OOO

Memaparkan catatan dengan label makan sedap di melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan sedap di melaka. Papar semua catatan

Khamis, September 19, 2013

Medan Ikan Bakar Alai Melaka

Assalammualaikum
Selalunya kalau gi Melaka orang nak pekena ikan bakar selalu gi ke Umbai kan tapi akak ajak  ke Alai  yang terletak lebih kurang 7 km dari  bandar Melaka.

Kami sampai dalam pukul 8.00 lebih selepas jejalan kejap di Hard Rock Cafe Melaka.  Orang memang ramai masa kami sampai tapi jangan risau sebab banyak parking dan pilihan gerai yang kita boleh pilih.

Oleh kerana kami parking area tempat ni, owner pula mengajak dengan penuh ramah tamah akhirnya kami pilih rose & ali ikan bakar no 7.  Bermacam-macam pilihan yang ada, ikan dan makanan laut yang segar dan yang baru naik dari laut katanya.

 

Agak lama nak tunggu ikan bakar tapi sementara tu kami pekena otak-otak yang sedap

ambil kepah nii..masak simple ajer

pilihan anak-anak sotong goreng tepung

 

Oleh kerana kami minta nasi putih bukan nasi lemak, kami kena tunggu agak lama gak nak menjamah ikan bakar ni.  Akak pilih ikan pari dan satu lagi ikan jenahak. 

Tapi sayangnya dorang salah bagi ikan..dapat ikan yang lain.  Malas nak gaduh gaduh, dahlah lama tunggu, perut pun dah lapar terus ajer makan.  Nasib baik sedap.

Masa nak bayar akak gi check harga ikan yang salah hantar ni..nasib baik harganya sama..akak lupalah pulak nama ikan ni.  Harga termasuk  sup sayur dan minuman tak sampai pun RM200.00..oklah kan



Location: Ikan Bakar Rose & Ali, 
No. 7, Crystal Bay, 
Sungai Punggur Alai, 75460 Melaka.
GPS Coordinates: 2.173012, 102.31149

Selasa, Jun 11, 2013

Restoran Ikan Bakar Malim Air Keroh Melaka


Assalammualaikum

Masa gi cuti-cuti  ke Melaka bila nak cari makan malam kami cari kat area Air Keroh ajer.  Malas nak keluar jauh-jauh
Restoran Ikan Bakar Malim terletak  di Melaka International Trade Centre (MITC Ayer Keroh..masa sampai orang dah ramai..maklumlah cuti sekolah..ibubapa rajin bawa anak-anak gi lepaskan tension terutama bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan yang penting.
Bila dah pilih apa yang anak-anak nak, kenalah tunggu agak lama sikit..mula-mula sampai dah tentulah air kan.  Pastu sotong goreng kunyit. Masing-masing tak sabar, satu demi satu ngap...ngap..ngap..hingga tinggal sikit.
 Puyuh goreng...kesukaan akak dan suami..sedap gak
Kami tak pilih masakan bakar-bakar cuma ambil 2 jenis ikan...ikap merah dan ikan siakap yang di goreng garing dan di masak asam manis dan sweet sour.  Semua puji ikan ni sebab di goreng garing..tapi sos dia boleh tahan ajerlah.

Kira oklah makan kat sini..6 orang makan campur air..lebih RM120.00.

Ingat nak jejalan kat sini, tapi tak ada yang menarik..terus balik ke bilik..lepak-lepak.

Jumaat, Disember 10, 2010

Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak Melaka

Tengahari Ahad gi ke majlis kawin sepupu hb yang tinggal di Gemas.
Bila dah jumpa saudara mara..riuh rendahlah pot pet pot pet. Bukan senang nak jumpa.
Masing-masing sibuk.

Anak perempuan pertama kawin tentulah grand. Tenguk pelamin tu. Bukan kat kl ajer ada..kat Gomeh pun ado tau.
Lepas habis makan dan pot pet terus ke rumah adik ipar di Masjid Tanah. Tumpang tidur semalam.

Tak bagi dia masak sebab kami nak makan kat luar. Sajer nak merasa apa yang best kat area situ.
Keluar lepas maghrib...mula-mula cadang nak makan kat area Masjid Tanah ajer. Akak ajak makan kat tempat yang best sikit. Akak cadangkan baik cari tempat ikan bakar kat Pengkalan Balak.

Tengah buat pilihan ikan yang jarang makan kat umah. Setakat ikan kembung dan cencaru..akak tak layan...(berlagak jap)
 Tenguk tempat pembakaran pun dah best.

Walaupun selalu gi ke Melaka tapi tak pernah sampai kat sini lagi. Banyak gak kedai ikan bakar kat sini. Pilih ajer yang mana satu.

Ikan Bakar Serekot ni yang paling sedap. Isi ikan ni lembut. First time rasa dah terjatuh cinta. RM3.80-100gm

Bila dah jumpa kedai yang berkenan kami makan sepuas hati. Ikan Pari Bakar RM2.20-100gm
 Kita boleh pilih nak masak cara apa. Ikan Jenahak bakar 100gm RM4.80.
 Udang Masak Halia-Saiz AA-RM5.55-100gm
Sotong Goreng Tepung-RM3.50-100gm
Kerang Bercili..pedas sikit-1 paket RM4.00

Tapi tang harga memang berbaloi. Tak sampai RM130.00 termasuk nasi dan air. Akak makan kat gerai di Padang Kemunting, Pengkalan Balak.

Biras akak kata kat sini lagi murah dari Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai. Wah tak rugilah akak makan kat sini.

Rabu, Mei 19, 2010

Last Part gi Melaka

Lepas beli coconut shake kat Klebang...kami minum sikit ajer..sebab kenyang lagi..baru lepas makan ....kami terus check in kat Hotel Sri Malaysia di Air Keroh...suker gi sini sebab bersih...lagipun ramai orang islam..menginap kat sini...harga pun tak mahal sangat.
tak ada minuman keras..pemandangan pun cantik..
 
yang paling penting ada kolam renanglah..sebab 2 orang budak kecik suka mandi manda.....akak dan driver aka manager aka firdaus lepak..titun dalam bilik..Imran pulak ..Ira tolong jaga.sebab dia boleh berenang.
yang paling best sekarang tak payah bawak iron..semua di sediakan
cuma nak basuh dan keringkan kain baju ajer kena bayar ..yang  bagus  sebab ada wifi
lepas maghrib kami gi ke klebang lagi..kali ni tak perasan kat mana..dulu pernah makan kat sini dulu..masa tu duduk kat Shah Beach Motel di Tanjung Kling..restoren ni depan sikit dari motel ni..tak perasan apa nama restoren ni..dan nama jalan..
Tapi tahulah nak gi sana tu....agak jauh jugak dari Air Kroh..makan masa 30-40 minit nak gi ke situ..jauh-jauh pun sebab sedap dan murah..beli satay kat kedai sebelah..makan..minum dan beli satay tak sampai RM40.00..

Dalam perjalanan balik beli belacan, cencaluk dan makanan ringan..murah tau beli tepi jalan klebang ni..murah dari kat bandar.

Hari Ahad..lepak..malas nak jejalan sebab nak balik cepat ...lepas   Ira dan Imran  mandi mandi....kami bertolak balik ke Kuala Lumpur..hujan lebat  pulak tu sepanjang perjalanan...tak boleh bawak laju..


Alhamdulliah sampai cepat  dalam pukul 3.00 petang dan lepas tu akak kerahkan Russhdi hantar balik Ira ke asrama di Rawang.
Memang nak gi lagi ke melaka..sebab ada yang belum tertunailah hasrat dihati lagi..lagi pun akak pun ada jugak darah keturunan melaka..

Sabtu, Mei 15, 2010

Makan Apa Yang Sedap di Melaka....best sebab tertunailahhasratdihati nak makan sodap kat situ.

Bila dah habis jalan-jalan di Muzium...perut berkeroncong...mula-mula cari tempat makan sultan di peringgit (cari kat internetlah..konon sambil jalan-jalan cari makan)...tapi tak jumpa pulak tempat tu. Dah balik baru tau kat Peringgit Pantai..sabar ajerlah.
Suruh Firdaus cari dalam GPS dia...masa tu kami berhampiran Melaka Sentral...nasib baik ada tempat makan kat area situ...cuma 5 minit dari Melaka Sentral. Nama tempat tu Restoren Nasi Ayam Special di Bachang
Nasi dia harga RM4.50 sepinggan...cili letak dalam bekas ni..boleh letak banyak mana. Air sedap tu RM3.50 satu. Akak minum air kelapa laut, Imran air jagung bersama aiskrim dan Ira air durian belanda. Rasa...memang sedap.
Akak makan masak asam pedas daging tetel bersama telur asin dan sayur (ni tak minta..tapi dah msk package kot) Meletuplah rasa asam pedas dia...sedap sungguh..Ira yang tak suka makan asam pedas pun boleh hirup kuah tu..akak marah dia hirup bebanyak takut nak perut sakit. Boleh bagi 10/10..sedap bagi tekak akaklah..tekak orang lain akak tak tahu.
Tak bestlah kalau jejalan sakit perutkan..ashik nak cari tandas ajer. Harga cuma RM5.50..ada jugak asam pedas ikan kembung, parang dan ikan pari. Ira dan Imran makan western food...berlagak konon..tengahari buta makan Chicken Chop..tak rasa tak berapa sedap. Macam ayam masak tepung kentucky ajer. Coleslaw dan blackpepper sos memang sedap. Harga RM10.50 satu.

Lepas tu kami ke Mydin Melaka ..beli barang Iran nak bawak balik asrama. Check in kat hotel pukul 3.00..lepas beli belah akak ajak Firdaus ke sini..sebab baru pukul 2.15 petang.
Waduh jalan nak ke sini jem sikit di sebabkan orang nak beli Coconut Shake. Beratur weiii orang nak beli. Yang bagus tu banyak jugak orang Cina beli Coconut Shake ni. Bukan beli 1 atau 2..tapi beli sampai 8-10 cawan. Bagus bisnes budak melayu ni.
kredit kat blog ni...http://tummy-rumble.blogspot.com/..sebab lupa ambil gambarlah. Kalau bungkus sebelah kiri dan minum kat situ sebelah kanan..Kedai ni dekat dengan Stesyen Caltex di Klebang. Harga pun tak mahal sangat. Nak tahu harga klik gambar kat bawah tu...baca kat whiteboard tu yer.
Masa tunggu Firdaus beratur akak tenguk jugak cara dia buat cam senang ajer..kelapa, air gula, isi kelapa, aiskrim vanilla Walls, air batu dan air. Pastu blend. Macam sonang ajer kan..tapi mana tau ada lagi resepi rahsia dia yang kita tak tahu. Akak rekomen pergi ke sini tau.


Rugi kalau pergi ke Melaka tak rasa Coconut Shake ni. Memang sedap. Akak kasi 10/10 bintang. Kat sini juga ada di jual macam-macam makanan lain seperti nasi goreng dan mee goreng.

Okeylah nanti sambung cerita yer..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...