OOO

Jumaat, Mei 04, 2012

Kenangan Pembedahan Lutut

Sebelum korang baca N3 ni, akak nak ucapkan ribuan terima kasih diatas doa-doa kalian.

Hari Ahad (29.04.2012)

Ada alternatif lain sebenarnya jika tak nak tebuk lutut.
 Sumber  : SINI
 
Rawatan diklasifikasikan sebagai rawatan konservatif dan rawatan pembedahan . Rawatan secara konservatif termasuklah:

* Mengelakkan pergerakan berlebihan pada lutut , atau rehatkan lutut (sementara)
* Menggunakan ais untuk membantu mengurangkan kesakitan dan kebengkakan
* Mengambil ubat penahan sakit sekiranya tiada kontraindikasi
* Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
* Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut
* Menggunakan tongkat bagi mengurangkan impak ke atas lutut yang cedera
* Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid sebanyak tiga hingga lima kali, bagi membantu melincirkan kembali lutut .

Suami dan anak-anak lebih setuju jika akak buat cara yang ini.

Pembedahan yang dimaksudkan adalah pembedahan secara artroskopi ke dalam lutut menggunakan teleskop dan sistem kamera untuk meneropong ke dalam lutut untuk melihat segala patologi atau kerosakan lutut seperti yang digambarkan di atas.

* Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
 * Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid
* Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut

Sumber 

Akak bagi keputusan nak pilih yang kedua walaupun terasa takut sangat kerana ianya merupakan pengalaman pertama masuk ke dewan bedah.  

Isnin (30hb. April 2012)
Pagi-pagi dah mandi dan bersiap sedia untuk ke dewan bedah.  Sebelum tu tekanan darah dan ujian jantung di jalankan dahulu.  Alhamdulliah akak tak ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung, jadi pembedahan ini boleh di jalankan  secepat mungkin.
 credit pic : google
Sepanjang perjalanan ke dewan bedah, apa lagi yang perlu di ucapkan cuma mengucap dan berzikir ajer yang dapat di lakukan.  Sebelum masuk ke dalam, macam biasa ada soalan tentang itu dan ini dan harus menunggu sebentar.  Akhirnya  Dato' Dr Syed keluar dan bagi kata-kata perangsang, barulah  akak  rasa sedikit lega.

Walaupun begitu perasaan takut memang tak boleh hilang sehingga jam 10.00 pagi akak di bawa masuk kedalam.  Doktor Aminah pakar bius pun menjalankan tugasnya.  Bila sahaja dipakaikan penyedut (nak panggil apa ek) akhirnya akak tertidur tak sedarkan diri.

Bila nama di panggil berulangkali barulah akak terjaga semula tetapi tak boleh buka mata lama sebab tenguk kat atas siling semuanya berputar laju.

 credit pic : google
Bila diarahkan bertukar katil terus akak muntah..tiada apa yang keluar sebenarnya cuma air....oh yer sebelum tu kena puasa dari jam 12.00 tengahmalam lagi.  Sampai ke dalam bilik dalam pukul 12.00 lebih akak masih lagi mengalami pening kepala yang teruk.  Akak tak boleh makan dan minum dalam 3 jam takut muntah.

Memang tak boleh buka mata langsung, bila buka mata ajer memang terasa segala-galanya berpusing ligat, anak-anak  dah hb dah menunggu tak lama kemudian akak loya dan muntah lagi.  Walaupun 3 jam telah berlalu akak masih tak boleh makan dan minum sebab bila minum air kosong muntah maknanya kesan bius masih ada.
Dalam pukul 5.00 petang, perut dah memang lapar sungguh, akhirnya dapat gak menjamah sedikit puding dan air kosong dan akak tidur semula. Selepas maghrib barulah boleh makan sempurna dan barulah akak tenguk kaki akak dah terbalut kemas dan tak boleh di gerakkan.
 
Malam tu anak-anak tidur di bilik sebab akak kena gunakan kerusi roda untuk ke bilik air.


p/s macam manalah kalau kena operation yang teruk tu..kena sikit camni pun dah serik rasanya

23 ulasan:

  1. Salam kak Ina..

    Lin dengar je bilik besdah tu mmg fobis gara2 kena admit hosp bln lepas, tu pun sekdar bt endoskop je..takoootttttt! gigil terus time tu...

    Alhamdulilah kak Ina selamat, jaga kesihatan kak, takpe sakit dahulu, bersenang2 kemudian, tenaga nk pakai lama lg2 tang kaki, kan?...

    BalasPadam
  2. semoga cepat sihat kakina.. =))

    BalasPadam
  3. Ina...kalau anie pun tak berani nak wmasuk ke bilik bedah tu...serammmm...

    Semoga cepat sembuh...

    BalasPadam
  4. wan dgr bilik bedah ni fobia skit. semoga akak cepat sembuh ye

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah semua dah ok
    akak jage diri ye

    ye la kan,kita ni manusia lemah

    BalasPadam
  6. Hmm takutkan kak ina,tapi nak buat macamana,terpaksa hadapi juga. Semoga Kak ina cepat pulih seperti biasa..

    BalasPadam
  7. semoga akak cpt sembuh & dpt blogging mcm biasa..muahssss :)

    BalasPadam
  8. semoga cepat sembuh kak.. lutut memang anggota yang penting .. sebab kalau sakit nak berjalan pun payah... rehat2lah ye kak..

    BalasPadam
  9. Kuatnya kesan ubat bius tu ye. Sampai muntah akak pening. Apa2 pun, syukur alhamdulillah akak dah selamat.

    BalasPadam
  10. Semoga cepat sembuh Kak Ina..

    BalasPadam
  11. Myra penah buat scope untuk cysts, lepas dah tebuk kat perut terus rasa aduihhhh taknak dah :)

    Apapun semoga cepat sembuh ya :)

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Kak Ina

    saya doakan agar kak cepai sembuh supaya mudah beramal

    BalasPadam
  13. kak ina...lepas ni xboleh lasak2 lutut tu...apapun sy doakan akak cepat sembuh ye. bila ingatkan bilik bedah yang sejuk beku tu..naik kecut perut sy

    BalasPadam
  14. Akak , nak tanya kalau nak masuk hadyai better buat paspot atau border pass?

    Harap akak cepat sembuh.

    BalasPadam
  15. salam nieda..akak rasa baik buat passport lah..

    BalasPadam
  16. waktu cenggini kak ina kena banyak berehat dan makan ubat ikut aturan...

    BalasPadam
  17. Kita pun kalau boleh tak mau la lagi kena belah belah ni. November lepas, undergo operation. Minor je. Tapi seram dan tensionnya, Allah je yang tahu. Moga Kak Ina dah sembuh sepenuhnya.

    BalasPadam
  18. cepat2 baik ye kak..
    boleh btau estimated kos operate akak buat ni...

    BalasPadam
  19. Info yang saya beri bukan bertujuan nak takutkan Kak Ina tapi realiti.

    ekinashikin :

    Akak buat Operation knee arthroscopic.
    Potongan kecil(tebuk dua lubang) dibuat untuk masukkan arthroscope dan alat-alat surgery lain.
    Parut kecil sahaja.
    Private kos boleh cecah 5k-10k or more..plus minus berapa lama tinggal di ward,kos mri scan, x-ray, physio, ubat2,charge doctor,charge procedure nurse,kos equipment ot, etc.

    Lepas buat operate,inject. Lutut rasa lega mungkin untuk beberapa tahun tapi tak boleh buat aktiviti lasak. Basically the knee joint dah tak perfect.

    Kesakitan lutut biasanya akan berulang(5,10,20 years) menyebabkan pesakit kena dapatkan rawatan(another surgery again).

    In worst scenario, pesakit kena dapatkan TKR(total knee replacement) surgery.

    Mengurangkan berat badan boleh mengurangkan stress pada lutut, menjamin jangka hayat lutut yang lebih lama.
    Pilih senaman yang mengurangkan stress pada lutut seperti berbasikal dan berenang.

    BalasPadam
  20. Bape lama akak dpt cuti sakit

    BalasPadam
  21. Sekarang macam mana kaki kak ina.ada sakit-sakit lagi ke? Saya buat pembedahan lutut juga pada 31.12.13. Alhamdulillah bulan 3 dah boleh berjalan normal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang boleh jalan macam biasa sarra..tapi masih makan ubat. Mungkin faktor berat badan dan juga usia buatkan akak jadi camni. Berdoa agar cepat sembuh. Terima kasih sudi bertanya

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...