OOO

Memaparkan catatan dengan label IKEA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IKEA. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 15, 2012

Masakan Sweden-Jansson's Temptations

Wah nama resepi pun ada cam omputih..sebenarnya nilah masakan Sweden [Sweden Cook Class by IKEA at At19Culinary] yang akak belajar tempuh hari.  Banyak ambil gambar jadi akak tepek resepi kat gambar nilah yer.  Resepi dalam kertas tulis omputih tapi yang tulis malay tu akak tenguk camner Chef masak.
Ingredients : 2 nos potatos, 2 onions (thinly slice), Anchovy Fillets (memang kena pakai ikan bilis dalam tin yang import punya), 150gm butter and double cream 200ml.
Cooking method : Peel potato and cut them into thin slice.  Put them in cold water.  
 
Masukkan minyak zaiton dan masak bawang besar shingga kekuning-kuningan.
 
Masukkan benda  ini  dan sedikit gula bersama mixed herbs dan kacau rata 
(tak dak dalam kertas resepi..Chef Khai bagitau masa demo) ketepikan
 
Open a tin of "anchovies" reserving the liquid
Dry the potatoes and put alternate layers of potato, anchovies and onion 
in a oven proof dish (kena oleskan dengan minyak dulu sekeliling remekin) 
begining and ending with a layer potatoes
(Masukkan 2 biji telur dan sedikit garam kacau rata )
Pour on about half the cream and add a few knobs of butter
Tu dia...cuma sorang blogger lelaki yang hadir baru selesai melapis ubi kentang www.sop.name.my/
Heat it a medium oven (200-225C) for 45 minutes.
After it has browned nicel, add more cream if preferred 
and a little liquid from the anchovies from time to time..
tadaaaa dah siap..sedapnya

Terima kasih IKEA and AT 19culinary studio

Sabtu, Jun 09, 2012

Snap Pictures Your Way To Win A Free Sweden Cooking Class by IKEA!

Yeszaaa ..malam tadi akak telah di jemput oleh IKEA untuk menghadiri satu kelas memasak percuma!  Yesss ...percuma ajer tau.  Tempat pulak best. Nak tau kat mana?
Nilah tempatnya..cantik AT 19culinary studio
Kami telah di ajar 3 jenis masakan Sweden...memang teruja habis...walla..best tau bila dapat belajar masak memasak ni.....banyak tips yang di beri oleh Chef Khai.  
Resepi pertama ialah Jansson's Temptations..happy betul akak dibuatnya..
ashiklah tersenyum...first time tenguk ikan bilis besar dalam tin salah satu bahan yang kena ada dalam resepi ini..tak boleh guna ikan bilis kering
Resepinya nanti akak share yer. Bahan utama kentang dan bawang merah.  Selain dari itu ada lagi 2 resepi yang di ajar..semuanya sedap-sedap belaka.

Ala korang janganlah jelous..korang pun boleh gak join kelas memasak secara percuma ni. Kalau anda nak  korang berpeluang gak untuk memenangi jemputan  exclusive Ikea Sweden Cook Class event pada  30 JUNE 2012!  Seramai 10 orang yang bertuah akan di pilih untuk menyertainya.

Kalau anda nak tau caranya...senang ajer, anda cuma perlu ambil gambar makanan yang anda masak, detik-detik gembira bersama orang tersayang dan rakan-rakan di dapur, resepi terbaik dan tips memasak.  

Pastu korang hantar ke email gambar format jpeg dengan kapsyen paling kreatif atau lucu, jangan lupa nama penuh anda ke  social@malaysia-ikea.com.  Anda boleh mula email permohonan anda dari sekarang sehingga 14 JUN 2012. 

Untuk makluman lebih lanjut boleh korang ke SINI.

Kalau korang masih blurr lagi tentang hal ni..akak tepek gambar-gambar untuk panduan anda.
 
Apa lagi geng masak memasak, yang suka memasak... korang jangan lepaskan peluang ini tau.  
 Tangkap gambar banyak-banyak yer ..macam kami yang tengah sibuk di dapur
Bloggers yang happy..tq IKEA sudi jemput akak  dan geng blogger yang lain 
(kredit pic : FB IKEA)
 ada gaya tak jadi Imran jadi Chef?

Rabu, Mei 30, 2012

Tak Jemu-Jemu Makan Meatball di Ikea

Anak-anak kalau sebut ..
mak nak gi IKEA..semua suka...
yehhhh dapat makan meatball@bebola daging sweden.... 
Tak jemu..jemu dorang ni.  Kalau beli bukan beli sikit..kena beli berpuluh-puluh biji, pakallah mak dia tak tau secret recipes dorang ni. Kalau idak, lebih baik buat sendiri.

Kalau beli akak minta kuah lebih..sebab sukakan rasa kuah dia..tapi kentang goreng tu tak berapa sedaplah.  
Kena gak beli makanan yang lain..mana boleh kenyang makan meatballs ajer kann. Paling best air kopi di situ..kami ambik 1 cawan ajer..pastu refill banyak kali..macamtu gak dengan soft drink.  Untung kan..
Ala kata anak yang suka..mak dia pun sama gak.  Kadang-kadang 
akak suka gak layan masakan ikan salmon
bila makan tak pandang kiri dan kanan..ayam pun anak suka.

Pergi IKEA ni bukan beli barang mahal pun..sajer suka tenguk deco-deco terutama di bahagian dapur..suka tenguk stail camner barang di letakkan terutama di tempat yang sempit.

Lagi satu akak suka makan karipap panas..sedap sebab ada hirisan telur kat dalam inti.

p/s sape suka IKEA angkat keyboard dan apakah sebabnya korang suka pergi ke IKEA?

Ahad, Januari 04, 2009

Saje nak cerita

Bila ira dah dapat masuk ke sekolah putri wilayah ni..akak sibuklah sikit....nak update pun tak sempat...pagi lagi dah kena keluar.....kena buat pengesahan salinan sijil, borang dan salinan kad pengenalan ira, akak dan suami.....oleh sebab suami akak masa tu tak ada kat m'sia ..kenalah pulak cari surat beranak dia...kalau nak diikutkan...ni kali ke 3 akak kena buat pengesahan sijil, kp dan borang yang di beri oleh sekolah...mula-mula smk batu muda....kedua smk seri gombak dan kali ni smk putri wilayah....

hari rabu pergi ke smk seri gombak nak buat pengesahan...tapi cikgu semua mesyuarat..kat kerani tu mungkin mesyuarat habis dalam pukul 2.00 petang...akak nak potong nama sekali kat sekolah ni...pihak sekolah ni nak pulak salinan surat tawaran tu untuk rekod..akak lupa pulak nak buat salinan....surat asal pihak sekolah tu dah ambil masa buat pengesahan hari selasa....terpaksalah akak pergi balik ke smk putri wilayah ni...selalunya memang akak akan buat salinan surat ni...tapi kali terlupalah pulak....akak tinggalkan borang tu semua kat situ untuk pengesahan...janji nak ambil petang nanti....masa dah suntuk pasal hari khamis dah cuti tahun baru..kena settle hari ni jugak...pagi jumaat nak hantar balik ke smk putri wilayah...ada orientasi pelajar tingkatan satu...

dari smk seri gombak gilah ke smk putri wilayah...pihak sekolah bagi surat asal dan satu salinan..mereka suruh bawak surat yang asal masa hari orientasi pada hari jumaat nanti....satu salinan untuk skm seri gombak......memang pun dah plan nak bawak ira dan imran gi jejalan ke ikea...yelah kan sekolah nak bukak...mungkin lepas ni masa tu kurang sikit masa nak bawak mereka jejalan.....sampai kat sana dah nak dekat pukul 11.00 pagi..nasib baik parking tak penuh....rupanya banyak yang tersalah jalan nak masuk sini kerna jalan yang sebenar di tutup pasal ada pentas kat depan ikea tu...kalau tidak dalam pukul 11.00 ni dah payah nak cari parking...

rupanya ada konsert untuk sambut tahun baru kat situ..masa tu mereka tengah buat raptai...kuatnya bunyi sound system tu...bergegar gegendang telinga akak...

boleh di katakan banyak lagu orang putih di mainkan kat situ...yelah kawasan orang kaya kan...

seperti biasa imran dan ira nak masuk ke tempat permainan ni...kalau nak diikutkan si ira tak boleh masuk..pasal dah terlebih umur...tapi dulu ada penjaga tu ajar akak...kalau nak teman si imran tulis umur 10 tahun kat dalam borang.....mungkin si ira ni kecik ....penjaga kat tempat tu benarkan ira masuk....masuk kat sini satu jam aje...pastu kena ambil...kalau tidak dia orang call....

akak dan yana gi jejalan...window shopping kat harvey normanlah.....tenguk laptop, kasut dan baju..tenguk masa nak habis satu jam...ajak yana beli bahan nak masak malam ni kat cold storage.....cadang nak masak spageti aje malam ni.....lepas ambil imran dan ira...kami makan kat restoren ikea....

akak nak jadi mat salleh...makan ikan salmon.......tak pernah makan ikan ni...sedap pulak rasanya sos tu....makan macam ni pun boleh kenyang...cakap dgn yana...nanti bila mak dan ayah dah tua..akak nak masak macam ni...senang dan berkhasiat....tapi suami akak ni orang jawa...mana boleh tak makan nasi....

yana makan chicken with lemon sos...rasa sos masam sikit....ayam di panggang aje...

kalau kat sini ira mesti nak makan meatball...dulu rasa sedap tau...sejak barang dah naik ni..meatball dia dah kecil pastu rasa macam dah kurang daging..keras sikit..rasanya lagi sedap meatball yang akak buat...tapi tak jumpa lagi resepi nak buat sos macam kat ikea ni...

imran sekarang ni susah nak ambil gambar....dia kata....
mak ni..ashik ambik gambar im aje...pastu masuk dalam blog...boringlah...
masa kat sekolah smk putri wilayah gigi tepi dia dah patah...nasib baik gigi susu....tenguklah tu ...dah rongak...

imran lepas makan suka lepak tenguk televison...

akak dah yana share minum air kopi...yang best kat sini...boleh tambah air samada air kopi, cuppacino......ataupun soft drink....1 cawan kopi dia kira RM3.50...soft drink dalam RM1.50 rasanya....kalau tak silaplah harga dia....akak bayar 1 cawan hot drink dan 1 soft drink...kira berbaloilah jugak..minum hot drink 4 kali dan soft drink..banyak kali...lepak kat sini lama jugaklah...lepas tu masuk dalam ikea..beli barang tak sampai pun RM10.00...nanti tak payah bayar parking....masa kat situ juga tangkai cermin mata ira tercabut sebelah....

balik dari ikea pergi ke greenwood dulu...betulkan tangkai cermin mata dan ambil gambar si ira.... sampai ke smk seri gombak ambil borang yang telah di sahkan dah nak dekat pukul 3.00 lebih........malam masaklah meatball spageti.

meatball yang baru keluar dari oven...

meatball spageti...resepi dah ada dulu...jadi tak yah bagi resepi lagi ye...

lebihan meatball buat sos lada hitam...sedap jugak makan meatball dengan sos ni....sesape ada resepi macam kat ikea tu bolehlah bagi resepi..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...