OOO

Memaparkan catatan dengan label apa itu pavlova. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apa itu pavlova. Papar semua catatan

Khamis, Disember 13, 2012

Pavlova Macam-Macam Rupa

Assalammualaikum semua

Aduhai meroyan tul bila tak ada line internet..semuanya di sebabkan kelalaian kami tak off pc dan cabut plug modem.  Hari Ahad keluar gi jejalan cari barang..ingatkan tak hujan, rupanya hujan lebat dan petir berdentum dan apa yang kami takutkan terjadi juga.

Balik rumah semuanya dah terjadi, tak guna di sesali..nasib baik line dan talipon ajer yang rosak...kena beli modem sajer dan tunggu 3 hari .  Kalaulah pc yang kena lagi haru kena keluar ribu riban.
Kebetulan hari ni 12-12-2012 tarikh lahir akak, line ada balik.  Alhamdulliah...terima kasih buat teman-teman fb yang sudi mendoakan akak sekeluarga.  Semuga perkenalan kita berkekalan hendaknya.

Buat pavlova ni masa Yana balik tempuh hari.  Buah strawberi ada stok dan tak leh simpan lama, kali ni akak buat kecik-kecik dan suruh anak-anak hias ikut suka.

Dah banyak kali buat dan akak lebih suka guna resepi yang ni.  Gula tak leh kurangkan banyak sangat ..takut tak jadi.
Kalau sape nak buat boleh refer kat SINI

Sabtu, Jun 30, 2012

Makan Palova Sedap Rumah Eyriqazz

tenguk gambar pun dah kecur air liur kan..kan..kan..
Palova  atau pun nicknamenya Pav (^_^) sekarang ni menjadi kegilaan untuk di santap oleh orang ramai.  Palova adalah sejenis  pemanis mulut atau sejenis meringue cake yang bahan asasnya terdiri daripada buih putih telur dan gula. 
Tesktur luarnya sedikit garing dan isinya tersangatlah lembut, cair di mulut.  

Harganya pun kedabom.  Kalau nak di ikutkan basic palova cuma putih telur sahaja tapi yang buat Palova mahal disebabkan buah-buahan yang di letak di tengah dan di atas palova ini. Whipping cream pun ashik naik harga ajer..  Bila di makan hasil dari gabungan  manis (meringue cake) dan masam (buah-buahan) memang terasa kesedapannya. Kalau cuma ambik meringue cake tu ...memang manis teramat sangat.
Akak di jemput oleh  Mat Tiger aka @Eyriqazz @GTO hari Sabtu lepas untuk meraikan anak perempuan dia yang telah berumur 3 tahun.  Bila tenguk Palova atas meja...wah mesti terjah ni dulu ni..tapi kenalah tunggu birthday girl tiup lilin dulu

Akak pernah cuba buat Palova ni ..tapi buat satu layer ajer..buah-buahan pun tak semewah Palova di rumah Eyriqazz..cuma letak buah strawberi ajer..kalau nak jenguk cara akak buat bolehlah ke SINI

Insyallah tak lama lagi anak pempuan akak balik akak nak buat lagi Palova ni sebab tak puas makan kat rumah orang..malu nak ambik banyak-banyak sebab ramai yang nak rasa kesedapan Palova ini.

Kalau korang nak order korang gi terjah blog Tukang Sponsor Palova Untuk Birthday Alisya...erhmmm nanti hari jadi akak dia nak sponsor tak? 
p/s dengar cerita ada GTB ambik sampai 2 kali .akak tau sape dia....empunya gambar ni rupanya...tak per..kasi can kat dia.

Rasanya semua kalau dapat makan free tentu ambik 2 kali kan...betul tak?


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...