OOO

Memaparkan catatan dengan label sakit lutut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sakit lutut. Papar semua catatan

Rabu, April 17, 2019

KOS SUNTIKAN LUTUT DI POLIKLINIK AMAL MEDIK KOTA WARISAN

Assalammualaikum semua

Bagi pengikut blog akak, dah tentu kisah lutut akak masa Ira tingkatan 4 semasa sibuk ambik gambar dia di Majlis Anugerah Cemerlang.

Kisahnya ada kat SINISINI dan SINI
Masa tu suami ada panel Dr..dapatlah merasa duk tempat mahal.


4 tahun lepas akak buat kat Sentul, buat sebab urat cedera dan nak tambah gel.  

Bila dah pindah sini malas nak drive jauh..padahal tak jauhpun tapi nak mengadap jem tu yang tak sanggup aaa

Jiran rumah lama akak syorkan injek kat anak kawan dia kat Kota Warisan. Dr Haziq ada klinik kat Taman Melawati.  

Dalam seminggu ada gak datang kat klinik sini beberapa kali.  Kalau nak jumpa dia kenalah buat temujanji, jangan pergi terjah nanti tak ada pulak.  Bazir duit minyak ajer.

Kat klinik sini tak ada mesin xray, kena buat kat klinik lain dulu, kalau kat Klinik di Taman Melawati ada mesin tu.  Akak buat kat klinik di area giant Nilai jer.

Oleh sebab akak dah pernah buat akak taulah cara treatments, mula mula Dr akan tanya dulu history penyakit kita, pastu ambik bp dan tanya ada penyakit kencing manis tak.

Kalau ada kencing manis, ada cara juga, tapi akak tak tanya detail secara mendalam, yang pastinya mesti dr ambil dulu darah kat jari pastu tenguk berapa bacaannya.

Akak taklah gabra bila Dr ambik darah kat tangan.  Tak sakitlah pulok walaupun agak banyak gak dr ambik tak macam kat klinik kesihatan.  Akak relax jer, bila tanya Dr dia kata kena pandai teknik nak ambik darah, jangan pakai injek jer.


Bila dah ambil darah Dr akan campurkan dengan gel pastu masuk dalam mesin, nak bagi sebati kot.  

Sambil tu Dr terangkan tentang cara pengubatan sakit lutut...tak berapa ingat tapi akak ambil prosedure no 3 kalau tak silap...tak nak aa ambil steroid sebab tak tahan lama.


Pastu baring Dr Haziq bius dulu baru suntik kat kedua lutut.  Donee.

Dr kata, ada pantangnya, jangan makan ubat pain killer selama 3 hari, biarkan saja.


Masa mula buat semalam, bolehlah jalan gi makan kat Medan Selera tapi bila petang, rasa kaki berat jer.  Kena berehat dulu sebab lutut rasa sengal, tidur pun awal.


Harga untuk 1 treatment untuk kes akak

x-ray kat klinik  untuk dua lutut
RM100


Perubatan dan ubat
RM780

Kena buat lagi 2 Kali pasni tak x ray.


Poliklinik Amalmedik Taman Melawati
No hp Dr Haziq 
01123233713



Kota Warisan

0197407950

Biar menyesal cucuk dari menyesal sakit tak boleh jalan.  Akak tak percaya gel sapu dan makan supplement tradisional yang banyak di jual di pasaran.

Doakan akak cepat sembuh..nanti boleh travel lagi. InsyaAllah

Jumaat, Mei 04, 2012

Kenangan Pembedahan Lutut

Sebelum korang baca N3 ni, akak nak ucapkan ribuan terima kasih diatas doa-doa kalian.

Hari Ahad (29.04.2012)

Ada alternatif lain sebenarnya jika tak nak tebuk lutut.
 Sumber  : SINI
 
Rawatan diklasifikasikan sebagai rawatan konservatif dan rawatan pembedahan . Rawatan secara konservatif termasuklah:

* Mengelakkan pergerakan berlebihan pada lutut , atau rehatkan lutut (sementara)
* Menggunakan ais untuk membantu mengurangkan kesakitan dan kebengkakan
* Mengambil ubat penahan sakit sekiranya tiada kontraindikasi
* Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
* Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut
* Menggunakan tongkat bagi mengurangkan impak ke atas lutut yang cedera
* Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid sebanyak tiga hingga lima kali, bagi membantu melincirkan kembali lutut .

Suami dan anak-anak lebih setuju jika akak buat cara yang ini.

Pembedahan yang dimaksudkan adalah pembedahan secara artroskopi ke dalam lutut menggunakan teleskop dan sistem kamera untuk meneropong ke dalam lutut untuk melihat segala patologi atau kerosakan lutut seperti yang digambarkan di atas.

* Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
 * Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid
* Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut

Sumber 

Akak bagi keputusan nak pilih yang kedua walaupun terasa takut sangat kerana ianya merupakan pengalaman pertama masuk ke dewan bedah.  

Isnin (30hb. April 2012)
Pagi-pagi dah mandi dan bersiap sedia untuk ke dewan bedah.  Sebelum tu tekanan darah dan ujian jantung di jalankan dahulu.  Alhamdulliah akak tak ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung, jadi pembedahan ini boleh di jalankan  secepat mungkin.
 credit pic : google
Sepanjang perjalanan ke dewan bedah, apa lagi yang perlu di ucapkan cuma mengucap dan berzikir ajer yang dapat di lakukan.  Sebelum masuk ke dalam, macam biasa ada soalan tentang itu dan ini dan harus menunggu sebentar.  Akhirnya  Dato' Dr Syed keluar dan bagi kata-kata perangsang, barulah  akak  rasa sedikit lega.

Walaupun begitu perasaan takut memang tak boleh hilang sehingga jam 10.00 pagi akak di bawa masuk kedalam.  Doktor Aminah pakar bius pun menjalankan tugasnya.  Bila sahaja dipakaikan penyedut (nak panggil apa ek) akhirnya akak tertidur tak sedarkan diri.

Bila nama di panggil berulangkali barulah akak terjaga semula tetapi tak boleh buka mata lama sebab tenguk kat atas siling semuanya berputar laju.

 credit pic : google
Bila diarahkan bertukar katil terus akak muntah..tiada apa yang keluar sebenarnya cuma air....oh yer sebelum tu kena puasa dari jam 12.00 tengahmalam lagi.  Sampai ke dalam bilik dalam pukul 12.00 lebih akak masih lagi mengalami pening kepala yang teruk.  Akak tak boleh makan dan minum dalam 3 jam takut muntah.

Memang tak boleh buka mata langsung, bila buka mata ajer memang terasa segala-galanya berpusing ligat, anak-anak  dah hb dah menunggu tak lama kemudian akak loya dan muntah lagi.  Walaupun 3 jam telah berlalu akak masih tak boleh makan dan minum sebab bila minum air kosong muntah maknanya kesan bius masih ada.
Dalam pukul 5.00 petang, perut dah memang lapar sungguh, akhirnya dapat gak menjamah sedikit puding dan air kosong dan akak tidur semula. Selepas maghrib barulah boleh makan sempurna dan barulah akak tenguk kaki akak dah terbalut kemas dan tak boleh di gerakkan.
 
Malam tu anak-anak tidur di bilik sebab akak kena gunakan kerusi roda untuk ke bilik air.


p/s macam manalah kalau kena operation yang teruk tu..kena sikit camni pun dah serik rasanya

Khamis, Mei 03, 2012

Dugaannn

Dari hari Rabu minggu lepas dah sakit lutut, bila buh minyak urut rasa lega.  Hari Jumaat pula pergi beli barang dapur di Mydin Danau Kota dan beli bahan bakeri di kedai bakeri.  Pagi Sabtu akak dan suami pergi ke sekolah Ira di Rawang sebab nak tenguk Ira dapat hadiah cemerlang sempena peperiksaan PMR tahun lepas.

Bila dah ambil gambar Ira di atas pentas, akak nak jalan semula ke tempat duduk tiba-tiba kaki bertambah sakit. Akak kuatkan gak hati jalan sampai ke tempat duduk.  Nasib baiklah  tak terjatuh, terus duduk relaxkan diri.  Bila Ira datang ke tempat duduk ajak balik, bila nak bangun memang tak boleh jalan dah sebab kaki kanan tak boleh pijak lantai. Ira pun call hb akak suruh datang sebab masa tu hb akak ada di kantin.

Terpaksalah hb akak papah dengan pertolongan seorang budak perempuan pergi ke kereta.  Memang terasa malu bila jadi perhatian bila di papah sebegitu  depan ibubapa pelajar.  terutama bila anak-anak kecil bertanya..
mak kenapa acik tu?

 Akhirnya kami kena pergi hospital selepas hantar Ira balik ke rumah, doktor bagi pain killer dan lepas di x ray akak kena masuk wad. Tak jadi pergi kerja kawin kawan hb di Dewan Felda Jalan Semarak.
Bila doktor datang ke wad dan check dia bagitau apa sakit akak.  

Osteoartritis ditakrifkan sebagai kerosakan atau degenerasi pada permukaan rawan pada sendi – sendi yang mengalami proses penipisan rawan.

Permukaan rawan yang nipis ini lama-kelamaan akan merekah dan membentuk lurah-lurah dan pada waktu ini geseran permukaan sendi akan bertambah menghasilkan bunyi getaran atau krepitus (bunyi meretih) dari sendi tersebut.

Tanda-tanda yang dialami merupakan kesakitan terutamanya apabila bergerak atau berjalan, kebengkakan yang datang dan pergi, dan kekakuan atau kesukaran menggerakkan sendi lutut sepenuhnya seperti kesukaran melakukan solat secara sempurna (duduk di atas lantai).

Setelah tak tahan menanggung kesakitan, keputusan di ambil, kena tebuk juga lutut. Aduhai...akak sebenarnya memang dah takut bila dengar kena tebuk tu, tapi bila anak-anak dan hb nasihatkan baru akak buat keputusan tersebut.

Nantikan ceritanya lagi yer..seram sejuk masuk dewan bedah sebab pertama kali kannnn..dup dap dup dap rasanya..

p/s terima kasihlah  kepada yang sudi VOTE blog akak melalui Facebook dan bagi sokongan penuh..akhirnya alhamdulliah blog akak finalist bagi kategori
Malaysia International Fabulous Food 1Malaysia Blog

Sayang korang semua yang sudi sokong blog akak yang tak seberapa ini.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...