bestnye asyik dapt pergi even nuffnang..

    BalasPadam
  7. alah.. permohonan saya dah lulus ke blom ni kak?? huhu.. lama jugak ek akak proses.. hihi..

    BalasPadam
  8. ermm takleh join sebab jarang gi event nuffnang....plus tak selalu diundang huhuhu....tengok dari jauh je la......

    BalasPadam
  9. Semoga segala hubungan dalam Geng ini akan terus terjalin tanpa berselidung sesuatu.. Good luck fo GTB Crew..

    BalasPadam
  10. Woww,... menarik, leh join kah?? hihihihi :))

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...