OOO

Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan Bukit Tinggi Padang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan Bukit Tinggi Padang. Papar semua catatan

Khamis, April 05, 2012

Istano Basa Pagaruyung/Istano Si Linduang Bulan

Terima kasih pada pemberi komen tentang akak masuk paper tu.  Terima kasih juga sudi jadi pembaca blog akak yang tak seberapa ini.  Maaf yer belum sempat jejalan kat blog anda sempat minggu ni ada ajer hal yang perlu di bereskan.  Hari ni pun ada event yang perlu di hadiri.  Insyallah jika dah lapang akak jejalan ek kat blog korang.

Cerita gi ke Bukit Tinggi Padang pun tak habis lagi..fuh banyak tul N3 yang perlu di pot pet.
 
Lepas minum kopi, kami di bawa pula ke Istano Basa yang lebih terkenal dengan nama Istana Pagaruyung, adalah sebuah istana terletak di Batusangkar, Kabupaten Tanah Datar Sumatra Barat. Istana ini merupakan objek wisata budaya yang terkenal di Sumatera Barat.
 
Istano Basa yang berdiri sekarang sebenarnya adalah replika dari yang asli. Istano Basa asli terletak di atas Bukit Batu Patah itu dan terbakar habis pada sebuah kerusuhan berdarah pada tahun 1804. Istana tersebut kemudian didirikan kembali namun kembali terbakar tahun 1966.

Proses pembangunan kembali Istano Basa dilakukan dengan peletakan tunggak tuo (tiang utama) pada 27 Desember 1976 oleh Gubernur Sumatra Barat (waktu itu Harun Zain). Bangunan baru ini tidak didirikan di tapak istana lama, tetapi di lokasi baru di sebelah selatannya. Pada akhir 1970-an, istana ini telah bisa dikunjungi oleh umum.
Kebakaran 2007
 
Pada tanggal 27 Februari 2007, Istano Basa mengalami kebakaran hebat akibat petir yang menyambar di puncak istana. Akibatnya, bangunan tiga tingkat ini rata dengan tanah. Ikut terbakar juga sebagian dokumen, serta kain-kain hiasan.Diperkirakan hanya sekitar 15 persen barang-barang berharga ini yang selamat. Barang-barang yang lolos dari kebakaran ini sekarang disimpan di Balai Benda Purbakala Kabupaten Tanah Datar.
Biaya pendirian kembali istana ini diperkirakan lebih dari Rp 20 miliar Harta pusaka Kerajaan Pagaruyung sendiri disimpan di Istano Silinduang Bulan, 2 kilometer dari Istano Basa

Istana ini sangat mudah di akses dari Bukittinggi, Solok atau Padang Panjang. Istana ini terletak di Tanah Datar, di Kabupaten Batusangkar

Memang sayang tak dapat masuk ke dalam istana ini disebabkan masih dalam pembaikan.  Cuma boleh tenguk dari luar ajer.
 
 Banyak ibu-ibu yang berjualan di area istana ini.  Buah ciku memang besar betul.  Mereka bekerja keras untuk mencari rezeki dan tidak meminta-minta.  Baguskan macam tu.
Sempat beli fm kat sini walaupun harganya mahal sikit dari Bukit Tinggi.  Tak perlah...kan..

Khamis, Februari 09, 2012

Hari Pertama Ke Bukit Tinggi Padang (Part 2)

28hb. Januari 2012 (Sabtu)
 
Dari kedai Putri Minang kami gi kedai Bika Si Mariana.  Kemudian ke sini..alahai lupalah pulak nama tempat ni.  
 
Akak masih bersabar lagi..tak beli apa-apa pun.  
Sayang nak belanja duit jutaaan itu
Pemandangan di pasar..ambil atas bas ajer
banyak tul orang jual kobis
Singgah kat sini...kami tak beli apa-apa ..sajer menjamu mata
 
Suka dengan kain warna biru tu...cantik kannnn
Kedai depan..macam-macam ada..tapi semua tak beli..
org tak beli akak pun tak beli gak lah
masjid ada di mana-mana..
Kami kemudian ke Toko Cany Sulaman  (kredit pic : Fb Cany Sulaman)
Kat sini ada jual kebaya kanak-kanak..wah dorang beli sebab ada anak kecik..akak jamu mata ajerlah
Antara yang di jual....suka dengan kain hitam tu..lepas membeli belah kat sini, semua dah penat..kami terus ke hotel
 
kitaorang check in di Hotel Karisma, lepak dalam bilik.  Akak sebilik dengan Kak Midah sebab kitaorang ajer yang solo, yang lain couple..sedih aaaaa..apa nak buat hb tak nak gi kat sini..
 Lepas maghrib kami gi makan malam sambil tenguk pemandangan di waktu malam..meriah betul sebab ramai yang jual macam-macam makanan
Makan masakan padang lagi..tak jauh dari hotel..gambar malam gelap..
ambik waktu siang
 cam biasa macam-macam lauk di letak atas meja..akak makan 
ayam pop dan sup..
 Air ini juga yang jadi pilihan..
 yehaaa keluar gak duit kat sini..terpaksa beli baju baru..nasib baik jumpa saiz akak..akak beli gak jubah sebab harganya berpatutan..tapi kenalah pandai tawar menawar.  Peniaga ni ambik gak duit Malaysia. 

 berakhirlah malam pertama di sini..nantikan sambungannya..sabar yer..

Jumaat, Februari 03, 2012

Enaknya Bika Mariana

Semuga N3 Mimpi Buruk Naik Air Asia akak tu akan menjadi iktibar kepada sesiapa yang akan menaiki Air Asia nanti.  Bukan nak kata Air Asia tak bagus, sebab ada Air Asialah kita boleh terbang ke destinasi pilihan dengan tambang murah.  Tapi biar pun tambang murah mereka kena juga bagi services yang terbaik buat pelanggan.

Dulu pernah gak naik Air Asia tapi tak pernah terjadi hal macam tu.  Sekarang ni kalau nak jejalan naik Air Asia kena pastikan ada sepersalinan baju kat dalam beg yang bawa di atas termasuklah ubat-ubatan dan alat penjagaan diri.  Tapi kan mana boleh bawa cecair cam syampoo/pencuci muka jenis cecair kat atas kan..kena gak letak kat kargo.

Akak bercuti ke Bukit Tinggi Padang bersama dengan member office hb bersama isteri, anak-anak dan kerabat mereka.  Akak sorang ajer yang ikut sebab nak tenguk camner rupa Bukit Tinggi ni.
Masa dalam perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi,  dorang bawa ke tempat  ini.  Mula-mula hairan gak apa kebenda yang dorang bakar.
 
Bila dah turun dan pergi ke tempat pembakaran..teruja gak tenguk dorang bakar  sejenia kueh yang di panggil Bika ini.  Bika yang dibuat di sini di panggil  Bika Si Mariana memang  terkenal terletak di Daerah Kotobaru Padang Panjang
 
Di perbuat dari di perbuat dari santan, tepung beras, gula merah, parutan kelapa dan telah di adun dengan cara yang sangat unik,  mungkin sebab itulah rasa Bika Si Mariana ini berbeza dengan tempat lain.  Memang banyak ada gerai jualan Bika tetapi Bika Si Mariana gak yang menjadi sebutan ramai.
 
Adonan Bika yang siap di adun,  di bakar dalam belanga dan  di panggang di atas tungku api kemudian  diatasnya ditutup dan dibakar lagi dengan bara api.
 
Bila di masak dengan cara tradisional dengan menggunakan kayu api, tentulah hasilnya menakjubkan..wangi bau Bika ni masa di angkat.  Pastu kat bawah di lapisi dengan daun pisang..waduh tak sabar nak merasa..
Terima kasih buat ketua rombongan Kak Ramlah yang belanja Bika Si Mariana ini.  Bika ni enak di makan panas-panas..walaupun perut dah kenyang akak tak melepaskan peluang merasa Bika sedap ini.
Masa balik pun Kak Ramlah belanja lagi makan Bika ni...memang sedap..teringat sampai sekarang.

Sape yang nak gi ke Bukit Tinggi mintalah pemandu bas singgah kat sini yer.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...