OOO

Jumaat, November 18, 2011

Tertunailah hasrat di hati Imran

 Ingat tak lagi akak cerita pasal Imran merajuk pasal kami tak kasi dia pergi ke kem motivasi yang lalu. Bila akak tanya ramai ker kawan yang pergi...

dia kata ramailah mak. dorang siap kata Im ni anak manja tak boleh pisah dengan mak ayah..alahaiii sabar ajerlah

Bila dia bawa kertas ni balik hari Rabu lepas , akak suruh tanya ayah dia juga.  Entah camner suami setujulah pulak.  Akak macam tak kisah sangat sebab kem minda taqwa ni buat kat masjid yang dekat ajer dengan rumah akak.
Objektif program pun bagus..tak yah masuk hutan sebab sekarang ni kan musim hujan, kalau tidur dalam khemah kan risau dibuatnya.

Harga pun berpatutan sebab dapat diskaun lagi. Lagi pun dekat kan..bolehlah akak intai-intai sambil gi solat kat situ.
Kali ni kasi canlah dia pergi..sukanya dia sebab tertunailah hasrat dihati.

8 ulasan:

  1. alaaa kak.. kasi chance dia.. kalo untuk kebaikan ], ok laaa.. suruh dia tarbiyah skali.. :)

    BalasPadam
  2. Tahniah kak Ina ...macam baguuuus je..

    BalasPadam
  3. Salam Kak INA,
    elok juga anak diberi peluang pendedahan ke program sebegitu. Apalagi anak lelaki. Mesti Imran seronok tu kan?

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, kak! kekusutan sudah terlerai. terbyg kekecewaan lalu bila mak pak x benarkan sy ikut mender2 mcm neh masa skola dlu. sungguh kuciwa n sakit!!!

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    kem motivasi macam tu sangat bagus...anak lebih matang dan ketahanan dalaman lebih kuat. Sukaaaaaaa lah Imran ya...isi masa musim cuti sekolah, apa salahnya

    BalasPadam
  6. InsyaAllah.... pasti ada kesan yang positif.... boleh galakkan dia join pada masa akan datang....sebab pengalaman sebeginilah akan bantu dia bila masuk skolah asrama dan universiti bila buat aktiviti persatuan nanti....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...