OOO

Jumaat, Disember 27, 2013

Resepi Filet Ayam Goreng Rangup Yogurt Nestle

Assalammualaikum


NESTLÉ Natural Set Yogurt sesuai juga di gunakan sebagai perapan ayam dan daging selain sesuai di gunakan untuk pelbagai masakan.
 
Bahan (A)
300gm isi ayam
2 sudu besar NESTLÉ Natural Set Yogurt
2 biji bawang putih-tumbuk/kisar
1/2  sudu teh cajun
1/2 sudu teh paprika
1/2  sudu teh serbuk kari
1 sudu teh parsley kering
1/4 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng



Bahan (B) 
1 cawan tepung gandum
secubit baking powder
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Hiasan
Tomato Ceri
Batang Parsley


Cara-cara
1.  Potong isi ayam 1 inci, cuci dan toskan sehingga kering.
2.  Masukkan filet ayam kedalam pinggan bersama bahan (A.
3.  Gaul sebati.
4.  Biarkan perapan selama 5 minit
 
5.  Dalam  sebuah bekas yang lain, campur dan gaul sebati bahan (B).
6. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas...tapi tidak berasap.
7. Salutkan ayam dengan tepung dan goreng secara deep fry sehingga ayam keperangan/masak.
8.  Angkat dan toskan. 



9.  Hias dan hidangkan bersama sos yogurt.


Sos Yogurt
Bahan
1 sudu makan NESTLÉ Natural Set Yogurt
1 sudu makan sos cili

Caranya
Campurkan  semua dan gaul sebati

12 ulasan:

  1. assalamualaikum kakina...sedpnya..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mualaikumsalam mas zull..kalau nampak sedap leh aa cuba

      Padam
  2. Salam...
    Terima kasih for the resepi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mualaikumsalam Jumria..nanti cuba yer

      Padam
  3. As-salam Kak. Mmg nampak sedap sangatlah kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mualaikumsalam misz ella..buatlah..rugi kalau tak di cuba

      Padam
  4. Nampak comel bekas itik isi tepung tu kak..... tapi sos yogurt tu macam idea yang menarik gak tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yang suka bekas itik ni man..bukan senang nak dapat dah sekarang ni. cubalah buat sos yogurt ni..sedap

      Padam
  5. Wah macam sedap je..boleh cuba nie..ikhlas dari www.tepakku.com

    BalasPadam
  6. dah macam2 resepi berasakan yugort skang ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yerp betul tu..elok utk kesihatan dan pengganti santan

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...