OOO

Memaparkan catatan dengan label Ole Ole Bika Si Mariana Koto Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ole Ole Bika Si Mariana Koto Baru. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 03, 2012

Enaknya Bika Mariana

Semuga N3 Mimpi Buruk Naik Air Asia akak tu akan menjadi iktibar kepada sesiapa yang akan menaiki Air Asia nanti.  Bukan nak kata Air Asia tak bagus, sebab ada Air Asialah kita boleh terbang ke destinasi pilihan dengan tambang murah.  Tapi biar pun tambang murah mereka kena juga bagi services yang terbaik buat pelanggan.

Dulu pernah gak naik Air Asia tapi tak pernah terjadi hal macam tu.  Sekarang ni kalau nak jejalan naik Air Asia kena pastikan ada sepersalinan baju kat dalam beg yang bawa di atas termasuklah ubat-ubatan dan alat penjagaan diri.  Tapi kan mana boleh bawa cecair cam syampoo/pencuci muka jenis cecair kat atas kan..kena gak letak kat kargo.

Akak bercuti ke Bukit Tinggi Padang bersama dengan member office hb bersama isteri, anak-anak dan kerabat mereka.  Akak sorang ajer yang ikut sebab nak tenguk camner rupa Bukit Tinggi ni.
Masa dalam perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi,  dorang bawa ke tempat  ini.  Mula-mula hairan gak apa kebenda yang dorang bakar.
 
Bila dah turun dan pergi ke tempat pembakaran..teruja gak tenguk dorang bakar  sejenia kueh yang di panggil Bika ini.  Bika yang dibuat di sini di panggil  Bika Si Mariana memang  terkenal terletak di Daerah Kotobaru Padang Panjang
 
Di perbuat dari di perbuat dari santan, tepung beras, gula merah, parutan kelapa dan telah di adun dengan cara yang sangat unik,  mungkin sebab itulah rasa Bika Si Mariana ini berbeza dengan tempat lain.  Memang banyak ada gerai jualan Bika tetapi Bika Si Mariana gak yang menjadi sebutan ramai.
 
Adonan Bika yang siap di adun,  di bakar dalam belanga dan  di panggang di atas tungku api kemudian  diatasnya ditutup dan dibakar lagi dengan bara api.
 
Bila di masak dengan cara tradisional dengan menggunakan kayu api, tentulah hasilnya menakjubkan..wangi bau Bika ni masa di angkat.  Pastu kat bawah di lapisi dengan daun pisang..waduh tak sabar nak merasa..
Terima kasih buat ketua rombongan Kak Ramlah yang belanja Bika Si Mariana ini.  Bika ni enak di makan panas-panas..walaupun perut dah kenyang akak tak melepaskan peluang merasa Bika sedap ini.
Masa balik pun Kak Ramlah belanja lagi makan Bika ni...memang sedap..teringat sampai sekarang.

Sape yang nak gi ke Bukit Tinggi mintalah pemandu bas singgah kat sini yer.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...