OOO

Isnin, Disember 14, 2015

Travel Dubai 2015 : Dubai Museum

Assalammualaikum semua

Masa kat Dubai kami ni punyalah beria ia cari hotel dekat dengan stesyen metro kononnya nak gi mana mana senang.

Tapi bila tenguk kat google map macam payah jer nak tukar train banyak kali dan disebabkan akak ni ada masalah tak boleh jalan lama, akhirnya sampai hari terakhir kami naik teksi ajer.

Purata ke mana mana tak sampai 25 Dirham, selain dari tu cepat sampai tak macam metro ambil masa yang lama.
Kalau pergi ke sebuah negara kalau nak tau sejarahnya baik pergi ke Muzium. Terletak di
Al Fahidi Fort  yang di bina pada kiraan tahun 1799, akhiirnya dijadikan Dubai Museum pada tahun 1971.

Masa kami sampai kebetulan ada 2 bas rombongan dari negara cina dan indonesia.
Terpaksa berasak asak nak masuk..
Nak ambil gambar pun payah.
Akak memang suka tenguk bagaimana bermulanya penduduk UAE  dalam era 50an.
Kena turun kebawah macam kita mrentas masalah kononnya.
 Senjata lama


Alat muzik
 Memilih mutiara terbaik
 Majlis khatam quran
Mengaji
 Mencari mutiara tanpa menggunakan peralatan moden
 Buat kapal
 Hiasan orang perempuan
 Jika nak merasai cara hidup orang arab baik ambil pakej safari.
 Rangka manusia  yang yang di jumpai di padang pasir

Pelbagai cenderahati untuk di bawa pulang.  Bayaran masuk untuk dewasa 3 dirham seorang.

8 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...