OOO

Khamis, November 05, 2020

AYAM SELASIH THAIi

Pad Krapow Gai / Ayam Selasih  Thai

Assalammualaikum semua

Mood M banyaklah sekarang ni nak update blog. 


Best gak sekali sekali layan lauk masak cara Thai. 

Bahan-bahan:

Isi  ayam, potong kecil

2 hiris halia

3  bawang putih hempok

3 cili padi hiris serong

1/2 biji cili merah hiris serong

1/2 bawang besar potong gelang

Segenggam daun selasih (Thai Basil)

2 sudu besar minyak

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap manis

1/2 sudu besar sos ikan atau pun  kicap cair

1 sudu kecil gula masak thai atau gula perang

1 sudu kecil kicap pekat

Carilah kat pasar atau pasar tani daun selasih ni. Kalau ada tanam lagi best. 

Caranya:-

Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili padi sebentar.

Masukkan isi ayam, goreng hingga ayam masak

Masukkan sos tiram, kicap manis, sos ikan, gula dan kicap pekat.

Kacau hingga sebati.

Masukkan bawang besar dan cili merah.

Rasa dulu kalau tawar bubuh sikit garam kalau dah ok tak payah bubuh. 

Akhir sekali padamkan api dan masukkan daun selasih, kacau hingga layu.

Angkat dan bolehlah makan dengan nasi.


5 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...