OOO

Selasa, Disember 04, 2018

RENDANG AYAM DAUN PUDING HITAM

Assalammualaikum semua

Pernah makan tak rendang yang di masak bersama daun puding?

Akak pernah dengar orang masak, tak pernah rasa dan masak.  Bila pergi ke rumah adik ipar di Nilai, akak sukalah tenguk apa yang di tanam oleh dia, ada satu pokok yang menarik perhatian akak.

Bila tanya pokok apa, dia kata ni lah pokok puding yang orang nismilan masuk dalam rendang.  Wahhhh apa lagi, dengan tak malunya akak mintak sikit daunnya.

Bila dah sampai rumah, akak rendamkan keratan dalam air dulu, esoknya baru masak, tu pun puas gak tanya kat member di facebook macam mana nak masak.
Mula mula biras bagitau suruh celur, dulu tapi kawan kata cuma buang urat tengah jer.

Masaklah rendang macam biasa, cuma bila hampir nak kering barulah di masukkan daun ini.

Tertunailah hasrat di hati nak merasa daun puding ni, akak ambik batang dan tanam atas tanah tepi rumah.  Dah mula keluar pucuk, lagipun biras kata senang nak hidup pokok puding hitam ini.



Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam-potong 12
  • 20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 15 biji bawang merah#
  • 8 biji bawang putih#+
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 inci kunyit hidup#
  • 6 batang serai#
  • 3 batang serai-tumbuk hujung
  • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
  • 1kg santan kelapa
  • 2 cawan air
  • 4 sudu makan kerisik
  • sedikit minyak
  • garam 
  • sehelai daun limau purut-siatkan
Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam, daun limau purut dan daun puding yang telah di bersihkan. Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.
9.  Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.


1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...