Akak buat nasi goreng thai istimewa ni hari Rabu lepas..tak dan nak masak sebab keluar pagi gi hospital sebab nak buka simen tangan Imran dalam pukul 10.00 pagi. Jumpa doktor, gi x ray..jumpa doktor balik..gedebak gedebuk dah pukul 3.00 lebih.
Gi beli barang rumah..sampai umah dah pukul 4 lebih. Tak larat nak masak berat-berat..masak nasi dan perapkan ayam ajerk.
Pukul 7.00 malam baru goreng nasi dan ayam..fuh...memang penat di buatnya.
Resepi ni akak ambik di laman web Mesra.net yang cukup untuk 2 orang makan..kat umah akak kenalah di gandakan resepi ni..ala maklumlah ada anak lelaki kat umah pastu akak ada tambah bawang besar, bawang putih, serbuk lada hitam dan sos ikan.
Bahan:-
- 1 3/4 mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau guna lebihan buat nasi ayam)
- 2 biji telor
- 1/2 biji bawang besar (dadu)
- 3 biji bawang putih (ketuk)
- 2 sudu teh sayur campur/lobak yg dihiris halus memanjang-(ikut suka akak ajer)
- 2 sudu teh cili boh (lebihkan jika nak pedas)
- 2 sudu teh pes tomyam kesukaan (lebihkan jika mahu lebih berperisa)
- 3 tangkai cili padi - dihiris halus (akak ketuk)
- 1 helai daun limau purut - dihiris halus-halus ( lebihkan)
- 3 sudu teh kicap manis
- 1 sudu teh sos ikan (akak tambah)
- 1 sudu teh serai yang dihiris halus
- 1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus
- 3 - 4 ekor udang besar (seperti udang harimau) - dicelur dulu
- Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng terlebih dahulu (akak masukkan sekali)
- Kepingan limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun sup untuk hiasan (letak daun ketumbar dan daun bawang)
- Minyak untuk menumis
- sedikit serbuk lada sulah
- sedikit garam (jika perlu)
- Pijarkan sesudu makan minyak di dalam kuali dengan api sederhana, pecahkan telor dan gorenglah seperti scrambled egg hingga masak.
- Masukkan bawang besar, bawang putih, sayur campur/lobak, udang, hirisan ayam, daun limau purut, lengkuas dan serai, kacau rata sekejap.
- Masukkan cili boh, pes tomyam, cili padi dan kicap manis.
- Masukkan nasi dan gorenglah hingga sebati sampai naik bau harumnya dan nasi nampak berasap (tanda dah masak elok) dan taburkan serbuk lada sulah.
- Hidangkan dengan bahan hiasan
Taburkan hirisan ayam, daun sup dan bawang goreng di atas nasi bersama kepingan limau nipis. (terlupalah pulak nak letak masa ambik gambo)
Perahkan limau semasa nak makan. Sedap makan panas-panas... POWER!!
Ayam goreng tu akak ikut resepi yang pernah akak buat dulu .
Resepi Ayam Goreng Ranggup memang umphhh.
Macam best je nasi goreng tomyam..boleh cuba. thanks share!~
BalasPadammmg sop suka nasi goreng thai ni
BalasPadambiasa order jer.. huhuhu
fuiyooo... tengok pun dah rasa sedap gila niii... jelesnya kak ina pandai masakkk.. hehe
BalasPadamAssalamualaikum Kak Ina
BalasPadamnanti nak oder nasi ni la...
hai kak,
BalasPadamnampak sedap masakan Nasi Goreng Thai Istimewa yang kamu masak, teringin nak mencubanya =D
Selalunya bila makan di restoran yang main goreng-goreng ni, selalu order nasi goreng kampung atau nasi pattaya thailand tu, memang umpph hehe...
assalamualaikum kakina...sedap jer tengok nasi goreng tu...:)
BalasPadamSaya tak pernah masak nasi goreng thai sendiri, selalu makan kat kedai je
BalasPadamsalam kak ina...
BalasPadamsy mohon maaf resepi makaroni gratin tu ada typing error pd sukatan makaroni... bukan 500gm tapi 250 gm.. maaf ye kak..
SEDAPNYER......
BalasPadamNAk JUGAK....
tergoda pulak......
BalasPadammesti sedap kannn..
BalasPadambak sikit. leh?
BalasPadam