OOO

Memaparkan catatan dengan label beg tangan berjenama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beg tangan berjenama. Papar semua catatan

Khamis, Februari 21, 2013

Nak Gak Rasa Handbags Coach

Assalammualaikum semua
al fatihah (arwah abah)
Dulu masa anak-anak kecil ..gaji suami pun tak banyak mana..kami terpaksa berjimat cermat sebab 3 orang anak di lahirkan rapat terutama Firdaus dan Liyana..jarak 1 tahun :(
Duduk pula rumah sewa di rumah pangsa di Kuala Lumpur ..kena bayar setiap bulan dari RM250 sehingga naik RM350.00 dengan alasan setiap kali nak naikkan sewa kata anak nak kawin nak duduk rumah ni.  Bila mak akak tanya (kawan mak) dia kata nak naikkan sewa. :(
Oleh sebab anak dah bersekolah berhampiran, family duk dekat dan akak pulak mengajar tak jauh dari situ terpaksalah duk gak sebab malas nak fikir masalah transport nanti. :(
Walaupun bekerja tapi masih payah nak melaram beg tangan mahai..faham ajerlah kan..bila anak-anak sedang membesar banyak perbelanjaan yang di perlukan. :(

 Setelah berhenti kerja sebab ikut suami gi Jakarta...N3 kat SINI...rezeki alhamdulliah tapi cuma akak berani beli beg tangan Bonia ataupun Carlo Rino ajer di Kuala Lumpur..tu pun beli masa jualan murah :).   
Pernah gak beli dompet Bonia di Terminal Tas Bandung tapi design tak sama..tak ori kot..

Nak beli Coach pun dah seram tenguk harga ..tu belum lagi hb gucci, lv, burberry dan jenama yang sewaktu dengannya yang harganya beribu riban.

Alhamdulliah bila dah mula berblog dan dapat income 5 angka setahun pastu 2 anak lelaki dah bekerja..rasa lega sikit. Anak-anak pun ada kasi duit belanja dan ada pula duit dapur yang berlebihan.  

Simpan..simpan gak.. tapi nak gak di belanjakan demi kepuasan diri sendiri..betul tak (alasan orang pempuan)

Mulalah nak merasa benda yang ada jenama dan makanan yang sedap-sedap.  Nafsu orang perempuan memang tak sama dengan orang lelaki. Orang lelaki lebih suka menghabiskan duit kat kereta dan sewaktu dengannya ..orang pempuan ni pulak suka macam-macam...pinggan mangkuk, baju, handbag, tudung dan lain-lain.

Sekarang ni akak tengah survey hand bag Coach kat google dan tanya gak member yang selalu beli ...kat mana tempatnya sebab kalau nak beli mestilah yang berbaloi kann.

Akak pernah buat N3 pasal hal ni tahun lepas ..tapi tak beli gak
Tapi bila tenguk harga Coach kat SINI memang boleh tahan
tapi bila offer orang kata berbaloi  beli kat butik ni


nak beli online ada kawan pernah beli kat SINI ....search jumpa pulak kat SINI .  Harga memang banyak bezanya..rasa keliru gak..online ni cam tak best sbb tak boleh belek-belek

Akak dah 2 kali gi ke sini tapi belum lagi masuk dapat masuk butik Coach di Johore Premium Outlets :) sebab ramai sangat orang beratur.Orang kata beli kat sini pun boleh dapat harga berbaloi.

Terima kasihlah sudi baca luahan perasaan akak ni yer. Bervangan ajer ek..

p/s..erhmm anak lelaki akak tak bagi beli..katanya..
       mak...nanti mak senang jadi mangsa ragut..erkkkk :(
 

Khamis, Julai 19, 2012

Warnai Raya Dengan Beg Idamanmu

 
Jualan beg tangan berjenama oleh Reebonz pasti menceriakan sambutan hari raya anda.
Sekiranya anda penggemar beg tangan berjenama atau pun teringin hendak memilikinya, Reebonz menjemput anda untuk meraikan musim perayaan dengan rekaan warna warni untuk jualan Raya buat pertama kalinya.

"Acara jualan murah musim Raya yang pertama ini dengan tema "Warnai Raya Dengan Beg Idamanmu" untuk meraikan kemeriahan musim perayaan dengan pelanggan kami terutamanya yang akan menyambut Hari Raya Puasa!", kata Sean Oh, Pengurus Besar Serantau bagi Malaysia dan Timur Tengah ketika perviu jualan khas untuk media.
Reebonz merupakan destinasi dalam talian ekslusif yang mana ahli-ahlinya dari Indonesia, Singapura, Thailand, Hong Kong, Korea dan Malaysia dapat membeli belah barangan mewah pada harga yang berpatutan menerusi acara jualan murah dalam talian yang tertutup yang cuma berlangsung selama 2 hingga 3 hari sahaja.

Ini membolehkan kami memberikan kami untuk memberikan pilihan jenama yang lebih banyak kepada pelanggan pada harga jualan tertutup dan dapat memastikan bahawa produk yang di tawarkan sentiasa baru dan terkini,' tambahnya lagi.
Ahli Reebonz dapat membeli belah secara online dan menikmati harga terbaik berbanding butik bertauliah atau "reseller" dan mereka tidak perlu risau akan caj penghantaran atau cukai kastam kerana harga yang terpapar tiada mempunyai sebarang kos tersembunyi.
Reebonz akan membuat penghantaran dalam masa 3-5 hari di Malaysia, bergantung kepada kelulusan kastam.  Produk yang di tawarkan adalah dengan jaminan 100% tulen dan return policy adalah selama 14 hari.  

Bukan itu saja, penerimaan pakej dari Reebonz juga membawakan pengalaman bermakna, kerana setiap barang akan di balut cantik bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.
Jualan Raya merupakan acara istimewa dalam talian yang akan berlangsung selama dua hari sahaja di Malaysia sempena musim perayaan.  "Kami akan mengadakan acara jualan di Member's Lounge di Bangsar, Kuala Lumpur".  

"Acara ini terbuka kepada ahli-ahli Reebonz serta orang ramai dan memberi peluang bagi mereka untuk melihat, menyentuh dan membelek beg berjenama asli sebelum membelinya pada harga jualan tertutup kami," katanya lagi.
"Kami akan menawarkan jenama terkenal termasuk Balenciaga, Burberry, Coach, Gucci, Kate Spade, Marc by Marc Jacobs, Miu Miu, Prada, Proenza Schouler dan Vintage Chanel', kata Amanda Gan, Pengurus Perhubungan Awam dan Pengekalan Ahli Reebonz Malaysia yang berkongsi butir spesifik bagi jualan tersebut.
"Semua beg akan di jual pada harga diskaun sehingga 70%.  Kami akan mengadakan jualan murah seperti potongan RM150 daripada beg Coach dan Burberry terpilih dan ini semestinya sesuatu yang sukar di tolak oleh penggemar beg berjenama!"janjinya lagi.

Untuk menjadi ahli Reebonz, anda cuma perlu mendaftar di reebonz.com.my dengan melengkapkan langkah-langkah pendaftaran yang mudah di laman web log in.  Selain dari itu, anda jug aboleh meminta rakan atau ahli keluarga yang telah menjadi ahli menjemput anda menjadi ahli.
Jualan Raya Beg Tangan Reebonz "Warnai Raya Dengan Beg Idamanmu" akan berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu, 10 dan 11 hb. Ogos 2012 dari jam 11 pagi hingga 5 petang di Reebonz Lounge, Lot 3A.02A, Level 3A, Menara BRDB, No 285 Jalan Maarof Bukit Bandaraya, 59000 Kuala Lumpur.
Dapatkan kemasukan utama dengan menghantar email kepada  concierge@reebonz.com   atau hubungi 03-22021393 dan nikmati pelan bayaran ansuran 0% dengan lapan bank seperti Alliance, Ambank, Citibank, HCBC, Maybank, MBF, OCBC dan RHB.

Untuk maklumat lanjut tentang Reebonz dan Jualan Raya ini, sila layari laman rasmi Reebonz di reebonz.com.my atau laman Facebook Reebonz Malaysia di facebook.com/reebonzmalaysia.

Khamis, November 17, 2011

Tiruan atau Berjenama?

Akak ni dari dulu lagi memang gemar beli barangan yang ada jenama biasa-biasa ajer (cam ad, sembonia, bonia) untuk  kasut dan beg tangan.  Bila beli baju anak-anak masa kecik  pun akak suka beli yang berjenama sebab tahan lama dan boleh di gunakan turun temurun.  Tapi semua tu beli masa sales ajer...kalau tak sales idaklah..sayang duit..

Harga taklah  yang ribu riban ...cuma harga ratusan (paling mahal pun RM300 lebih ajer)  tu pun beli masa sales yang ada potongan giler-giler 30% hingga 50%.  Masa kerja dulu bolehlah bergaya sikit pasal pegang duit sendiri.

Sejak dah tak bekerja akak jarang dah beli kasut dan handbeg.  Cuma ganti pun masa nak raya ajer.  Bosan gak jika pakai terlalu lama kan.
Bila gi ke Hatyai sebelum bulan puasa ..akak tertarik nak beli beg tangan kat situ sebab tak tahan tenguk geng mak dara beli.  Harga dalam RM80.00...konon nak bergaya di hari raya
 Dapat bergaya sekejap masa gi sana sini masa raya
Tapi sayangnya boleh tercabut handle ni..puas nak repair tak leh...kenalah buang nampaknya..sayangnya sebab banyak yang kata beg tangan ni cantik
Terpaksalah guna beg tangan lama brand sembonia...tahan sungguh beg ni...dah merata akak bawak tak rosak sangat cuma ada cacat sikit ajer.

Alamat kena beli baru aaaa cukup bulan ni..lagi pun cek nuffnang sampai gak awal bulan depan.  Macam biasa cari yang dapat potongan kaw kaw ..sebab rasanya banyak gak shopping complex yang buat tawaran giler-giler di hujung tahun ni.

Nak pakai berjenama ataupun idak terpulang pada diri masing-masing..tepuk dada tenguk duit dalam dompet kannnn..

p/s belum taraf nak pakai beg tangan ribu riban lagi ni...bilalah nak rasa ek? Nasib baik tak ada kad kredit ..kalau ada tentu dah kena gesek..beli entah apa-apa tah nanti.

Apa-apa pun bersyukur dengan apa yang ada.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...