OOO

Rabu, Disember 18, 2013

Majlis Perkawinan Russhdi Dan Nur Hazwani (14 Disember 2013)

Assalammualaikum

Alhamdulliah, syukur kepada Allah SWT,  selesai sudah majlis kenduri perkawinan anak lelaki pertama akak pada hari Sabtu lepas - 14 Disember 2013 dengan cuaca yang baik sehingga pukul 4.00 petang baru hujan  mula turun.


Pertama kali mengadakan majlis sebegini dan dapat beramah tamah dengan para jemputan dah tentulah ada sebanyak sedikit kekurangan dan salah silap dalam segala hal.  Akak menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada salah dan silap.
 
 saat akhir tambah bunga oleh Ira dan kakak kakak ipar
Nak tunggu gambar cantik memang lambat lah (jurugambar pro)...akak pun tak sempat nak snap gambar...seganlah mak pengantin nak bawa kamera ke hulu ke hilir.
 
Akak tak tempah pelamin cuma minta pandangan anak perempuan,  biras dan kakak ipar sahaja bagaimana nak cantikkan pelamin buatan sendiri ni.(sebenarnya untuk bergambar ajer)

Akak abadikan gambar teman teman yang sudi hadir untuk di buat kenangan di hari istimewa ini. Tu pun ambil dari fb yang mereka buh kat wall akak.
 
Teman fb/blogger pertama sampai ialah Wawa 
bersama tunangnya.

Pengantin yang di raikan..cilok dari FB Doc Ina
 
amboi senyum lebar anak akak ni
  cilok dari blog Atuk Baik 
Cuma berkenalan di FB ajer...first time 
bertentang mata dengan Ungku Nor
Sue Joshua dan ibu tercinta
Nennie datang bersama keluarga
Che Ct yang hadir bersama suami dan anak
Geng Tali Barut Jamar bersama isteri dan baby
Cik Lily Putih..
Azizul dan Cuba Teka lupa nak ambil gambar
Pnut
Kak Sapinah bersama Yana
Puan Idah dan keluarga (ambil gambar 
dari fb) tak sempat nak bergambar
Tuan Denaihati dan isteri
 (maaf tak sempat nak bergambar)

Teman sekolah  Tingkatan 4 dan 5
 Cik Manggis
 Atuk Baik (cilok dari blog)

Teman sekolah Ira..gembira mereka selepas habis spm


Umie E,  Ummi Salam Borneo, Afra Yuri dan suami, Sya dan kakaknya Anie, shukie,Cik Helena dan suami, Yati (sawanilla), teman mengajar dulu Cikgu Zabedah dan Cikgu Sham, Noni...teman Firdaus, Russhdi dan rakan-rakan suami.

Terima kasih sudi kepada anak-anak,  adik beradik akak dan suami, ipar duai, jiran tetangga dan saudara mara yang sudi membantu akak sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami semua ingin memohon maaf jika ada tersilap dari segi perbuatan dan percakapan sepanjang majlis ini berlangsung.  

Akak ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi buat semua yang sudi hadir dan mengabadi dan upload gambar di facebook untuk di kongsi bersama dengan yang tidak hadir.


p/s nanti ada gambar cantik akak share lagi yer

18 ulasan:

  1. Tahniah Kak Ina dah dapat menantu tak lama lagi jadi nenek insyaallah... Bertambah meriah bila terima ahli keluarga baru ni kan...

    BalasPadam
  2. alhamdullillah semuanye berjalan lancar dan dah selesai pun ye kak..pasnih kena bnyk rehat tau! masih teringat2 kesedapan lauk masak lemak nenas ikan masin aritu..perghhhh terangkat!! mmg sodapp!!

    BalasPadam
  3. Tahniah Kak Ina...semoga putranya nantinya bisa menjadi keluarga yang sakinah mawaddah warahmah dan cepat dikarunia buah hati aamiin...aamiin

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina...tahniah2 yer menerima menantu baru dlm keluarga...:)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah syukur..tumpang gembira..eh eh ..glemer le makcikmanggis lepas ni hikhik.Terima kasih Ina .

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.,,majlis kak ina berjalan lancar dan meriah, hidangan pun sedap-sedap belaka, tuan rumah sekeluarga sungguh mesra seperti keluarga. Moga pasangan pengantin diberkati Allah sentiasa, berkasih sayang hingga ke syurga.
    Terima kasih Kak ina atas jemputan.

    BalasPadam
  7. tahniah kak kerana dikurniakan menantu
    minta maaf tidak dapat hadir

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Tahniah Kak Ina sekeluarga. Selamat pengantin baru untuk mempelai. Moga Kak Ina sekeluarga dilimpahi kebahagiaan, Amin.

    BalasPadam
  9. saya suka sekali dengan rangkain bunganya cantik sekali, dan selamat menjadi top 5 blog di denaihati

    BalasPadam
  10. tahniah utk sekian kalinya k ina....
    terima kasih atas jemputan tp tak dapat nak sama2 meraikan majlis krn ada komitment lain yg tdk dpt di elakkan :)
    alhamdulillah, semua bjalan lancar.
    semoga ikatan kasih pasangan pengantin kekal ke hujung nyawa terus ke syurga dan k ina sekeluarga sihat gembira selamanya... amin!

    BalasPadam
  11. Nampaknya majlis berlangsung dengan lancar dan meriah.... mohon maaf dan rasa ralat sebab tak dapat hadir last minute saya terpaksa pergi event BLOGRRR sebab nama masuk top 5.Melepas peluang saya nak jumpa dengan YANA.... hehehe

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Kak Ina

    Alhamdulillah
    Syukur
    Tahniah
    terima kasih atas layanan
    meriah-mesra-ceria suasana walimah tu hari

    pengalaman majlis walimah anak saya tempuhari
    niat semasa sebelum majlis, nak bergambar dengan semua tetamu
    tetapi suasana tidak mengizinkan
    kawan2/tetamu lah yg kena main peranan membantu tuan rumah kalau berkesempatan

    BalasPadam
  13. meriah ! ramai blogger yg hadir . saya suka dgn pelamin tuh . ringkas tapi menarik . lagi best sbb buat sendiri . blh guna idea ni utk majlis sendiri nanti .

    BalasPadam
  14. Tahniah kak, dah ada menantu ^_____^ Sorry Ai tak dpt pegi kenduri akak haritu sebab Ai ada job mekap... :)

    BalasPadam
  15. Salam k. Ina, dlm setahun jgk sya ikuti blog akak. Tahniah buat pengantin n fmly akak. Im a new blogger pls be visit my blog
    http://iamtifa.blogspot.com/

    tq

    BalasPadam
  16. Tanniah dan selamat sudah urusan pernikahan anak.

    BalasPadam
  17. salam kak ina...saya ada pm kak ina kat fb...pls check ye...tq

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...