OOO

Isnin, Mac 11, 2019

TIPS JAGA BUNGA ROS BARU BELI DARI NURSERY

Assalammualaikum semua

Bila anak anak dah besar dan mula bekerja, maka tinggallah ibu kesunyian.  Bila boring kena cari hobi baru.

Kali ni cuba belajar jaga pokok bunga ros.  Orang kata bunga ros ni agak manja dan payah di jaga.
Akak google cara caranya dan cuba praktikkan.  Alhamdulliah ros akak masih mengeluarkan bunga.

Bunga ros kecil ni akak beli kat Pasar Tani BBST. Masa beli pokok ni dalam pasu kecil, akak dah alihkan dalam pasu besar.

Pokok ros kedua, bila beli di nursery harga RM10, bunga cuma ada sekuntum, 
pastu batang cekeding ajer.  
Bagaimana menjaga bunga yang baru dibeli di tapak semaian?

Selalunya akak akan pindahkan kedalam pasu yang besar sikit.


Masukkan tanah (boleh beli di tapak semaian), sedikit baja, biarkan lubang kosong di tengah dan masukkan bunga yang baru dibeli tadi dengan tanahnya sekali.


Jika anda beli bunga dalam pek poli, gunting ajer  plastik tu kemudian masukkan pokok ros tadi dengan tanah sekali.


Yang ni akak order kat nursery, ros bunga besar, 
baru pindahkan ke dalam pasu.

Setelah pokok duduk cantik dalam pasu, timbuskan tanah keliling pokok tersebut termasuk tambahkan sedikit agar menutupi tanah asal yang memang lekat dengan pokok tadi.

Kemudian siram seperti biasa. Jangan terlalu banyak air.

Pastikan pokok ini di letakkan pada tempat yang redup dahulu buat beberapa hari atau satu pun paling lama satu minggu. 

Ia bertujuan agar pokok dapat menerima rumah baru (pasu) dan tempat baru.

Pastu baru kenakan cahaya matahari sekurang kurangnya 4-6 jam setiap hari.

😍Moga info ini membantu anda semua.

5 ulasan:

  1. Cantik betul bunga ros kak ina.. Seronok kalau menjadi.. Hati pun turut berbunga-bunga :)

    BalasPadam
  2. Bunga Rose kalau jaga kemudian mengeluarkan bunga, memang hati berbunga kan Kak..Kita pernah jaga dulu, sekuntum pun tak keluar hahahaha hampeh..

    BalasPadam
  3. sy pun suka sgt dengan bunga ros. cantik...tambah2 bila bunga lebat tu..geramnyalah

    BalasPadam
  4. kite suka tengok bunga da kembang2 cantik ni.. tapi kalo suruh jaga lari dulu =P

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...