OOO

Selasa, November 27, 2018

LEMPENG PISANG KELAPA SEDAP DAN MUDAH

Assalammualaikum semua

Suami akak pergi masjid, bila malam Jumaat kan ada baca yassin beramai-ramai.  Ramai jemaah yang suka bawa pelbagai makanan, sedap sedap pulak tu.

Pertamakali bawa balik pisang emas 2 sisir, seronok aa akak boleh buat breakfast.



Bahan-bahannya
1 sisir  biji pisang emas  -  dibuang kulitnya & dilenyek 
1 sudu makan brown sugar/gula pasir
1/2 cawan kelapa parut putih 
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan tepung gandum-agak agak

Sedikit air dan minyak

Cara- Caranya

Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati, masukkan sedikit air kemudian rehatkan sebentar. 
Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
Masukkan sedikit minyak di atas daun pisang, kemudian masukkan 1 senduk adunan lempeng dan ratakan.
Letakkan kelapa putih di sekeliling adunan lempeng.
Bila kelihatan garing di sekelilingnya...bolehlah terbalikkan lempeng tadi.
Bila dah garing dan masak, bolehlah angkat dan hidangkan.

p/s kalau tak ada daun pisang boleh masak atas kuali tak melekat.

6 ulasan:

  1. makan lempeng macam ni pn da nikmat. tp xbole makan selalu. sbb muak

    BalasPadam
  2. aduhai time2 begini jam 1.17 pagi ni tengok lempeng..
    berbunyi terus perut kak oi.. hahahaha

    BalasPadam
  3. Suka sgt lempeng pisang apalagi dlm daun pisang

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers