CARA BUAT ROTI PURI
Assalammualaikum semua
☺️
Apa khabar. Lamanya tak update blog yang dah mula bersawang😁
Duk kat umah rasa bosan tak,? 🤔
Tentu seronok dapat cuti bergaji selama 14 hari kan. Dapat habis kan masa bersama anak dan orang tersayang. ❤️
Yana dan menantu tak dapat cuti sebab kerja KKM.
Doakan agar anak menantu serta warga KKM sentiasa sehat dan di lindungi oleh Allah SWT bila terpaksa keluar bekerj di zaman wabak covid19 makin mengganas. .😔
Menantu perempuan sulung dan suami akak kerja dari rumah. Haru gak bila buat kerja dari umah ni. 😔
Mana nak layan anak, kena masak dan buat kerja rumah. 🤔. Nasib anak lelaki akak tak kerja tapi biasalah anak anak ni kalau apa apa akan cari umminya juga.
Menu ni akak buat hari Sabtu lepas. Ada 2 resepi roti puri atau roti kembong, ada guna yis dan tak guna yis.
Akak lebih suka guna sedikit yis takut buat dohnya, masa goreng roti nya tak kembong. 😁
Bahan- Bahan
2 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh yis kering brand mauripan*
1 sudu teh gula pasir*
3 sudu besar minyak masak*
sedikit garam*
3/4 cawan air suam
1 sudu besar susu pekat*
Cara💕
1. Campurkan kesemua bahan bertanda *. Gaul rata hingga berderai-derai
2. Masukkan air suam dan uli selama 3-5 minit sehingga doh tak melekat kat tangan.
2. Kalau doh masih berderai masukkan sedikit lagi air. Kadang kadang ikut gak jenis tepung apa yang kita guna.
3 Peram selama 30 minit di dalam bekas bertutup.
4. Bahagikan doh sebesar bola ping pong.
5. Gelekkan doh yang dibentuk bola pingpong tadi.
6. Buatlah sehingga habis semua di gelek.
7. Panaskan minyak dalam kuali yang agak besar dan gorenglah api sederhana.
8. Goreng satu-satu, sambil tu siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung.
9.Balik - balikkan dan gorenglah sehingga kekuningan angkat dan hidangkan dengan kuah kari.
10.Boleh jugak di makan dengan sambal bilis, kari atau sardin terpulang selera.🙂

sedap roti puri! saya suka makan dengan cicah potato masala atau kari daging..phew..
BalasPadamSedappp ni Kak Ina...
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi... Keluarga saya suka roti puri
BalasPadam