OOO

Memaparkan catatan dengan label artis harun salim bachik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis harun salim bachik. Papar semua catatan

Isnin, Julai 16, 2012

Lisa Surihani Di Siaran Khas OME! Tenguk Jangan Tak Tenguk

Wah..wah..mesti sape yang peminat tegar Lisa Surihani tak sabar-sabar nak tenguk Oh My English! yang telah menjadi fenomena kerana 1.5 Juta Penonton telah menonton Oh My English, 85,000 peminat telah Like Facebook Oh My English dan lebih 3.25 juta telah menonton di Youtube dan terus meningkat.
lawa kan kasut Lisa...walaupun warna tak matching tapi cantik..menyerlah
Pada hujung minggu ini setiap hari dari Julai 20 - 22 (Jumaat – Ahad), pastikan anda menyaksikan Siaran Istimewa ‘Oh My English’, khas untuk peminat setia ‘Oh My English!’  dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam di Astro TVIQ (saluran 610).


Sepanjang Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ pada hujung minggu ini, peminat-peminat boleh menyaksikan Siaran Maraton Khas ‘Oh My English!’ daripada episod 1 hingga 10 yang akan diacarakan oleh pelakon-pelakon ‘Oh My English!’. Peminat-peminat ‘Oh My English!’  turut boleh menyaksikan klip-klip video pendek dan detik-detik kegemaran mereka (‘Top 10’) seperti yang diundi oleh mereka, bersama dengan Siaran Esklusif “Bloopers” pelakon-pelakon ‘Oh My English!’ 

Bukan itu sahaja!Pastikan anda menonton episod khas ‘Oh My English!’ pada 22 Julai (Ahad) pada pukul 10 pagi dengan pelakon jemputan terkenal tanahair - Lisa Surihani. Dalam episod ini, Lisa Surihani memainkan dirinya sebagai seorang pelakon yang ingin mencari bakat-bakat baru untuk sebuah filem baru dalam bahasa Inggeris. Saksikan gelagat lucu murid-murid Kelas 3M apabila Lisa melawat sekolah mereka untuk mengadakan sesi uji-bakat dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, pastikan anda juga terus melayari laman resmi ‘Oh My English!’ di www.ohmyenglish.com.my untuk keterangan lanjut  mengenai rancangan ini atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif seperti Go Go English! dan aktiviti-aktiviti lain seperti Oh My Worksheet. Para peminat juga boleh mengikuti video-video terkini Oh My English! di www.youtube.com/ohmyenglishtv. Sebagai alternatif, penonton juga boleh mengikuti laman Oh  My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki Bahasa Inggeris anda.

Jangan ketinggalan untuk menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English’ pada hujung minggu ini pada 20 – 22 Julai (Jummat – Ahad) dari pukul 10 pagi – 10 malam, serta penampilan istimewa Lisa Surihani di rancangan ‘Oh My English!’ pada Julai 22, (Ahad) pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)! Pelanggan Astro juga boleh mengambil kesempatan menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ melalui perkhidmatan terbaru Astro On-The-Go di mana jua. Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari  www.astro.com.my
 

Khamis, Mei 24, 2012

Bergambar Dengan Pelakon Oh My English!

Korang tentu kenal kan pelakon-pelakon fofolur ni kan.  Akak baru ajer berjumpa dengan mereka tadi di Pelancaran Oh My English! di Hotel KL Hilton Kuala Lumpur.

Rasanya ramai yang ternanti-nanti rancangan Oh My English! yang merupakan sebuah komedi pendidikan untuk menghiburkan dan mengajar pertuturan Bahasa Inggeris dengan betul yang akan di siarkan bermula pada hari Ahad ini jam 10.00.

Blogger kalau jumpa retis mestilah kena sawan kamera kan..biasalah tu..
 Zain Saidin (sebagai Henry Middleton)..akak sempat gak tanya..
kamu dengan Rozita Che Wan (RCW) tu ada apa-apa ker?
ishh taklah..kitaorang kawan ajer..
baik kamu cari orang muda kan..
sekarang ni tengah mencari tapi tak jumpa lagi
oh yer ker...erhmmmm semuga bertemu jodoh
 
Lisa Surihani yang makin cantik sejak bergelar isteri Yusri 
tak ada tanda-tanda nak jadi seorang ibu
oh auntie..kita selalu jumpa kan..
wah terharu Liyana Jasmay ingat muka akak
Kecil molek orangnya pelakon Izara Aishah (Pelakon Vanila Coklat)
lagi comel bila pakai baju sekolah
Pelakon dan penyanyi Adibah Noor (yang panggil akak kakak daun pandan) sebagai Pengetua SMK Ayer Dalam yang juga menjadi pengacara Super Spontan di Astro
 Kami yang happy terutama Zurie yang dapat bergambar dengan artis yang di minati ...Jejai tak habis dengan TM Fatin Liyana..kami pun terjangkit sama
 Harun Salim Bachik bersama Jejai
 Sebelum pulang sempat lagi bergambar kat sini..
adik beradik Elfira Loy tak hadirlah pulak.
Paling best sebab ada soalan bahasa inggeris...soalan pertama semua malu-malu nak jawab...biasalah takut salah..nanti malu.  Soalan kedua akak suruh PA akak jawab...betul lah pulak..
Bila soalan seterusnya ramai berebut-rebut mengangkat tangan dan baru berani nak menjawab termasuk akak. Bila dah ramai sangat yang angkat tangan, akhirnya  pengacara Sazzy Falak pilih akak untuk menjawab soalan terakhir walaupun akak duduk di belakang.
Alhamdulliah dapat gak jawab soalan english tu..wah not bad aaa my english. Sebagai pencinta buku tentu akak merasa gembira dapat voucher dari MPH sebanyak ini.  

Terima kasih Astro sudi jemput akak
Jangan ketinggalan untuk menonton Oh My English! pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)!

Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

p/s nanti akak buat sekitar pelancaran Oh My English!  ni yer

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...