OOO

Memaparkan catatan dengan label artis malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis malaysia. Papar semua catatan

Rabu, Julai 18, 2012

Sazzy Falak Dan Atilia Layak Aaaaaa

Gi satu event preview handbag petang tadi
 Beg tangan berjenama yang mengancam jiwa raga
 Apakan daya aku tak layak untuk membawanya pulang dek kerana harganya beribu riban
Sazzy Falak layaklah..dia kan artis.  Cantiknya bila Sazzy menggayakan collection dari Bhumi Batik's kepunyaan Aishah Sinclair.  Sazzy Falak masih anggun walaupun telah mempunyai anak kembar Iman Lilly dan Tiara Rose yang di bawah jagaan ibu beliau jika Sazzy mempunyai tugasan di luar.  Akak suka berbual-bual dengan beliau..peramah dan tak kekwat.
Begitu juga penyanyi Atilia Harun yang mampu membeli handbag beribu riban ini.  Atilia begitu anggun mengenakan collection Bhumi Anggun.  Sesuai untuk di gayakan semasa hari raya nanti.  Yang bestnya Atilia masih ingat akak yang pernah berjumpa beliau di KLPAC tahun lepas.  Khabarnya akan ke Paris pada bulan Ramadhan nanti.
Telan air liur ajerlah..ibarat rama-rama berterbangan begitulah terbangnya impian hati nak menggayakan handbag yang cuma mampu di pakai oleh golongan yang mempunyai wang yang beribu-ribu lemon.

p/s korang dah bervangan nak beli handbag raya ker belum?

Isnin, Julai 16, 2012

Lisa Surihani Di Siaran Khas OME! Tenguk Jangan Tak Tenguk

Wah..wah..mesti sape yang peminat tegar Lisa Surihani tak sabar-sabar nak tenguk Oh My English! yang telah menjadi fenomena kerana 1.5 Juta Penonton telah menonton Oh My English, 85,000 peminat telah Like Facebook Oh My English dan lebih 3.25 juta telah menonton di Youtube dan terus meningkat.
lawa kan kasut Lisa...walaupun warna tak matching tapi cantik..menyerlah
Pada hujung minggu ini setiap hari dari Julai 20 - 22 (Jumaat – Ahad), pastikan anda menyaksikan Siaran Istimewa ‘Oh My English’, khas untuk peminat setia ‘Oh My English!’  dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam di Astro TVIQ (saluran 610).


Sepanjang Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ pada hujung minggu ini, peminat-peminat boleh menyaksikan Siaran Maraton Khas ‘Oh My English!’ daripada episod 1 hingga 10 yang akan diacarakan oleh pelakon-pelakon ‘Oh My English!’. Peminat-peminat ‘Oh My English!’  turut boleh menyaksikan klip-klip video pendek dan detik-detik kegemaran mereka (‘Top 10’) seperti yang diundi oleh mereka, bersama dengan Siaran Esklusif “Bloopers” pelakon-pelakon ‘Oh My English!’ 

Bukan itu sahaja!Pastikan anda menonton episod khas ‘Oh My English!’ pada 22 Julai (Ahad) pada pukul 10 pagi dengan pelakon jemputan terkenal tanahair - Lisa Surihani. Dalam episod ini, Lisa Surihani memainkan dirinya sebagai seorang pelakon yang ingin mencari bakat-bakat baru untuk sebuah filem baru dalam bahasa Inggeris. Saksikan gelagat lucu murid-murid Kelas 3M apabila Lisa melawat sekolah mereka untuk mengadakan sesi uji-bakat dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, pastikan anda juga terus melayari laman resmi ‘Oh My English!’ di www.ohmyenglish.com.my untuk keterangan lanjut  mengenai rancangan ini atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif seperti Go Go English! dan aktiviti-aktiviti lain seperti Oh My Worksheet. Para peminat juga boleh mengikuti video-video terkini Oh My English! di www.youtube.com/ohmyenglishtv. Sebagai alternatif, penonton juga boleh mengikuti laman Oh  My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki Bahasa Inggeris anda.

Jangan ketinggalan untuk menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English’ pada hujung minggu ini pada 20 – 22 Julai (Jummat – Ahad) dari pukul 10 pagi – 10 malam, serta penampilan istimewa Lisa Surihani di rancangan ‘Oh My English!’ pada Julai 22, (Ahad) pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)! Pelanggan Astro juga boleh mengambil kesempatan menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ melalui perkhidmatan terbaru Astro On-The-Go di mana jua. Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari  www.astro.com.my
 

Khamis, Mei 24, 2012

Bergambar Dengan Pelakon Oh My English!

Korang tentu kenal kan pelakon-pelakon fofolur ni kan.  Akak baru ajer berjumpa dengan mereka tadi di Pelancaran Oh My English! di Hotel KL Hilton Kuala Lumpur.

Rasanya ramai yang ternanti-nanti rancangan Oh My English! yang merupakan sebuah komedi pendidikan untuk menghiburkan dan mengajar pertuturan Bahasa Inggeris dengan betul yang akan di siarkan bermula pada hari Ahad ini jam 10.00.

Blogger kalau jumpa retis mestilah kena sawan kamera kan..biasalah tu..
 Zain Saidin (sebagai Henry Middleton)..akak sempat gak tanya..
kamu dengan Rozita Che Wan (RCW) tu ada apa-apa ker?
ishh taklah..kitaorang kawan ajer..
baik kamu cari orang muda kan..
sekarang ni tengah mencari tapi tak jumpa lagi
oh yer ker...erhmmmm semuga bertemu jodoh
 
Lisa Surihani yang makin cantik sejak bergelar isteri Yusri 
tak ada tanda-tanda nak jadi seorang ibu
oh auntie..kita selalu jumpa kan..
wah terharu Liyana Jasmay ingat muka akak
Kecil molek orangnya pelakon Izara Aishah (Pelakon Vanila Coklat)
lagi comel bila pakai baju sekolah
Pelakon dan penyanyi Adibah Noor (yang panggil akak kakak daun pandan) sebagai Pengetua SMK Ayer Dalam yang juga menjadi pengacara Super Spontan di Astro
 Kami yang happy terutama Zurie yang dapat bergambar dengan artis yang di minati ...Jejai tak habis dengan TM Fatin Liyana..kami pun terjangkit sama
 Harun Salim Bachik bersama Jejai
 Sebelum pulang sempat lagi bergambar kat sini..
adik beradik Elfira Loy tak hadirlah pulak.
Paling best sebab ada soalan bahasa inggeris...soalan pertama semua malu-malu nak jawab...biasalah takut salah..nanti malu.  Soalan kedua akak suruh PA akak jawab...betul lah pulak..
Bila soalan seterusnya ramai berebut-rebut mengangkat tangan dan baru berani nak menjawab termasuk akak. Bila dah ramai sangat yang angkat tangan, akhirnya  pengacara Sazzy Falak pilih akak untuk menjawab soalan terakhir walaupun akak duduk di belakang.
Alhamdulliah dapat gak jawab soalan english tu..wah not bad aaa my english. Sebagai pencinta buku tentu akak merasa gembira dapat voucher dari MPH sebanyak ini.  

Terima kasih Astro sudi jemput akak
Jangan ketinggalan untuk menonton Oh My English! pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)!

Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

p/s nanti akak buat sekitar pelancaran Oh My English!  ni yer

Ahad, Julai 10, 2011

Apa Ada Di Kenduri Garnier/Light Up Kenduri ?

Baru balik dari kenduri garnier, terima kasih Connie Ng-Senior PR Manager yang sudi menjemput akak dan geng blogger yang lain. Kami duduk dan di layan bersama press yang lain membuatkan kami terasa di hargai.
contoh barangan garnier yang kami dapat,yang ni display ajer
Antara bloggers yang hadir, kami jadi duta kecillah pulak. Makanan banyak sungguh, sampai boleh tapau bawak balik. Nanti akak show gambar lagi yer terutama gambar bersama Duta Garnier Lisa Surihani yang memang cantik dan peramah.

Khamis, Julai 07, 2011

Menonton Wayang Bersama Pelakun Tolong!Awek Aku Pontianak

Tolong!Awek Aku Pontianak

Dibintangi oleh

Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin dan Bell Ngasri.

Pengarah : James Lee

Mula tak perasan sape pelakun yang berlakun sebagai agent rumah baru Bob..rupanya Afdlin Shauki. Macam biasalah Afdlin kalau berlakun selalu jadi mamat poyo.
Lakunan Zahiril Adzim memang berbeza dengan lakunan beliau dalam drama seri Juvana TV3. Sekarang ni hangat pasal beliau menulis novel bertajuk “Bogel Menuju Tuhan..fuhh tajuk..mesti jadi isu lepas ni.

TAAP mengisahkan tentang percintaan dua dunia berbeza antara Bob dan Maya. Bob berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya, Ina, Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartmen lain.

Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik, iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti Pontianak mereka terbongkar. Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik.
Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan berpakat dengan Pian untuk membongkar identiti Maya dan Liyana.

Tetapi keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak iaitu Nadia lakonan Nurul Wahab yang datang dari Johor ke Kuala Lumpur, semata-mata mahu mencari Maya. Bagaimanakah kesudahan filem ini?
Lakunan Zahiril Adzim sebagai Bob yang lurus bendul (Imran sebut..nobbb..nobb) memang menjadi bila digandingkan bersama Sazzy Falak. Kelakar wei tenguk rambut beliau dalam cerita ni. Beliau berkawan baik dengan Syanie dan seorang lagi..ala lupa pulak dah nama dia.
Makeup Sazzy Falak (Pontianak-Maya) agak menakutkan juga dan lakunan beliau tidak mengecewakan.sayangnya Sazzy tak datang pada hari tersebut
Liyana (Liyana Jasmay) adik kepada pontianak Maya yang sentiasa menyokong setiap tindakan kakak beliau. Paling kelakar bila dengar suara Liyana bila dia bertukar jadi pontianak.
Pelakon Sufian Mohamed, 25 berasal dari Mersing rupanya mempunyai memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dari Kolej Lagenda, Negeri Sembilan dan pernah berkhidmat sebagai jurutera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau yang berlakun sebagai kawan baik Bob bernama Pian yang tidak bekerja dan tinggal serumah bersama Bob. Paling kelakar bila adegan romantis mereka berdua sambil bertentang mata di anggap seperti pasangan sedang bercinta (bukan gay okkk)
Nadia (Nurul Wahab) pontianak jahat yang datang dari Johor ke Kuala Lumpur, semata-mata mahu mencari Maya. Nurul datang bersama mat salleh..tak taulah sape.
Lakunan Bell Ngasri sebagai pembantu
bomoh selebriti (sebut betul-betul....Aaron slam bachh (Harun Salim Bachik) memang tidak mengecewakan. Kelakar sungguh weiiii.
Amir tak berlakun cuma datang sebagai penonton. Imran syok sungguh jumpa Amir, siap salam dan sebut..abang amir, ayah saya suka dengan abang...
Tali baruts yang memenuhkan panggung menonton pra tonton Tolong!Awek Aku Pontianak anjuran MAXIS MOVIES di TGV WANGSA WALK pada malam Selasa lepas. Terima kasih buat Hamzah , JMR dan Hazman yang sudi memberikan 3 tiket kepada akak.

Blogger yang hadir :
1. JMR bersama aweks Kampung Pisang
5. Ujang yang kelakar
6. Yana

Sama-samalah kita menonton filem tempatan ini di pawagam mulai 7 Julai 2011. Tak rugi menontonnya sebab ashik tergelak ajer kat dalam panggung. Akak bagi 4/5 betul akak kata..tak rugi tenguk cerita komidi romantik ni.

Info dari Gua.com.
Filem yang menjalani penggambaran selama 25 hari ini menelan kos sebanyak RM1.5juta

JOM JENGUK SINI PULAK

1. DIGI SUPER RELOAD YOUTH



3. INFO PASAL SAMSUNG GALAKSY S2

Sabtu, Jun 04, 2011

Jumpa artis/pelakun Jue Aziz di majlis perkawinan rakan blogger

Banyak sangat nak di ceritakan sampai tak terlupa pasal majlis perkawinan kawan blogger ni.

Majlis perkawinan kali di adakan di Saloma Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang di adakan pada 28hb. Mei 2011 yang lalu.
Cantikkan pelamin ni, suka betul tenguk
Kameral Putra dan Nur Amirah semuga berbahagia sehingga ke anak cucu.
Bersama wan, ibu pengantin perempuan..
bestnya dapat bergambar kat atas pelamin
Kat majlis nilah akak dapat peluk sakan dengan artis/pelakun Jue Aziz..
ibu pengantin perempuan tak sempat nak bergambar dengan Jue sebab sibuk melayan tetamu.

Bukan sajer ada Jue, ada gak Aril AF7 yang mendendangkan beberapa lagu (rakan pengantin lelaki) dan pelakun Sabrina Ali (nampak sikit kat belakang) tapi muka dia tak ceria, rasa seram pulak nak ambil gambar dengan dia.
Bukan akak ajer yang teruja dapat jumpa dengan Jue Aziz tapi member masak memasak akak si Noni (taukeh kek) pun sama gak. Best kan Nonnie ..glam jap dapat peluk dengan artis
Terima kasih yer Wan sebab menjemput akak dan suami,
tak lama dapatlah cucu..insyallah

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...