OOO

Isnin, April 20, 2020

LEPAT PISANG SEDAP DAN MUDAH

LEPAT PISANG KELAPA

Assalammualaikum semua

Macam mana masa PKP yang membuatkan semua terpaksa berkurung di rumah dah masuk sebulan lebih.

Bagi yang suka jejalan terutama anak muda tentu boring duk rumah.

Kat belakang rumah adalah pokok pisang  nangka.

Bila dah tua dapat setandan dah rasa happy.  Bagilah  gak kat jiran belakang depan dan tepi rumah.

Takkan nak buat goreng setiap hari, suami cadangkan buat lepat pisang.

Nasib baiklah semua barang ada ikut resepi kat google jerlah.

Akak ubah suai sebab buat sikit jer sebab anak anak bukan minat makan macam ni.

Bahan-bahan
4 biji pisang nangka/berangan/emas
4 sudu makan tepung gandum
1  sudu makan tepung ubi
1 sudu makan gula pasir(kalau nak manis tambah 1 sudu lagi)
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan kelapa parut putih
1 sudu makan santan pekat-pilihan
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya

Cara membuatnya
Kupas kulit pisang pastu potong kecil. Lenyek guna garpu, jangan guna blender nanti kurang rasanya.
Masukkan pula semua bahan lain dan gaul sebati.
Ambil daun pisang pastu layur atas api. Pastu lap.  Potong atas dan bawah kemudian buat bentuk dalam gambar.
 ementara itu panas kan air dalam periuk kukus.
Masukkan Adunan tadi atas daun pisang kemudian lipat dari tepi pastu hujung.
Buat sampai habis.

Ada yang akak sajer buh kelapa yang dah di campur garam pastu letak atas adunan.
Bila siap masak dalam 15 minit, Pastikan  air dah mendidih baru letak. 
Bila dah masak padam api.
Bolehlah di hidangkan

1 ulasan:

  1. sedapnyaaaa,suka makan tapi buat tak pandai,nak kena try ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...