OOO

Isnin, April 19, 2021

DOA KETIKA MENDENGAR/MENDENGAR BUNYI PETIR

Orang tua  dulu dulu kata, yang petir tu nak panah syaitan. Ada yang kata jin Islam nak bunuh jin kafir. 

Masa tu kalau boleh tolong elakkan dari  duduk di bawah pokok, di rumah usang. 

Siap berpesan bila nampak sahaja kilat/ bunyi petir segeralah baca ayat

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم


"La Haula Wala Quwwata Illa Billahil- 'Aliyyil- 'Adzeem" 

Agar jauh  dari kena panahan petir sambil lari berkurung sambil baca ayat ini tak berhenti henti. 

Masa tu memang tekup telinga, pucat lesi, jantung berdebar dibuatnya. 


Kalau boleh amal doa ini pun bagus... 


اّللَّهُمَّ لَا تَقْتُلْنَا بِغَضَبِكَ وَلاَ تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ


Allahumma la taqtulna bi ghadhobika wala tuhlikna bi a’zabika wa a’fina qobla zalika


“Ya Allah, jangan bunuh kami dengan murkaMu, dan jangan binasakan kami dengan azab-Mu, dan maafkanlah kami sebelum itu.”


https://bincangsyariah.com/zikir-dan-doa/doa-ketika-mendengar-petir/


Ada pula yang kata yang sebenarnya petir tu bila berbunyi dia bertasbih(dlm surah ال رعد..Bukan untuk panah syaitan.

Yang panah syaitan adalah bintang bintang di atas langit yg memanah dengan cahaya ke syaitan yang mencuri dengar perbualan para malaikat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...