OOO

Memaparkan catatan dengan label meatball IKEA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label meatball IKEA. Papar semua catatan

Selasa, Mac 05, 2013

Meatball IKEA Tak Jual Lagi Di Malaysia Buat Sementara (Telah Dijual semula pada 8.3.2013)

Gempak kan..ala buat sementara waktu ajer

Disebabkan skandal  DNA daging kuda yang di jumpai dalam sample meatball, peruncit perabot No.1 Dunia, IKEA telah memberhentikan hampir kesemua jualan bebola daging dari rangkaian kafeteria gudangnya di Eropah, selepas ujian di Republik Czech pada Isnin mendapati terdapat kandungan daging kuda dalam produk berkenaan. 


Dalam berita di TV9 pukul 8.00 malam tadi, jualan meatball di IKEA Damansara juga telah di hentikan buat sementara waktu di sebabkan skandal ini. Pengurus Store IKEA Damansara  berkata bahawa tindakan itu di ambil walaupun yakin bahawa 100% produk bebola daging di IKEA Malaysia di perbuat dari daging lembu yang di import dari Australia dan di sahkan HALAL.  Bebola daging semuanya di hasilkan di sini.  Bila tak jual meatball ..agak lapang gak cafeteria disitu

Sampel meatball  telah dihantar untuk di periksa untuk DNA Test dan akan mula di jual semula selepas keputusan DNA di terima.  Langkah ini di ambil  demi memuaskan hati semua penggemarnya.

Peminat meatball IKEA kenalah tunggu keputusan tu yer..:)

Status Terkini

IKEA Malaysia, mengumumkan hari ini bahawa bebola daging akan kembali di Restoran IKEA dan Kedai Khas Makanan Sweden mulai esok, Jumaat, 8 Mac.


Meatball IKEA telah di jual semula hari ini setelah keputusan DNA bahawa  bebola daging tempatan mengandungi hanya daging lembu dan tidak mengandungi daging kuda oleh makmal  bebas di Malaysia.  

Bebola daging IKEA disahkan halal dan dihasilkan di Malaysia. Untuk meraikan bebola daging yang dijual semula, IKEA Malaysia akan menjualnya pada harga 20 sen sebiji, untuk satu hari sahaja pada 8 Mac,wah dah tentu beratur panjang peminat setia meatball IKEA.


Sila ke FB IKEA yer
 


Rabu, Mei 30, 2012

Tak Jemu-Jemu Makan Meatball di Ikea

Anak-anak kalau sebut ..
mak nak gi IKEA..semua suka...
yehhhh dapat makan meatball@bebola daging sweden.... 
Tak jemu..jemu dorang ni.  Kalau beli bukan beli sikit..kena beli berpuluh-puluh biji, pakallah mak dia tak tau secret recipes dorang ni. Kalau idak, lebih baik buat sendiri.

Kalau beli akak minta kuah lebih..sebab sukakan rasa kuah dia..tapi kentang goreng tu tak berapa sedaplah.  
Kena gak beli makanan yang lain..mana boleh kenyang makan meatballs ajer kann. Paling best air kopi di situ..kami ambik 1 cawan ajer..pastu refill banyak kali..macamtu gak dengan soft drink.  Untung kan..
Ala kata anak yang suka..mak dia pun sama gak.  Kadang-kadang 
akak suka gak layan masakan ikan salmon
bila makan tak pandang kiri dan kanan..ayam pun anak suka.

Pergi IKEA ni bukan beli barang mahal pun..sajer suka tenguk deco-deco terutama di bahagian dapur..suka tenguk stail camner barang di letakkan terutama di tempat yang sempit.

Lagi satu akak suka makan karipap panas..sedap sebab ada hirisan telur kat dalam inti.

p/s sape suka IKEA angkat keyboard dan apakah sebabnya korang suka pergi ke IKEA?

Ahad, Januari 04, 2009

Saje nak cerita

Bila ira dah dapat masuk ke sekolah putri wilayah ni..akak sibuklah sikit....nak update pun tak sempat...pagi lagi dah kena keluar.....kena buat pengesahan salinan sijil, borang dan salinan kad pengenalan ira, akak dan suami.....oleh sebab suami akak masa tu tak ada kat m'sia ..kenalah pulak cari surat beranak dia...kalau nak diikutkan...ni kali ke 3 akak kena buat pengesahan sijil, kp dan borang yang di beri oleh sekolah...mula-mula smk batu muda....kedua smk seri gombak dan kali ni smk putri wilayah....

hari rabu pergi ke smk seri gombak nak buat pengesahan...tapi cikgu semua mesyuarat..kat kerani tu mungkin mesyuarat habis dalam pukul 2.00 petang...akak nak potong nama sekali kat sekolah ni...pihak sekolah ni nak pulak salinan surat tawaran tu untuk rekod..akak lupa pulak nak buat salinan....surat asal pihak sekolah tu dah ambil masa buat pengesahan hari selasa....terpaksalah akak pergi balik ke smk putri wilayah ni...selalunya memang akak akan buat salinan surat ni...tapi kali terlupalah pulak....akak tinggalkan borang tu semua kat situ untuk pengesahan...janji nak ambil petang nanti....masa dah suntuk pasal hari khamis dah cuti tahun baru..kena settle hari ni jugak...pagi jumaat nak hantar balik ke smk putri wilayah...ada orientasi pelajar tingkatan satu...

dari smk seri gombak gilah ke smk putri wilayah...pihak sekolah bagi surat asal dan satu salinan..mereka suruh bawak surat yang asal masa hari orientasi pada hari jumaat nanti....satu salinan untuk skm seri gombak......memang pun dah plan nak bawak ira dan imran gi jejalan ke ikea...yelah kan sekolah nak bukak...mungkin lepas ni masa tu kurang sikit masa nak bawak mereka jejalan.....sampai kat sana dah nak dekat pukul 11.00 pagi..nasib baik parking tak penuh....rupanya banyak yang tersalah jalan nak masuk sini kerna jalan yang sebenar di tutup pasal ada pentas kat depan ikea tu...kalau tidak dalam pukul 11.00 ni dah payah nak cari parking...

rupanya ada konsert untuk sambut tahun baru kat situ..masa tu mereka tengah buat raptai...kuatnya bunyi sound system tu...bergegar gegendang telinga akak...

boleh di katakan banyak lagu orang putih di mainkan kat situ...yelah kawasan orang kaya kan...

seperti biasa imran dan ira nak masuk ke tempat permainan ni...kalau nak diikutkan si ira tak boleh masuk..pasal dah terlebih umur...tapi dulu ada penjaga tu ajar akak...kalau nak teman si imran tulis umur 10 tahun kat dalam borang.....mungkin si ira ni kecik ....penjaga kat tempat tu benarkan ira masuk....masuk kat sini satu jam aje...pastu kena ambil...kalau tidak dia orang call....

akak dan yana gi jejalan...window shopping kat harvey normanlah.....tenguk laptop, kasut dan baju..tenguk masa nak habis satu jam...ajak yana beli bahan nak masak malam ni kat cold storage.....cadang nak masak spageti aje malam ni.....lepas ambil imran dan ira...kami makan kat restoren ikea....

akak nak jadi mat salleh...makan ikan salmon.......tak pernah makan ikan ni...sedap pulak rasanya sos tu....makan macam ni pun boleh kenyang...cakap dgn yana...nanti bila mak dan ayah dah tua..akak nak masak macam ni...senang dan berkhasiat....tapi suami akak ni orang jawa...mana boleh tak makan nasi....

yana makan chicken with lemon sos...rasa sos masam sikit....ayam di panggang aje...

kalau kat sini ira mesti nak makan meatball...dulu rasa sedap tau...sejak barang dah naik ni..meatball dia dah kecil pastu rasa macam dah kurang daging..keras sikit..rasanya lagi sedap meatball yang akak buat...tapi tak jumpa lagi resepi nak buat sos macam kat ikea ni...

imran sekarang ni susah nak ambil gambar....dia kata....
mak ni..ashik ambik gambar im aje...pastu masuk dalam blog...boringlah...
masa kat sekolah smk putri wilayah gigi tepi dia dah patah...nasib baik gigi susu....tenguklah tu ...dah rongak...

imran lepas makan suka lepak tenguk televison...

akak dah yana share minum air kopi...yang best kat sini...boleh tambah air samada air kopi, cuppacino......ataupun soft drink....1 cawan kopi dia kira RM3.50...soft drink dalam RM1.50 rasanya....kalau tak silaplah harga dia....akak bayar 1 cawan hot drink dan 1 soft drink...kira berbaloilah jugak..minum hot drink 4 kali dan soft drink..banyak kali...lepak kat sini lama jugaklah...lepas tu masuk dalam ikea..beli barang tak sampai pun RM10.00...nanti tak payah bayar parking....masa kat situ juga tangkai cermin mata ira tercabut sebelah....

balik dari ikea pergi ke greenwood dulu...betulkan tangkai cermin mata dan ambil gambar si ira.... sampai ke smk seri gombak ambil borang yang telah di sahkan dah nak dekat pukul 3.00 lebih........malam masaklah meatball spageti.

meatball yang baru keluar dari oven...

meatball spageti...resepi dah ada dulu...jadi tak yah bagi resepi lagi ye...

lebihan meatball buat sos lada hitam...sedap jugak makan meatball dengan sos ni....sesape ada resepi macam kat ikea tu bolehlah bagi resepi..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...