48 hours sponsered post.  Please scroll down for latest entry 
Akak memang suka masak untuk keluarga tapi kadang kala terasa pening nak fikir nak masak apa setiap hari. Sekarang ni senang nak cari idea memasak memang senang sebab ada banyak resepi yang sedap dan berkhasiat di alam maya.
Akak terjumpa salah laman web yang mempunyai resipi-resepi  tempatan, video cara memasak, alat untuk
membantu pengguna dalam pemakanan sihat dan memasak, artikel (makanan) dan juga
promosi eksklusif untuk ahli-ahlinya iaitu laman web www.nestle.com.my. Banyak resepi-resepi menarik yang boleh di cuba di
laman web Dear Nestle tersebut.
Salah satu resepi yang akak berkenan kat situ
ialah  Nasi Briyani Dhal yang dimasak oleh Iza . Bila tenguk cara
memasaknya..macam senang dan sedap ajer dan berkhasiat kerana mempunyai pelbagi
nutrien yang sesuai untuk keluarga. 
Jomlah tenguk macam mana akak memasaknya. Selain
dari Perencah Nasi Briyani MAGGI kita perlukan bahan-bahan yang lain
juga.
Kita perlu menyediakan minyak masak, minyak sapi,
bawang besar yang di cincang, daun ketumbar yang di hiris, kacang gajus yang
telah di goreng,  isi ayam yang di potong kecil dan juga kacang dhal yang
telah di rebus.
Beras basmathi pula hendaklah di rendam 20 minit, cuci dan toskan. Halia pula hendaklah di hiris halus manakala daun pandan hendaklah di siat dan di simpul sementara kismis di rendam sebentar dan toskan.
Panaskan minyak sapi bersama minyak masak dalam kuali, tumis bawang besar dan halia sehingga naik bau.
 Bila sudah berbau wangi  masukkan ayam 
dan juga Perencah Nasi Briyani MAGGI/MAGGI Nasi Briyani Mix. Kacau sebati sehingga ayam separuh masak. Padamkan api.
Masukkan campuran tadi ke dalam periuk yang berisi daun pandan, kismis, kacang gajus,kacang dhal dan juga daun ketumbar. Masukkan air secukupnya dan kacau rata.
Tutup dengan daun pisang dan biarkan nasi masak seperti biasa. Setelah nasi kering, kacau nasi dengan chopstick untuk mengelakkan nasi patah. Bila nasi mendidih terbau aroma yang menyelerakan serta harum bersemarak di dapur.
Bila nak menghidang, jangan lupa renjiskan sedikit air mawar dan bawang goreng. Aroma nasi beriyani ni memang menggiurkan sampai anak-anak tak sabar nak merasa masakan nasi briyani yang sedap ini. Hidangkan nasi ini panas-panas.
Sukanya hati bila suami dan anak-anak menjamah sambil memuji keenakan Nasi Beriyani Dhal ini. Nasi ini juga lembut bila di kunyah dan memang sedap di makan panas-panas.
Dah tentulah akak merasa gembira dan rasa berbaloi
menyediakannya bila  mereka sukakan hidangan nasi ini. Nasi Beriyani Dhal ini bukan
sahaja lazat tetapi adalah hidangan yang seimbang serta ada pelbagai
vitamin dan zat galian.
Nasi ini juga sesuai untuk dihidangkan pada masa makan tengahari dan malam kerana mengandungi zat-zat dan nutrien yang di perlukan oleh tubuh badan dan juga mengandungi diet seimbang untuk mengekalkan kesihatan.
Akak rasa seronok dan tak sabar kerana bulan-bulan yang mendatang akak akan mula memasak bersama Nestle.  Tentulah  akak rasa amat  teruja serta berbangga kerana di beri peluang, kepercayaan dan juga  penghargaan kerana dapat bekerjasama dengan pihak Nestle kali ini.
Anda tentu dah teruja nak mencubanya Nasi Briyani Dhal..oklah kat bawah ini akak sertakan resepinya. Cubalah...
| 
2 | 
Dhal Briyani Rice | 
Bahan 
8 sudu makan minyak masak 
2 sudu makan minyak sapi 
Bahan A 
1                               biji bawang besar-cincang halus 
5cm                           halia-hiris halus 
Bahan B 
300gm                           Isi ayam tanpa tulang-potong kecil 2 peket Perencah Nasi Briyani MAGGI Bahan C 
1 kg                                Beras basmati- rendam 20 minit, cuci dan toskan 
2 helai                            Daun pandan-siat dan ikat simpul 
1400  ml /12 cawan        Air 
100 gm                           Kacang gajus-goreng hingga kekuningan 
100 gm                           Kismis-rendam sebentar dan toskan  
50 gm                             Daun ketumbar-hiris halus 
50 gm                             Kacang dhal-rebus  hingga empuk                              
Daun Pisang 
Untuk Hiasan 
Air Mawar 
Bawang Goreng 
 Cara Memasak 
1.  Dalam periuk, panaskan minyak masak dan minyak sapi. 
2.  Masukkan bahan A dan kacau se hingga naik bau. 
3.  Masukkan bahan B dan  masak sehingga ayam separuh masak. 
4.  Masukkan bahan tadi ke dalam periuk nasi elektrik. 
5.  Masukkan semua bahan C dan tutup dengan daun pisang.  Biarkan nasi masak. 
6.  Bila menghidang, renjiskan air mawar dan bawang goreng. 
7.  Hidangkan panas-panas. | 

 












 
 
wah syoknyer.. nmpk pn sgt senang..yg bgosnyer xde msg..nti boleyh try raya ni kak..
BalasPadamla senang rupanya nak buatnya, ingatkan susah sangat lah kan.. kena cuba gak nie
BalasPadamnampak sedap la kak ini >_<
BalasPadamboleh cuba nanti ni. anak dan suami memang suka makan nasi beriani selain nasi arab dan nasi ayam.
BalasPadamNampak sedappppp ^_^ hee
BalasPadamaduih, mmg nampak sedap bangat kak
BalasPadamAssallamualaikum dan salam kenal kak Ina..
BalasPadamTq sudi jenguk blog Naz tu.. Naz pun suka gak laman web nestle ni sbb dulu masa study mmg selalu buka web ni..
Akak..mak datokkkk...step by step gambar masak nasi tu..menggiurkan sungguh...menyelerakan sungguh.. Tapi mmg tak elok makan makanan yg consume msg selalu..
Menarik..kena lak makan ngan ayam masak merah..
BalasPadamfuhh...giler best la kak ina.. nanti nak cubala..tp nampak gaya tak sempat dah nak buat seblem habis pose.. kena buat lepas raya la camni..huhu
BalasPadamRasa mcm ada perencah ni kat dapur... boleh cuba ni
BalasPadamsangat menggiurkan :)
BalasPadammacam boleh cuba je time raya ni kak.. dah lama teringin nak masak nasi beriani sendiri.. ada resepi ni lagi senang koje.. kalau masak guna rice cooker ok tak? atau kena pakai dapur gas je.. sebab nak tutup pakai daun pisang tu
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamRajinnya Kak Ina buat step by step.. Terima kasih kak.. Kena cari produk Maggi dulu.. Nampak nasi beriani tu sungguh menyelerakan..
BalasPadamAlhamdulillah jadi . terima kasih kongsi ilmu .. ingat susah tapi sebenarnya sangat senang .
BalasPadamFavorites menu