OOO

Memaparkan catatan dengan label 7 zones at universal studios singapore. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 7 zones at universal studios singapore. Papar semua catatan

Rabu, Januari 25, 2012

LaSt PaRt KiSah Gi Ke UnIveRsaL STuDiOs SIngAporE


Ada ker yang boring baca kisah kat USS ni ek.  Kalau boring.. Oklah..ni last punya cerita ceriti yer.

Sape nak baca boleh ke Part 1Part 2 dan Budget akak ke sini
 Dah banyak kali dah pusing-pusing kat USS ni tapi malas dah nak beratur  tenguk 2 kali.  Akak pun lepak ajer  berhampiran tempat  Zone Hollywood sebab nak tenguk show ni..tak silap dalam pukul 6.30 petang...diorang buat kat tepi luar ajer.
 Bukan akak ajer..ramai yang tak sabar nak tenguk show ni.  Oleh sebab tak ada tempat duduk kat sini, ramai yang duduk kat atas jalan ni.  Akak pun sama.  Penat nak berdiri..dah rasa tak larat dah.

Layan ajerlah orang menari hip hop ni..nak buang masa
Ala-ala break dance pun ada..lepas habis dorang menari dorang panggil 3 orang penonton untuk menari bersama mereka.  Nanti kalau akak rajin akak upload ek video tu.

Bila show dah tamat, kita boleh ambil gambar tapi cuma berapa orang sahaja..yang lain kena tunggu show lepas ni..tak kuasalah nak tunggu

Show terakhir pukul 8.30 malam, Yana gi tenguk masa ni.
Nampak gak Marilyn Monore klon ni..tapi malas nak ambil gambar dengan dia..
Lama gak tunggu dorang kat sini...entah kemanalah dorang pergi..tak rasa penat gamaknya..akak dah memang surrender dah tapi nak balik tak boleh sebab lambat lagi nak naik bas..tu sebab akak lepak sambil tenguk ragam pengunjung. 
Pastu dorang gi jejalan lagi..akak merayau-rayau tenguk apa yang ada bila suasana beransur gelap..time ni lepas krismas jadi mestilah ada nyanyian dan joget-joget kat pokok besar ni
Untuk menghilangkan kebosanan akak beratur naik boat cam budak-budak kat Zone Madagascar naik river boat ride adventure.  Naik pun sebab tenguk orang dah tak ramai..taklah tunggu lama sampai  1 jam.

Jadilah budak-budak kejap tenguk watak Madagascar kat dalam ni
 
 Korang jangan risau naik ni sebab tak kena percikan air pun..
hairan gak apasal ada yang pakai baju hujan dan siapkan payung?
 
Inilah rupa boatnya..bukan gerak laju pun..macam kita naik boat kat Genting
Oleh sebab ada lagi 1 jam lebih  sebelum naik bas, anak-anak akak gi lagi sekali naik roller coaster.  Akak  duduk ajer kat kerusi.  Bila cukup masa kami semua turun semula ke bawah dan tunggu bas yang sampai lambat 10 minit.  

Korang kena ingat kat mana korang turun dan juga no bus..takut nanti tak jumpa bas camner nak balik ke JB semula.  Driver tu dah bagi warning memang dia takkan tunggu lama-lama..cukup time dia jalan..waduh takut gak kena tinggal kann..dahlah nak dekat tengahmalam. 

Akhirnya sampai semula ke Tune Hotel Danga Bay, ngam ngam pukul 11.00 malam.  Firdaus dan anak buah dah tunggu kat situ dan terus gi makan dulu sebelum tidur kat rumah kakak ipar.

Bagi anak-anak muda bestlah gi sini, sebab boleh main permainan yang mencabar. Tapi akak kata gilah 2 tahun lagi..takkan nak gi setiap tahun.

Berakhirlah cerita ceriti ke USS..sape yang rancang nak gi, semuga korang puas hati dengan penerangan akak ni.

Rabu, Januari 11, 2012

Universal Studios Singapore ( Part 3)

Kalau nak baca Part 1 dan Part 2 boleh ke SINI  dan kat  SINI
Memang kelakar tenguk telatah klon Charlie Chaplin ni kat Zone New York..macam real ajer tenguk gaya dia.
tapi kan dia ni pakai tarik ajer orang pempuan, lepas ajak menari pastu dia cium kat pipi..sebelum apa-apa terjadi  baik akak bai akak gi dari situ lepas ambil gambar.  Manalah tau dia cium akak pulak nanti..jadi isulah pulak..(perasan)
Ada pembaca blog tanya nak tenguk layout kawasan USS ni.  Nasib baiklah akak simpan lagi benda ni. Kalau korang sampai kat 2 persimpangan tu korang boleh pilih nak ke kanan ataupun ke kiri dulu.

Kalau nak naik roller coaster dan permainan yang best-best baik korang ke kiri dulu.  Sebab belah kanan kebanyakkannya sesuai untuk kanak-kanak.

Kawasan ni berbentuk bulatan jadi kita takkan sesat.  Akak round dekat 3-4 kali...ada gak jalan potong ikut restoran fast food nak gi ke zone sci fi city.

Kalau korang rancang nak gi masa cuti sekolah ataupun cuti perayaan/umum baik korang beli tiket express walaupun mahal sikit tapi korang puas hati sebab tak payah beratur lama.  Tak buang masa tau.

Kalau tenguk map yang real leh ke USS Map
Oleh sebab anak-anak gi naik transformer tu akak masuk ke sini sebab tak payah menunggu lama nak masuk ke dalam.  Kat Zone New York ni salah satu tarikannya ialah Lights, Camera, Action! yang di hosted by Steven Spielberg (video ajer)
Tapi kan kalau ada anak kecil baik tak yah sebab sound effect dia memang menakjubkan dan boleh buat budak kecik terkezut..time akak ada yang anak mat salleh bila masuk ajer meraung..apa lagi kenalah keluar balik.

Ada 3 barisan kat dalam ni ...akak berdiri di barisan ke 3 taklah rasa sangat..kalau duk depan akak tenguk cam best ajer sebab dekat kan.
Bila keluar akak nampak klon ini..sape tau nama dia ek..kena cepat beratur baru dapat ambil gambar dengan dia.  Nasib baik sempat ambik gambar.  Ira ada beli gak souvenior alat tulis bentuk camni..tapi akak tak ingat apa nama klon nilah.
Lepas tu akak pusing balik ke sini.
Sempat gak bergambar....oh yer staff kat sini ada gak ambil gambar tapi harga gambar tu mahal giler weiii
Bila tenguk barisan dah tak panjang akak pun tanya kat staff tu..dia kata kena beratur dalam 40 minit untuk single rider (maksudnya duk ajer kat tempat kosong) akak pun beratur nak naik TRANSFORMERS The Ride walaupun hati akak berdebar-debar.

Wow memang best giler..macam real aaa jumpa robot tu..akak duk paling depan pulak tu.  Bila muncul robot tu bergaduh  macam betullah.  Bila kereta tu bergerak laju akak tutup mata sambil menjerit kuat-kuat (bukan akak ajer orang lain pun sama)

Kalau korang nak video camner naik benda tu korang leh jengah kat SINI
Nak hilangkan rasa gemuruh akak lepak jap kat sini sambil beli air ..air botol Sprite/Coke di jual SD3 dan air mineral pulak SG2..oklah tu kan.

Akak cari gak anak akak tapi tak jumpa..walaupun masing-masing ada hp tapi kami guna 2 kali ajer sebab charge mahal aaa
Bila dah ok akak pergi pula ke Zone Hollywood nak tenguk  live rock musical kat pentas.  Kita cam tenguk dalam panggung wayang persembahan real ini,  jadi tak usah risau tempat tak cukup sebab ada 1,500 tempat duduk.  Kalau nak duk depan kenalah beratur 20-30 minit lebih awal.
Persembahan mengambil masa dalam 20-30 minit.
Dah janji dengan anak-anak yang akak duk lepak kat sini persimpangan ini yang juga berdekatan dengan panggung tadi.  Lama gak aa tunggu dorang muncul.  


Khamis, Januari 05, 2012

Kisah Di Universal Studios Singapore (Part 2)




King Julien’s Beach Party-Go-Round kat Zone Madagascar. Takkan nak naik benda ni...cam kelakar kan kalau akak naik
Pastu tenguk Madagascar Boogie!  Show ni ada time dia..nanti korang leh tenguk jadualnya.

Kelakar tenguk watak-watak ni berjoget terutama penguin tu.  Orang punyalah ramai...nak ambil gambar pun payah.
 
 Dengan Alien di Zone Sci-Fi City..gambar kaburlah pulak
Bila akak jejalan kat sini akak ternampak Imran keseorangan.  Imran bagitau  kakak dia masuk ke dalam gi  naik  indoor roller coaster.

Imran pun ikut masuk sama tapi bila lalu lorong gelap dan ada keranda dan macam-macam lukisan zaman mesir langsung dia keluar balik.  Takut katanya.
Bukan Imran ajer takut, akak pun dah masuk kat dalam tu tapi bila dengar dan tanya dengan budak-budak kat belakang akak kalau  naik roller coaster tu memang menakutkan, akak keluar balik ikut pintu keluar.  Takutlah jadi apa-apa nanti sape nak tanggung sebab mereka dah bagi amaran.
 
Kat sini kalau  korang naik naik indoor roller coaster  memang tak leh bawa sebarang benda pun, kena letak barang dalam loker..mahal aa bayaran loker sehari. Yana kata kena dalam SG20.

Nasib Yana dan Ira agak baik sebab dorang dapat naik cepat sebab roller coaster baru ajer jalan balik selepas di hentikan sebentar sebab hujan.  

Kalau hujan memang ada permainan yang akan di hentikan sebentar macam gak di Genting dan Sunway Lagoon.
 
Yang bestnya di setiap Zone di sediakan tandas, water cooler, kedai cenderamata dan juga restoren mengikut tema setiap Zone. Tandas di sana memang bersih tapi cuma ada satu ajer yang berpaip  kat hujung sekali.  

Mula-mula akak tak tau..akak cuma sediakan botol air dan ambil air kat sink pastu cebuk tapi bila dah tau rasa seang hati nak buang air.

Korang kena ambil risalah kat depan pintu masuk supaya kita tau yang mana satu restoren halal sebab walaupun ada pelayan islam tak semestinya restoren tu halal macam restaurant Pizza di Zone New York.  Nasib baiklah akak tanya dulu kat budak tu sebelum nak makan.
 Buat kenangan bergambar dengan  
Meet the Army of Anubis
Kalau korang nak bergambar dengan watak-watak camni korang kena cepat-cepat beratur sebab cuma 10-15 orang sajer yang dorang bagi bergambar.  Kalau tak dapat bergambar dengan dorang ni korang tunggu ajer watak yang lain keluar..syaratnya gi cepat-cepat beratur.
Nasib baik kat Zone Ancient Egypt  ada Restoren Halal Oasis Spice Café.  Kami makan kat sini sebab nak makan nasi ..tu pun makan dekat pukul 3.00 lebih sebab kenyang makan nasi lemak pepagi kat Jay Bee 
 Kalau tenguk harga memanglah mahal kan..tapi nak buat camner.  Makan ajerlah bila dah kelaparan.  Kalau korang nak bawa makanan dalam beg pun boleh rasanya sebab dorang tak check pun beg masa masuk tak macam kat sini.  
Rasa tak berbaloi kalau beli set kanak-kanak.
Akak seludup gak bawak coklat, gula-gula, keropok dalam beg tangan yang besar .
Beli nasi  untuk 3 set pun dah cukup kenyang untuk 4 orang .Kami beli gak kepak ayam  dan 2 air sebab kami share bayar.  Ira dan Yana ada duit sendiri..akak cuma tanggung si Imran ajer
Oleh sebab inilah satu-satunya restoren yang menghidangkan nasi orang agak ramai terutama orang dari negara India .

Kat sini juga pelayan boleh berbahasa Melayu.  Oleh sebab tak habis makan roti canai dan kepak ayam akak tapau masuk dalam beg.

Selain dari sini ada lagi restoren halal di Zone Madagascar, Zone Far Far Away  dan Zone Hollywood.
Anak-anak yang dah kekenyangan gi beratur kat area Sci-Fi City sebab nak naik gak TRANSFORMERS The Rid : The Ultimate 3D Battle.  Dekat 1 jam lebih gak mereka beratur baru dapat naik.

Lepas tu mereka gi solat jamak bertiga (akak ehem ehem) di pintu masuk di tempat Lost and Found.  Ada surau kecik disediakan tetapi bercampur dengan orang lelaki.  Memang tak selesa dibuatnya kalau dah camtu tapi nak buat camner kan pandai-pandailah ajerlah.

Masalahnya kena ambil wuduk di tandas yang kena jalan dalam 50 langkah pergi dan balik.  Memang payah tapi tak per... janji dah buat apa yang wajib.
 Nak naik Accelerator ni takut pening sebab baru makan. Akak round kat tempat lain pula.

Bersambung














































Rabu, Januari 04, 2012

Kisah Di Universal Studios Singapore (Part 1)


 
 anak akak kata..mak cam adik beradiklah dgn kak As
Bila akak taip status kat FB akak ada kat hotel ini ..tiba-tiba ada geng blogger bagitau dia pun ada gak satu hotel dengan akak.  Dia minta no hp dan akhirnya kami berbalas sms.

Wah seronoknya bila dapat jumpa geng yang dah lama tak jumpa Asfieda.  Kami jumpa sekejap di bawah sebelum akak naik bus kul 8.30 ..kami tak satu jalan sebab As naik bus pukul 10.30 pagi.
 dari dulu sampai sekarang masih ada lagi rupanya orang sidai kain pakai buluh/galah ni.  Last akak gi ke Singapore pada tahun 1988..

Perjalanan ke USS mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam termasuklah turun naik di imigresen Malaysia dan Singapore.  Masa kat Imigresen Malaysia pun ada sorang blogger yang tegur akak.  Maaflah akak tak perasan yer El-Zaffril...al maklumlah dah lama tak jumpa kamu.

Sebelum tu kenalah isi borang putih dan kami telah di beri ingatan supaya jangan nak mengada-gada ambil gambar kat imigresen Singapore.

Akhirnya sampai gak kami kat sini...aiseymennnnn tak nampak pulak muka Ira dan Imran sebab masa tu dorang baru keluarkan asap
Memang kena ambil gambar kat sini kannn..buat kenangan
Ramai sungguh orang masa kami pegi hari Rabu 28hb yang lepas..
al maklumlah cuti panjang. 
 
Tak payah lagi cari kaunter tiket..terus ajer ke pintu masuk bawa kertas yang kita print sendiri..nanti dorang scan ajer 
Oleh kerana anak-anak  nak gi naik  Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON yang boleh buat akak sakit jantung dan termuntah akak terpaksalah gi jejalan sorang sorang.  Oleh sebab orang ramai nak main satu games kena beratur dalam 1 jam lebih baru boleh main.  Kalau ada duit lebih boleh beli tiket express...berbaloi tau walaupun agak mahal harganya.  Korang boleh potong barisan berpuluh-puluh orang
Nasib akak agak baik sebab bila sampai kat Far Far Away akak tak payah beratur panjang dan terus masuk tenguk Shrek 4-D Adventure..best sebab bila tonton wayang tu..kerusi bergegar cam kita naik kereta kuda dan kena sembur air.
Bila jejalan kat Lost World panjangnya orang beratur ..akak malas nak beratur akak terus tenguk pertunjukan ini.  Sebelum pertunjukkan bermula orang yang duk kat barisan bawah ashiklah kena siram dengan air.
 Sporting budak kecik ni...tak kisah pun bila kena siram air
 
Pertunjukkan ini Based on the blockbuster film, "Waterworld..pelakon stunt kebanyakkannya omputih
Macam biasalah kannn orang jahat akan kalah akhirnya.
.bingit gak telinga dengar bunyi bom dan kena hidu bau asap
Konon nak  naik RANSFORMERS The Ride:  
The Ultimate 3D Battle di Zone Sci-Fi City
 Tapi bila tenguk orang ramai beratur pastu kena tunggu dalam 1 jam 40 minit...fuh tak sangguplah 
Akak  gi jejalan kat Zone New York pula. Bila jejalan kat sini bervangan macamlah kita sedang jejalan kat New York di US tu..
Sempatlah bergambar dengan klon sape tah..tak ingatlah.  
Kalau kita sorang sorang ada staff yang akan ambilkan gambar.

p/s Nantikan sambungannya yer

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...