OOO

Jumaat, Februari 21, 2014

Tak Jemu Dengan Sambal Ikan Keli Sungai

Assalammualaikum
Beli ikan keli sungai kat Bekenu..akak masak berlado stail minang. 

Bahan-bahan
1 kilo ikan keli
8 biji cili merah besar
10 biji cili api
6 biji bawang kecil-kisar
4 biji bawang putih-kisar
1/2 biji bawang besar-kisar

sebiji buah tomato-dipotong kecil
2-3 biji limau kasturi - ambil jus
garam dan secubit gula
minyak secukupnya

Cara-caranya
  1. Bersihkan ikan keli dengan air asam jawa.  Kemudian perap sebentar dengan jus limau kasturi bersama sedikit garam.  Bersih dan toskan.
  2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan(klu tak nak meletup campakkan 2-3 asam keping sebelum masuk ikan)
  3. Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah bawang kisar sehingga naik bau baru masukkan cili hidup  kisar dan tumis sehingga cili tadi masak/naik minyak dengan api sederhana. Masukkan garam, tomato dan secubit gula.
  4. Biarkan sehingga agak kering dengan api perlahan. Masukkan ikan keli goreng kemudian rasa cukup perisa ker idak.
  5. Padam api dan masukkan jus limau kasturi (ikut kemasaman yang di ingini) dan kacau rata sebelum di angkat.
  6. Sedap di makan dengan nasi panas





11 ulasan:

  1. Teringat masa kenduri rumah Ina..sedap sungguh mkn sambal keli

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak nah..insyallah nanti ada lagi majlis saya buat lagi masakan kampung lah sebab ramai yang suka

      Padam
  2. Untung bagi yang mereka gemar makan ikan segar.

    BalasPadam
  3. Ikan keli skang dah jadi kegemaran ramai..tambah-tambah kat kedai nasi campur

    BalasPadam
  4. Yummy :) sedap nampaknya resipi kak :) nanti saya pass pada isteri untuk mecuba ;-)

    BalasPadam
  5. Salam...saya memang suka makan ikan keli ni..sedap sangat..terliur pula bila tengok resipi nii.. :)

    BalasPadam
  6. memang fav saya suami isteri ni...tp saya tak pandai sgt nak masak nya kak..selalunya kita blend tak berapa hancur ke cilinya kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah amirah...bukan susah pun. suami akak tak suka kalau tak hancur cili tu..sebenarnya lagi sedap tumbuk kasar

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...