OOO

Selasa, Oktober 16, 2018

KENDURI KAWIH BUAT KAT DEWAN ATAU KAT RUMAH😇

Assalammualaikum semua

Dulu masa majlis walimah anak lelaki sulung buat kat rumah tapi ada masak, pakai katering.  

Pelamin buat sendiri dengan kaum keluarga suami.


Majlis Yana pun buat kat rumah, sama juga macam abangnya guna khidmat katering.  Pelamin ambik dari kakak menantu.

Sekarang ni dah trend majlis buat kat dewan dengan pakej yang lengkap yang tentu harganya makan gak ribu riban.  Al  maklumlah kat kota raya kebanyakkan tinggal di kawasan yang agak terhad nak buat majlis.  

Nak tak nak kena buat majlis kat dewan juga, sekarang ni pun kalau nak tempah dewan ambil masa 6 bulan hingga se tahun dek sebab ramai yang tinggal di bandar.

Nak buat macam mana kan, sekarang ni majlis rewang dah makin kurang kita jumpa walaupun di kampung akak.  

Anak muda sekarang kurang rajin macam kami dulu gamaknya, ataupun mungkin mak ayah pengantin tak nak menyusahkan kaum keluarga.

Kalau duk kat taman lagilah terhad ruangannya, nak masak memasak kena guna rumah jiran tetangga.  Nak ajak mak mak memasak pun payah juga sebab kebanyakkannya wanita bekerja dan beranak kecil.

Buat masa sekarang ni akak lebih suka buat kat rumah sebab orang orang tua selesa, bila penat boleh baring baring. 

Saudara mara nak borak boleh jer masuk dalam rumah, tak payah kat khemah.

Budak budak kecil pun leh main main dalam rumah, taklah ashik nak kena dukung kat khemah.

Biarlah rumah berkecah sikit, tapi penat sekali sekali tak apalah.

Kita ikutlah ajerlah peredaran zaman, yang memudahkan tapi perlukan kewangan yang bukan sedikit.

1 ulasan:

  1. Saya pulak Kak Ina memang dah niat..
    Majlis nikah dan malam berinai buat kat rumah. Tapi majlis persandingan memang kena buat di dewan.
    Memandangkan keadaan rumah dan persekitaran yang tak begitu mengizinkan..
    Kalau boleh saya nak buat kat rumah, baru meriah..
    Tapi tulah, mampu merancang, selebihnya Allah lah yang urus..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers