OOO

Memaparkan catatan dengan label 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2010. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 01, 2010

Beraya Di Rumah Maz Dan Jumpa Chef / Sifu Masakan

 Tak sangka dapat jumpa denganYatt yang balik bercuti ke sini dari Finland.  Akak sajer tak bagi tau Maz.  Nak buat surprise...maaf tuan rumah enggan di kenali.

Dah lama dah nak jumpa Yatt ni dari tahun lepas...tapi ashik tak jadi ajer sampailah dia balik lagi tahun ni..oleh sebab Yatt tak reti nak gi rumah Maz..akak jadi penunjuk arah  tapi yang drive manager akak.
Sampai kat rumah Maz rupernya dah ramai yang ada..tengah bersantap..ada

 Dari belakang Jasmeen (taukeh kek-nak order klik kat sini yer),
Yatt, Noni (taukeh cheesecake)  dan Kak Liza
Semua tengah duk bersembang selepas makan tengahari.  Tuan rumah masak masakan kampung..best..pastu dessert pulak ada pisang dan aiskrim..tak tau apa ke nama nak panggil apa?
seronok berjumpa dengan geng masak-masak ni...walaupun pertama kali jumpa dengan Yatt, Noni dan wan..bila sembang macam dah kenal lama..betullah orang kata kalau geng masak ni mulut memang peramah.
macam-macam ada...takoyaki, biskut dan kudapan dari Bahrain..sedap...
 ada juga  choco paradise cheesecake dari Noni..kena makan puas-puas sebab memang tak ada resepi di internet..secret recipes kiranya.
Bila tuan rumah suruh rasa kudapan dari Bahrin..memang akak terjatuh cinta...sedap weiii dengan tak malunya akak makan banyak kali.
oh yer..Kak Liza @ Chef Hanieliza telah melancarkan buku resepi baru.  Dapatkan di kedai buku secepat yang mungkin.
ole-ole dari Kak Liza..terima kasih bebanyak yer....bolehlah buat gulai kawah nanti ni

Kecuh rumah Maz dibuatnya ...maaf yer Maz jika ada terkasar bahasa..dan buat member-member maaf jika ada perkataan yang menyinggung perasaan kamu semua.

Lepas tu berangkat ke rumah mamafami lah pulak..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...