OOO

Isnin, Disember 26, 2011

Ketam Sweet Sour

Ketam ni kan dahlah harga mahal, pastu makan punyalah seksa.  Anak akak ada yang malas nak makan ketam sebab payah nak makan tapi yang kecik 2 orang tu sukalah pulak.  Buatlah gak bila dorang teringin nak makan.

Bahan-bahan
  • 3 ketul ketam
  • 3 biji bawang putih-di tumbuk halus
  • 2 inci halia-ditumbuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar cili sos
  • 4 sudu besar tomato sos
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar-dipotong bulat
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit air nanas dalam tin bersama isi
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
  • minyak secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan ketam dan toskan
2. Bilas bersih dan lumur dengan garam dan garam
3. Panaskan minyak dan goreng ketam cara deep fry. Toskan.
4. Tumis bawang putih, halia dan bawang holland sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan barulah dimasukkan sedikit air.
6. Masukkan air nanas dalam tin sedikit dan biarkan ia masak sebentar.
7. Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram.
8. Masukkan juga gula, hirisan bawang besar dan garam.
9. Rasa dulu sos barulah di padamkan api.
10.Tuang keatas ketam  yang telah di goreng. 

10 ulasan:

  1. Saya pun suka ketam. Ratah best.

    Saya selalu nampak orang pecahkan telur dalam kuah sos, sebelum tuang atas ketam. Pun boleh gak kan Kak?

    BalasPadam
  2. Ketam paling best nak makan rasanya soft shell crab kak ina. lembut boleh makan dengan kulit sekali.

    BalasPadam
  3. saya pun jarang nak makan ketam ni sebab leceh.. isik cenonet jer.. nak bukaknyer bukan main payah.. tapi mak mertua saya suke ketam :)

    BalasPadam
  4. Hai... Jauh2... boleh pula jumpa Kak Ina kat Checkpoint Johor Baru nak masuk Singapore. Nak pegi USS la tu... Jeles...

    Anyway, sorry la terjah kak ina camtu je tadi. Ada 2X kita jumpa. 1st gathering kat putrajaya. Tahun 2010 awal tahun kalau tak silap. Lepas tu ada nampak kak ina masa jamuan hari raya Universal Music kat bora ombak. Segan nak tegur blogger2 retis ni.

    Anyway Kak Ina, have fun kat singapore. Ni readers kak ina tau tak... Kalau tatau... sorry erk kak ina... mengantoikan sudeh...

    Hiks.

    Salam
    El-Zaffril

    BalasPadam
  5. tengok gambar ketam yg kak Ina masak terliur k..huhu

    BalasPadam
  6. akak ni xbkawan ke ngan blogger femes chantek nanirostam.. xpg ke wedding anaknye bru2 nih? relli want to read d entry bout d wedding actualli..

    BalasPadam
  7. salam tanpa nama

    akak kenal Nani dan Hanis tu..dah pernah jumpa dan borak 2 kali tapi memang tak boleh pegi perkawinan anak sulung beliau sebab kebetulan anak buah kawin pada tarikh yang sama di Melaka.

    Kalau akak free memang akak pergi..mana boleh tak pegi dik non..rugi oooo tak cover majlis perkawinan yang meriah itu.

    BalasPadam
  8. ini yang bikin lapar ni... kak ina reti masak coklat chip cookies tak, saya dah lama try tapi asik tak jadi saja..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...