OOO

Isnin, November 12, 2012

Resepi Sup Tulang Sedap



 
Assalammualaikum dan selamat petang.
Sekarang ni musim hujan..boleh di katakan setiap hari hujan.   Banyak gak kawasan yang di landa banjir..kesian akak tenguk.  Sejuk-sejuk camni masak sup tulang pun sodap.

Bahan-bahan
1kg tulang lembu
6 biji bawang kecil (kisar)
4 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 sudu teh lada hitam(tumbuk halus)
3 sudu besar rempah sup adabi
1 peket sup tulang adabi
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukup rasa
Bahan tumis
  • 3 biji bawang kecil di hiris halus
  • 1 biji bawang putih di hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
Bahan taburan
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng


Cara-cara
  1. Basuh tulang...masukkan air hingga 2x ganda dari tulang dan rebus. Bila mendidih..kecilkan api dan tutup dengan penutup.
  2. Panaskan sedikit minyak dan  tumis semua bahan tumisan.
  3. Setelah berbau wangi masukkan bahan yang telah di kisar termasuk lada hitam.
  4. Masukkan juga sup bunjut adabi dan rempah sup yang telah di campur dengan sedikit air.
  5. Tumis sehingga naik bau dan masukkan kedalam sup tadi.
  6. Rebus hingga daging empuk sekurang-kurangnya 1-1 1/2 jam (akak guna pressure cooker..1/2 jam dah empuk)
  7. Setelah daging empuk baru dimasukkan ubi kentang.
  8. Biarkan ubi kentang empuk dan masukkan garam.  Rasa dulu sebelum tutup api.
  9. Taburlah dengan daun sup dan daun bawang.

 

5 ulasan:

  1. tgok sup ni time2 sejuk ni terus terasa lapar kak ina...

    BalasPadam
  2. Waaa sedapnyaa kak ina.. tgk sup tulang nie..mgg suka sgt makan sup tulang.. :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    alaaaa....daging Qurban dah habis dah...kalau tak boleh buat sup.....he he

    BalasPadam
  4. pehhh..jadi lapar balik ni dibuatnya.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...