OOO

Khamis, April 26, 2012

Rendang Ayam Dan Nasi Serai

Rendang adalah salah satu makanan kegemaran orang Malaysia disebabkan rasanya yang enak dan terkenal sehingga di katakan menjadi antara 50 masakan yang paling enak di dunia.  Tak kiralah rendang ayam, daging dan itik memang sentiasa menjadi hidangan wajib di hari raya.  

Dulu waktu akak kecil, nak  menyediakan rendang mengambil masa yang lama hendak membuatnya.  Kena kopek kelapa, parut dan perah untuk mendapatkan santan.  Rempah ratus pula harus di giling menggunakan penggiling, yang paling tak tahan bila part nak giling cili kering..fuhhhh pijar tangan di buatnya.

Dulu kami masak menggunakan kayu api, dah tentulah pedih hingga keluar air mata disebabkan oleh asap yang keluar .  Bila masak pula mengambil masa yang agak lama, kena tunggu sampai rendang kering, bila nak kering kenalah di kacau-kacau sentiasa takut hangus.  

Sekarang ni mudah hendak memasaknya, dah ada santan yang siap di perah di kedai, dah ada pengisar untuk mengisar cili kering dan rempah ratus yang lain pastu cara memasak guna ajer dapur gas.  

Rendang sedap di makan bersama ketupat, ketupat palas, nasi impit dan juga lemang.  Sekarang ni senang nak makan rendang sebab ada di jual di restoran, gerai dan cafe yang bertaburan di Malaysia.

Oleh sebab akak ada keturunan orang N9 mak kadang-kadang masak gak rendang yang di panggil rendang cili api, tapi tak tahanlah perut nak memakannya sebab pedas tak menahan sehingga keluar air mata bila jamah rendang camtu.
Kali ni akak masak rendang ayam pencen.  Kalau guna ayam pencen kenalah masak sampai lembut. (akak rebus dulu guna pressure cooker) Cara nak memasak rendang sama cuma tukar nak guna daging ataupun ayam.
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam-potong 12-16
  • 20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 15 biji bawang merah#
  • 8 biji bawang putih#+
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 inci kunyit hidup#
  • 6 batang serai#
  • 3 batang serai-tumbuk hujung
  • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
  • 1kg santan kelapa
  • 2 cawan air
  • 4 sudu makan kerisik
  • sedikit minyak
  • garam dan sedikit air asam jawa
  • nota..kalau guna ayam bandar masukkan ayam selepas masukkan santan..takut ayam hancurlah pulak..potong 12 yer
Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.
9. Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.
Kalau masak rendang kenalah rajin masak nasi sedap kan.  Akak lawankan dengan nasi serai.

Nasi Serai
Resepi diambil dari  Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru) - 50 Hidangan Penambat Selera


Bahan A:-
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi-akak guna minyak jagung campur mentega
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):-
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan
  2. Panaskan minyak sapi dalam kuali  dan tumiskan bahan B bersama serai dan daun pandan dan tumis sehingga wangi. 
  3. Masukkan beras dan kacau sebenar dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Masukkan air, kiub pati ayam dan garam dan masaklah nasi seperti biasa.
  5. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, kareh nasi gunakan chopstick dan biarkan nasi masak.  
  6. Tabur dengan daun bawang dan bawang goreng sebelum atau selepas di hidang. 
Kalau korang rasa blog akak layak untuk 4 kategori ni...anda bolehlah vote melalui fb anda  

Terima kasih kepada yang sudi mengundi blog akak.
 

8 ulasan:

  1. Myra suka sangat makan rendang.. Nak membuatnya tu kena amik masa kan ;)

    Nasi serai pun suka, sedap je :)

    BalasPadam
  2. salam kak ina, sedapnya nasi serai tu, wangiiii...

    BalasPadam
  3. Bila lah nurul dapat rasa masakan akak ni.. huhuhu

    BalasPadam
  4. Kak Ina, tengahari ni bolehlah gi umah akak untuk makan tengahari ya...

    BalasPadam
  5. sedapnya kak :) hujung minggu ni ayu nak try buat la :)

    BalasPadam
  6. Nurul suka rendang.. Makan nasi panas2.. fuuh sedapp.. ;)

    BalasPadam
  7. sha suka rendang daging ngan rendang kerang !!!! ehhehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...