OOO

Khamis, Mac 22, 2012

Apam Pisang Yang Lembutttttttttttttt


Pertama kali buat apam pisang, alhamdulliah jadilah pulak.  Akak buat petang semalam.  Resepi di ambil dari blog MAT GEBU akak gunakan acuan buat kueh apam putri ayu. 
  
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Beberapa titi esen pisang-tak letak
2 biji telur gred B
100 ml minyak jagung 

 1/4 cawan gula perang @ soft brown sugar
150 gram pisang emas
1/2 camca teh soda bicarbonate
Secubit garam
Kelapa parut + secubit gram, gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lensser acuan apam dengan sedikit minyak. Ketepikan. Lecek pisang bersama soda bicarbonate dan secubit garam hingga lumat. Ketepikan.
  2. Pukul gula perang, telur dan minyak hingga sebati dan berkrim. Masukkan pisang lecek dan esen pisang, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  3. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan apam dan kukus 15 minit hingga apam masak. Hidangkan bersama kelapa parut tadi. Selamat mencuba untuk semua...
 
Makan panas-panas pun sodappp

5 ulasan:

  1. hmm, terbayang bau time panas...sedapnya

    BalasPadam
  2. apa2 berkaitan pisang sy mmg suka.. heee...

    BalasPadam
  3. apam pisang???rasa dia sama macam kek pisang jugak ker

    BalasPadam
  4. Rajin kak Ina buat apam pisang pakai acuan bunga2.

    Saya kalau buat apam boh dlaam loyang sebesar alam. Dah siap. nak makan potong .

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...