OOO

Khamis, Julai 01, 2021

RUMAH MELAKA TINGGAL KENANGAN

Assalammualaikum semua

Perkongsian akak di Facebook Malaysia ku Dulu Dulu Official bulan Januari 2021. 

Kat umah Melaka selalu ada loteng tempat simpan barang. Best bila lepak belah petang sambil baca buku Pak saudara. 

Akak nak simpan kat blog untuk di jadikan diari kehidupan sementara ingatan masih lagi ada. 

Tinggal kenangan rumah arwah uwan dan Atok di Melaka. Dah di robohkan kerana anai anai mula buat sarang. 


Tempat kami 3 beradik tinggal bila cuti sekolah sebab arwah abah dan mak kerja kat Kuala Lumpur.


Naik bas henti henti di Puduraya hingga ke Tampin. Paling tak suka sebab faktor jalan bengkang bengkok akak akan muntah terbelahak.

Ramai yang komen kat tangga ni cantik sangat. 

Abah yang kesian akan sapu minyak angin di kepala. Lepas tu kalau balik kampung kami selalu naik keretapi sampai Tampin.


Dari Tampin ke Gadek selalu naik kereta sewa. 


Seronok duk kampung sebab mak dan pak saudara lebih kurang sebaya. Selalu merayau keliling kampung bersama mereka. 


Atok dan uwan mencari rezeki menoreh getah dan tanam padi.


Bila ke bendang paling best sebab boleh mandi dan tangkap anak ikan kat sungai yang tak berapa dalam.


Jadi bahan ketawa orang di situ bila lintah terlekat aku terjerit ketakutan. Kalau pacat tak takut sangat. 


Berebut dengan adik beradik bila saat atuk nak mesin getah. Tertawa girang bila memijak getah beku yang baru keluar dari bekas sebelum di mesin.


Masih teringat wajah keriangan mereka berdua kerana kami bertiga adalah cucu yang  selalu balik kg  sebab arwah abah anak sulung.


Kat sini juga belajar naik motor dengan makcik. Kali pertama jatuh motor depan umah jiran setentang dengan rumah atok. 

Terkena lak kat ezsos yang panas hingga meninggalkan parut kat kaki sehingga sekarang. Nasib baik tempat tersembunyi kalau kat muka haru dibuatnya. 

Atok bawa ke klinik kerajaan sebab terkena kat ekzos motor. Setiap hari naik motor atok cuci kat klinik kerajaan. Nasiblah klinik dekat rumah atok.

Sakitnyaa sehingga serik nak belajar lagi. Bila dah dapat anak 3 akak beranikan diri bawa motor balik sebab nak hantar Firdaus ke Tadika Islam yang tak jauh dari rumah akak masa duk di Gombak Setia. 

Nasib baik ada gambar kenangan rumah lama atok ni. Bolehlah tenguk gambar dan mengimbau kenangan lalu. 

Pengalaman yang tak akan dilupakan sepanjang hayat.

Ramai yang komen sayangnya rumah pusaka ini di robohkan tapi nak buat macam mana kan. Yang tinggal di situ yang tau keadaan rumah pusaka ini. 

Al fatihah arwah atok, uwan dan abah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...