OOO

Selasa, Jun 22, 2021

KESAN VAKSIN COVID19 ASTRAZENECA, PFIZER DAN

Assalammualaikum semua.

Akak nak pot pet pot pasal Vaksin19 lah pulak. 

6 orang ahli keluarga akak telah mendapat vaksin. Mereka mendapat vaksin yang berlainan. 

Menantu dan Yana sebagai frontliner telah mendapat vaksin Covid19 jenis Pfizer. 

Suntikan pertama mereka berdua tiada masalah apa apa cuma sengal sedikit di lengan. 

Suntikan kedua menantu rasa lenguh lengan, Yana pulak lenguh lengan dan rasa badan tak selesa.

Kena gak pergi kerja, Yana makan panadol 2 kali setiap 8 jam. Alhamdulliah lepas tu rasa sehat macam biasa. 

INFO VAKSIN PFIZER (Sumber : Web KKM) 

Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan 

bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:

• sakit di tempat suntikan;

• penat (tiredness);

• sakit kepala;

• sakit otot;

• menggigil;

• sakit sendi;

• demam;

• pembengkakan di tempat suntikan;

• kemerahan di tempat suntikan;

• loya;

• merasa tidak sihat;

• pembengkakan kelenjar limfa; dan

• kesan-kesan sampingan yang 

mungkin akan dilaporkan dari 

semasa ke semasa.

Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan Vaksin COVID-19 (Pfizer-BioNTech)

boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku 

dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima Vaksin COVID-19 

COMIRNATY (Pfizer-BioNTech). 

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN 

SAMPINGAN SELEPAS SUNTIKAN?

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan selain yang telah dinyatakan di atas, sila lapor ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan rawatan dengan segera. Terdapat kemungkinan 

kesan sampingan yang lain yang belum dilaporkan boleh berlaku. 

VAKSIN COVID19 ASTRAZENECA 

Ira dan Imran dapat vaksin AstraZeneca yang di buka untuk sukarelawan di laman web. 

Imran yang mula mula dapat di suntik pada bulan Mei di Universiti Malaya Kuala Lumpur. 

Demam pada hari pertama dan kedua, cuma makan panadol. 

Ira pada awal Jun, demam juga 2 hari, ubatnya makan panadol juga setiap 8 jam. 


Suami pula pada petang Ahad 20 Jun 2021 , rasanya suami paling teruk sebab faktor umur dan ada masalah kesihatan.

Mula dengan rasa sejuk sehingga malam nak tidur kena pakai baju sejuk dan stoking.

Kepala sakit sikit dan  makan gak panadol. Bila bangun pagi rasa sakit segala sendi, lepas bagi minum air milo tanpa gula  rasa sejuk dah berkurangan. 

Makan panadol dan tidur, bangun semua otot terasa sakit dan  makan sarapan pagi sedikit. 

Alhamdulliah selera makan masih ada cuma rasa keletihan dan lesu. Nak tidur ajer sepanjang hari. 

Hari kedua bila mandi air panas nak solat subuh, rasa sejuk hingga mengigil. Akak cepat ke dapur buatkan air milo suam. Barulah OK sikit. 

Untuk sarapan pagi akak buatkan telor setengah masak 2 biji di campur dengan madu kelulut dan sedikit kicap. Buat gak roti bakar 2 keping dan akak suruh pulak  makan umphol 2 biji. 

Barulah hilang rasa sejuk di badan lepas sarapan pagi.



Untuk lunch suami kata tak ada selera. Akak masaklah bubur lambuk. Alhamdulliah habis dia makan. 

 Doakan semuga suami akak cepat sembuh. 

Akak Google pasal AZ ni. 

Vaksin AstraZeneca yang dihasilkan dengan kerjasama Universiti Oxford dibenarkan untuk digunakan di negara-negara Eropah dan banyak negara lain tetapi belum dibenarkan oleh pengawal selia Amerika Syarikat

Kesan sampingan yang biasa dialami termasuk sengal-sengal pada tangan, demam, pening dan keletihan.


Mak akak dapat lak vaksin Sinovoc di Taman Ibukota Gombak. Alhamdulliah syukur sangat mak tak apa apa walaupun dah berumur 76 tahun. 

INFO SINOVOC 

Vaksin Covid-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia pada Sabtu berkesan dalam mencegah jangkitan Covid-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Kesimpulan gejala bergantung kepada keadaan badan seseorang.

Saintis percaya suntikan separuh dos vaksin mampu menguatkan sistem daya lawan jangkitan (imun) dan dos penuh yang kedua pula meningkatkan perlindungan.


Pemberian dos penuh pada suntikan pertama boleh menyebabkan sistem imun bertindak keterlaluan dan membunuh sel-sel penting di mana vaksin bergantung.  

Sumber : Google

InsyaAllah giliran akak bulan Julai. Risau gak ni😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...