OOO

Rabu, Jun 15, 2016

Resepi Karipap Inti Kentang Sedap

Assalammualaikum semua

Macam macam resepi nak bagi kulit karipap ranggup dan sedap.  Akak pernah cuba resepi yang INI 
dan pastri yang menggunakan 3 jenis tepung iaitu tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi. 
Resepinya kat SINIKali ni guna pula cara Ros buat yang menggunakan air ais dan di simpan dulu pastry baru boleh dimasukkan inti.

Untuk Pastry Rapuh Bahan
400 gram tepung gandum 
1/2 cawan minyak 
2 sudu besar marjerin 
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais) 
garam

Buat Doh Pastri dulu 
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan. 
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. 

Inti akak lebih suka ikut cara akak yang menggunakan ubi kentang sahaja.  Ikut masing-masing punya selera. 
Kali ni akak pakai acuan yer sebab malas nak klim. Kalau nak bagi klim jangan terbuka masa goreng, kena buh air sekeliling doh sebelum tekan acuan yer.

Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu 
  • 1 biji bawang besar-dadu 
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka 
  • 400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap) 
  • 1 stok ayam 
  • 1 biji bawang besar*  
  • 4 biji bawang kecil* 
  • 3 biji bawang putih* 
  • 1 inci halia* 
  • 3 tangkai daun kari
  •  air secukupnya
  •  garam dan sedikit minyak
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)Toskan. 
  2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia. 
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  4.  Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak. 
  5. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar. 
  6. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer) 
  7. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala. 
  8. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
  9. Bila inti sejuk, ambil doh dan terap bulat.  Masukkan inti dan klim seperti biasa.
  10. Bila menggoreng gunakan api perlahan, kalau api besar nak kulit karipap menggerutu.

2 ulasan:

  1. sedapnya karipap buat juadah berbuka. gebu gebu

    BalasPadam
  2. he..he..baru ni buat karipap ikut resepi ni la...sedappp

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...