Akak pernah beli Kek Harijadi BR untuk Athirah pada tahun lepas kerana sambut hari jadi Ira sekaligus dengan Imran sebab mereka berdua lahir pada bulan yang sama.
Kali ke dua merasa pula yogurt smoothies di BR
Kali ke 3 di rumah Eyriqazz sempena hari jadi Alissya bakal menantu akak..ahaksss
Oleh sebab dapat voucher sebab Firdaus menang main games
akak suruh dorang gi tukar masa Firdaus dan Yana berbuka
puasa di restoran Apartment minggu lepas di Curve
Syukur alhamdulliah dapat gak merasa makan ice cream mahal..akak memang tak pernah beli sendiri ais krim mahal ni..kalau orang belanja akak bedal ajer..
nasib baik aiskrim ni tak cair mair sebab dorang pack
elok-elok dan letak ais kering banyak-banyak
Masa di rumah Eyriqazz kek ice cream Baskin Robbins ni teruk jadinya...dah tak ada rupa kek dah disebabkan meleleh-leleh kerana pihak BR letak ais kering sikit sangat. Nasib baik masa beli kek hari jadi Ira tu okey ajer bila sampai kat rumah.
Kebetulan pulak Alissya no mood, ashiklah meleleh air mata sama gak macam kek harijadi BR yang cair meleleh itu. Samalah pulak situasi ni dengan birthday BR girl.
Tapi sayangnya voucher untuk ais krim yang ni dah tamat tempoh..terasa rugilah pulak
Happy family
p/s wow ada berita baik ni
It's Media Prima's intention to unite Malaysian in collaboration with
Baskin-Robbins to give away FREE ice-cream on Wednesday, 8 August 2012
from 8pm till 10pm at all 61 #BaskinRobbins outlets nationwide
(excluding two kiosks at Pantai Hospital & Genting Theme Park) IF
Malaysia wins its first #Olympic GOLD medal!






