OOO

Khamis, November 03, 2011

Makan Kari Ayam Dengan Cencaluk

Akak suka buat kari ayam/kari daging hari Jumaat sebab esok boleh buat pencicah roti kebab ker..roti puri, roti canai segera ..tak pun capati.  Tak yah beli sarapan kat luar.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-potong 16
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1/2 biji bawang merah-tumbuk/kisar
  • 1 1/2 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging (akak guna babas)
  • 2 biji ubi kentang -dibelah 4
  • 1 kiub ayam
  • 400gm santan pekat
  • 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  • garam secukupnya
  • sedikit air asam jawa
Bahan untuk menumis
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis
  • minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah daging dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan rempah kari  bersama sedikit air dan masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak sambil dikacau selalu lalu masukkan sedikit garam.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
6. Biarkan sampai kentang empuk dan burung puyuh lembut dengan api sederhana.
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.
8. Boleh makan bersama nasi biasa,nasi minyak ataupun roti.
Pekena dengan cencaluk dan nasi panas...bom berdentum pun tak lari dek sebab tengah makan benda sedap

13 ulasan:

  1. sama la kita..kalo msk jumaat tuh..ade je plan skali ngan esok..kdg2 buat kari..sbb nk cicah roti canai segera..
    atau msk nasik lebih..sbb nk buat nasi goreng..
    jadi tukang msk di rumah..kena bijak kan..hahaha

    BalasPadam
  2. mak oiii....terus terliur saya kak ina. Konpem minggu ni nak sambar cencaluk sebotol kat alor gajah

    BalasPadam
  3. sedih lak rasanya bila baca artikel bab penyakit gout, terpaksa kurangkan bab2 kari nih. betul ker eh?

    BalasPadam
  4. wah kari ...adalah kegemaran saya !!!

    BalasPadam
  5. Wow sedapnyaa..tgk regu lauk pauk akak Ina nie.. :)

    BalasPadam
  6. As'salam kak Ina

    Kak Ina, ct pulak hari Jumaat selalu macam mood masak2 turun 50% sebab esok pagi nak ajak abg keluar cari sarap yang sedap2..hahaha

    lagi pun ct ni kan memang boikot lauk kari dari masuk kat tekak kak..hahaha adoiii teruk betul kan ct ni :)

    BalasPadam
  7. Bab makan ni....kena gaya berpinggan nasi.

    BalasPadam
  8. cencaluk!!!

    tp sy lg suka BUDU..kihkihki

    BalasPadam
  9. Ina.. yang buat kita kecur air liur tu cincalok tu... lama dah tak makan...huhuhu

    BalasPadam
  10. kak ina, baru nak komen entry bawah akak.. eheheheh

    gambar kita masa first time jumpa tu.. tu first time saya jumpa akak, tp akak ni ramah cam bertahun kita kenal.. i likeeee

    BalasPadam
  11. Bom berdentum.. lari sambil bawak pinggan hik3 :D

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...