OOO

Memaparkan catatan dengan label pelakon oh my english di Astro 610. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelakon oh my english di Astro 610. Papar semua catatan

Rabu, Julai 31, 2013

Buka Puasa Dengan Pelakon Oh My English (OME)

Salam Ramadan
Gembira rasa di hati bila dapat undangan dari Astro untuk berbuka puasa bersama-sama dengan pelakon Oh My English  sempena episod kemuncak pada hari Sabtu yang lepas.
 
Pasangan romantis Rozita Che Wan dan Zain Saidin pakaian sedondon uuu..cantik pulak warna baju mereka.  Che Ta dah bertudung..ingatkan cuma bertudung dalam rancangan Primadona.

Akak dah banyak kali jumpa Zain tapi pertama kali jumpa Che Ta.  Wow anak akak pun kata Che Ta lebih cantik tenguk real dari dalam gambar.

Body fuhyoooo ..macam anak dara..perut leper..muka kecik sungguh. Masa buka puasa tenguk Che Ta makan gak nasi. 

Mereka berdua ni duduk semeja dengan akak..apa lagi..ashik jeling bulu mata mata, bibir dan segala-galanya lah.  

Suka gak tenguk bila mereka berdua berbual..tengah bahagia kan..mana ada borak kuat-kuat.
Izara Aishah pun cantik..tak semua pelakon yang hadir tapi ada jibam, mazlee, Cikgu Md Salleh, Pak Sham dan Farouk tapi  Imran tak tertunai hasrat di hati nak bergambar dengan Mohd Shafie Naswip yang memegang watak Azlan.

Terima kasih Astro sudi jemput kami anak beranak.

Isnin, Julai 16, 2012

Lisa Surihani Di Siaran Khas OME! Tenguk Jangan Tak Tenguk

Wah..wah..mesti sape yang peminat tegar Lisa Surihani tak sabar-sabar nak tenguk Oh My English! yang telah menjadi fenomena kerana 1.5 Juta Penonton telah menonton Oh My English, 85,000 peminat telah Like Facebook Oh My English dan lebih 3.25 juta telah menonton di Youtube dan terus meningkat.
lawa kan kasut Lisa...walaupun warna tak matching tapi cantik..menyerlah
Pada hujung minggu ini setiap hari dari Julai 20 - 22 (Jumaat – Ahad), pastikan anda menyaksikan Siaran Istimewa ‘Oh My English’, khas untuk peminat setia ‘Oh My English!’  dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam di Astro TVIQ (saluran 610).


Sepanjang Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ pada hujung minggu ini, peminat-peminat boleh menyaksikan Siaran Maraton Khas ‘Oh My English!’ daripada episod 1 hingga 10 yang akan diacarakan oleh pelakon-pelakon ‘Oh My English!’. Peminat-peminat ‘Oh My English!’  turut boleh menyaksikan klip-klip video pendek dan detik-detik kegemaran mereka (‘Top 10’) seperti yang diundi oleh mereka, bersama dengan Siaran Esklusif “Bloopers” pelakon-pelakon ‘Oh My English!’ 

Bukan itu sahaja!Pastikan anda menonton episod khas ‘Oh My English!’ pada 22 Julai (Ahad) pada pukul 10 pagi dengan pelakon jemputan terkenal tanahair - Lisa Surihani. Dalam episod ini, Lisa Surihani memainkan dirinya sebagai seorang pelakon yang ingin mencari bakat-bakat baru untuk sebuah filem baru dalam bahasa Inggeris. Saksikan gelagat lucu murid-murid Kelas 3M apabila Lisa melawat sekolah mereka untuk mengadakan sesi uji-bakat dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, pastikan anda juga terus melayari laman resmi ‘Oh My English!’ di www.ohmyenglish.com.my untuk keterangan lanjut  mengenai rancangan ini atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif seperti Go Go English! dan aktiviti-aktiviti lain seperti Oh My Worksheet. Para peminat juga boleh mengikuti video-video terkini Oh My English! di www.youtube.com/ohmyenglishtv. Sebagai alternatif, penonton juga boleh mengikuti laman Oh  My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki Bahasa Inggeris anda.

Jangan ketinggalan untuk menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English’ pada hujung minggu ini pada 20 – 22 Julai (Jummat – Ahad) dari pukul 10 pagi – 10 malam, serta penampilan istimewa Lisa Surihani di rancangan ‘Oh My English!’ pada Julai 22, (Ahad) pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)! Pelanggan Astro juga boleh mengambil kesempatan menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ melalui perkhidmatan terbaru Astro On-The-Go di mana jua. Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari  www.astro.com.my
 

Jumaat, Mei 25, 2012

Majlis Pelancaran Oh My English! Di Hilton Hotel Kuala Lumpur

 ada meja dan kerusi ala-ala kat sekolah
Pagi semalam akak telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Oh My English di Ballroom C, Hilton Hotel Kuala Lumpur.  Korang yang melanggan Astro mesti dah tenguk iklan program ni kan.  Kelakar dan melucukan rancangan ini tau.

Astro dengan sokongan Kementerian Pelajaran telah melancarkan inisiatif pembelajaran baru melalui rancangan Oh My English!, yang bertujuan memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia dan ianya adalah ianya bukan sahaja menghiburkan tetapi juga turut mendidik dan memperkayakan kehidupan mereka dengan informasi berguna. Bukan semua yang boleh berbahasa inggeris kan.
Dihoskan oleh Azrul Zaidi (Bahasa Melayu) dan Sazzy Falak (Bahasa Inggeris) dalam dua bahasa, pelancaran ini membuktikan usaha Astro untuk menyokong usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan ini adalah kesinambungan dari inisiatif membawa rancangan pembelajaran bertaraf antarabangsa kepada sekolah-sekolah di seluruh tanahair melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat  (CSR) iaitu Kampus Astro.

Kampus Astro telah melengkapkan 10,000 buah saluran pendidikan dan informasi termasuk saluran History, Discovery, National Geographic, Astro Tutor TV, Astro IQ dan lain-lain lagi.
 dikir barat oleh pelajar sekolah
 Pada dunia hari ini, menguasai lebih daripada satu bahasa merupakan suatu kelebihan dan dan Astro berharap rancangan ini akan memenuhi dasar Kementerian Pelajaran untuk "Memartabatkan Bahasa Malaysia,Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Majlis pelancaran ini telah dirasmikan dengan ucapan oleh Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-kanak, Astro dan Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia
Gimik pelancaran oleh Putri Yasmin Megat Zaharuddin – Naib Presiden, Bahagian Remaja dan Kanak-kanak, Astro, Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud – Ketua Pengarah Kementrian Pelajaran Malaysia dan Mr Henry Tan – Ketua Pegawai Operasi, Astro

Oh My English! merupakan sebuah komedi pendidikan disamping menghiburkan para penonton dan pada yang sama mengajar pertuturan Bahasa Inggeris yang betul yang akan disiarkan setiap hari Ahad pada pukul 10.00 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610).
Bertempat di sebuah sekolah (rekaan fiksyen) bernama SMK Ayer Dalam mengisahkan tentang pelajar-pelajar daripada kelas 3 Merah yang terkenal dengan kenakalan mereka serta rekod pencapaian akademik yang kurang memuaskan dan subjek yang paling teruk ialah Bahasa Inggeris.

Dengan ketibaan seorang guru baru daripada United Kingdom bernama Henry MIddleton (lakonan Zain Saidin) di sekolah itu, bakal mengubah segalanya kerana beliau bakal berhadapan dengan cabaran mengajar kumpulan pelajar yang bermasalah itu.
Menerusi 20 episod yang mengujakan, Oh My English! menampilkan barisan pelakon berpengalaman termasuk pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor yang membawa watak sebagi pengetua, pelakon komedi dan peserta Raja Lawak Mega Mr. Os dan juga Harun Salim Bachik serta Nabil.

Oh My English! dilakonkan oleh bintang muda Izara Aishah, Addy Ashraf, pasangan adik beradik Ahmad Ezrin Loy dan Nurul Ezlisa Loy, Mohd Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Amer Sharrif, Tan Teong Sik dan Muhammad Akhmal Mohmad Nazri.

Selain dari itu ramai lagi artis/pelakun  jemputan yang fofolur turut tampil bersama pelakon utama diantaranya Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Greyson Chance dan Maher Zain.
 
Lagu tema yang dinyanyikan oleh Liyana Jasmay dan Altimet juga dipersembahkan semasa majlis pelancaran dan pelakon telah di ajak menari bersama.
Liyana Jasmay dan Altimet yang menyanyikan lagu tema Oh My English! yang berirama rancak catchy..kami semua terhibur mendengarnya.  Selain dari itu kami juga di tunjukkan video di sebalik tabir rancangan(Behind The Scenes) ini.
gaya comel artis..i likeeeeeee

Jangan lupa layari laman web rasmi: www.ohmyenglish.com.my dan di Youtube www.youtube.com/ohmyenglishtv.
 
Jangan ketinggalan dan pastikan korang semua menonton Oh My English pada setiap hari Ahad pada jam 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)
 jom ramai-ramai sebut Oh My English! sambil buat gaya comel tutup mulut

Untuk pelanggan Njoi juga boleh menontonnya pada setiap hari Jumaat jam 9.30 malam dari 8 Jun di Astro Prima (Saluran 105).

Jangan lupa ke laman sosial face di www.face.com/ohmyenglish yang telah menawan hampir 50,000 peminat, mendapat tontonan di YouTube dan masih lagi terus meningkat, serta menjadi topik hangat yang kerap di perkatakan di Twitter #OhMyEnglish

Khamis, Mei 24, 2012

Bergambar Dengan Pelakon Oh My English!

Korang tentu kenal kan pelakon-pelakon fofolur ni kan.  Akak baru ajer berjumpa dengan mereka tadi di Pelancaran Oh My English! di Hotel KL Hilton Kuala Lumpur.

Rasanya ramai yang ternanti-nanti rancangan Oh My English! yang merupakan sebuah komedi pendidikan untuk menghiburkan dan mengajar pertuturan Bahasa Inggeris dengan betul yang akan di siarkan bermula pada hari Ahad ini jam 10.00.

Blogger kalau jumpa retis mestilah kena sawan kamera kan..biasalah tu..
 Zain Saidin (sebagai Henry Middleton)..akak sempat gak tanya..
kamu dengan Rozita Che Wan (RCW) tu ada apa-apa ker?
ishh taklah..kitaorang kawan ajer..
baik kamu cari orang muda kan..
sekarang ni tengah mencari tapi tak jumpa lagi
oh yer ker...erhmmmm semuga bertemu jodoh
 
Lisa Surihani yang makin cantik sejak bergelar isteri Yusri 
tak ada tanda-tanda nak jadi seorang ibu
oh auntie..kita selalu jumpa kan..
wah terharu Liyana Jasmay ingat muka akak
Kecil molek orangnya pelakon Izara Aishah (Pelakon Vanila Coklat)
lagi comel bila pakai baju sekolah
Pelakon dan penyanyi Adibah Noor (yang panggil akak kakak daun pandan) sebagai Pengetua SMK Ayer Dalam yang juga menjadi pengacara Super Spontan di Astro
 Kami yang happy terutama Zurie yang dapat bergambar dengan artis yang di minati ...Jejai tak habis dengan TM Fatin Liyana..kami pun terjangkit sama
 Harun Salim Bachik bersama Jejai
 Sebelum pulang sempat lagi bergambar kat sini..
adik beradik Elfira Loy tak hadirlah pulak.
Paling best sebab ada soalan bahasa inggeris...soalan pertama semua malu-malu nak jawab...biasalah takut salah..nanti malu.  Soalan kedua akak suruh PA akak jawab...betul lah pulak..
Bila soalan seterusnya ramai berebut-rebut mengangkat tangan dan baru berani nak menjawab termasuk akak. Bila dah ramai sangat yang angkat tangan, akhirnya  pengacara Sazzy Falak pilih akak untuk menjawab soalan terakhir walaupun akak duduk di belakang.
Alhamdulliah dapat gak jawab soalan english tu..wah not bad aaa my english. Sebagai pencinta buku tentu akak merasa gembira dapat voucher dari MPH sebanyak ini.  

Terima kasih Astro sudi jemput akak
Jangan ketinggalan untuk menonton Oh My English! pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)!

Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

p/s nanti akak buat sekitar pelancaran Oh My English!  ni yer

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...