Assalammualaikum semua
Lepas pokok lidah bercabang ehhh silap pokok lidah jin dah jadi viral lak pokok keladi.
Pelbagai warna dan jenis yang di jual, ada yang harga biasa ada gak pokok keladi kayangan.
Akak pun terjebak gak, terbeli 2 jenis. Satu beli tahun lepas kat nursery dekat umah.
Alhamdulliah pokok indoor plants Monstera yang akak letak depan pintu membesar dengan jayanya.
Teringat anak lelaki tanya
Mak..
Apasal daun pokok ni berlubang😅 kena makan ulat ker😅😃😃😃
Bukan berlubanglah, memang macam tulah daunnya.
Aduhai kelakarlah anak anak muda yang tak minat pasal tanaman.
Nasib baik menantu rajin gak cucuk tanam.
Asalnya akak beli 1 pot kat nursery kat sini, harga RM18. Bila balik rumah belek punya belek..ehhh ada 2 pokok. Akak pun pisahkan, dapatlah 2 pasu. Sekarang kena lak cari pole mode atau coconut stick sebab jenis yang akak tanam ni jenis memanjat. Ada gak orang kita panggil pokok janda bolong🤣
Ada ker yang tanam pokok sama tak? 😊
As salam kak, lawa pokok ni..saya pun ada tanam pokok ni. pokok ni mudah jaga dan cepat membesar kan..
BalasPadamMemang cantek pokok ni,nak beli dah tak ada ruang nak bercucuk tanam😂
BalasPadamPokok yng tengah viral ni
BalasPadamCantik susunan pokok tu..hijau semuanya
BalasPadam