OOO

Selasa, Oktober 23, 2012

Nasi Lemak Kukus, Sambal Sotong Dan Ayam Uncle Bob

Assalammualaikum semua

Nasi lemak kukus ni akak buat malam tadi..entah kenapa tiba-tiba teringat nak makan..bukan mengidam sebab mengandung yer..
Akak ikut resepi nasi lemak kukus yang pernah akak buat dulu.  Agak remeh nak kukus mengukus ni..ambil masa yang panjang gak nak menyiapkannya.  Nasib baik akak buat kukis..x lah jemu nak menunggu step by step nak menyudahkannya.

Buat gak sambal sotong dan rebus telur tapi entah camner dek kerana sibuk buat kukis orang order akak terlupa nak keluarkan ayam.
Akak suruh ajer anak beli ayam UNCLE BOB..yang menjadi kesukaan dorang ni.  Firdaus yang belanja ayam ni.


Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras ( atau secukupnya )
  • Santan pekat ~ secukupnya
  • 3 helai daun pandan-disiat-siat
  • Garam secukup rasa
  • daun pisang
Cara-caranya

1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Akak lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus...jangan besar sangat..nanti beras keluarlah pulak. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus (tak payah keluarkan daun pisang..keluarkan beras aje tau) dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk.
4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit (bergantung pada banyak beras)

** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Sambal sotong punya resepi bolehlah jenguk kat SINI

11 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...