OOO

Isnin, November 26, 2018

CARA MASAK NASI AYAM ALA THAI SEDAP DAN MUDAH

Assalammualaikum semua

Lama tak update blog, tak taulah kenapa.  Tak ada mood nak buat N3 sekarang ni.  Tapi bila fikirkan blog ni dah lama, rasa sayang pulak nak biarkan blog bersawang.

 Nasi ayam thai memang ayam tak goreng, letak jer atas salad
untuk imran akak goreng dan perap dengan sos tiram dan kicap manis, kalau tak dia tak makan

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 basuh dan bersihkan
Akar daun ketumbar
5 biji bawang kecil-tumbuh
3 biji Bawang putih-tumbuk
1 inci halia (Dihiris)
1 batang serai (Diketuk)
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
4 cawan beras basmati ( Direndam 30 minit dan tus)

Bahan Sos Cili Pedas
1/2 cawan sos cili thai
1 sudu kicap pekat
1 sudu besar perahan jus limau kasturi
1/2 air rebusan ayam
10 biji cili api merah )
2 biji cili merah )Dicincang halus
Daun ketumbar )
Bahan Sayur
Daun Salad
Tomato
Timun

Cara Membuat
1. Dalam periuk yang bersesuaian masukkan ayam bersama akar ketumbar, hirisan halia, serai, kiub ayam, air secukupnya dan garam. 
Akak gunakan periuk nasi letrik. 
Masak sehingga mendidih dan ayam lembut.
2. Keluarkan ayam dan ambil air rebusan sama banyak dengan beras dan masukkan ke dalam periuk letrik. Masak saperti nasi biasa.
3. Didihkan lebihan air rebusan ayam ditambahkan sedikit hirisan daun ketumbar untuk sup.
4. Gaul sebati bahan cili sos.
5. Hidangkan nasi bersama ayam yang direbus, cili sos pedas, sayuran dan sup.

Mudah bukan, orang tak rajin pun boleh buat😋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers