OOO

Memaparkan catatan dengan label beg tangan coach. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beg tangan coach. Papar semua catatan

Khamis, Februari 21, 2013

Nak Gak Rasa Handbags Coach

Assalammualaikum semua
al fatihah (arwah abah)
Dulu masa anak-anak kecil ..gaji suami pun tak banyak mana..kami terpaksa berjimat cermat sebab 3 orang anak di lahirkan rapat terutama Firdaus dan Liyana..jarak 1 tahun :(
Duduk pula rumah sewa di rumah pangsa di Kuala Lumpur ..kena bayar setiap bulan dari RM250 sehingga naik RM350.00 dengan alasan setiap kali nak naikkan sewa kata anak nak kawin nak duduk rumah ni.  Bila mak akak tanya (kawan mak) dia kata nak naikkan sewa. :(
Oleh sebab anak dah bersekolah berhampiran, family duk dekat dan akak pulak mengajar tak jauh dari situ terpaksalah duk gak sebab malas nak fikir masalah transport nanti. :(
Walaupun bekerja tapi masih payah nak melaram beg tangan mahai..faham ajerlah kan..bila anak-anak sedang membesar banyak perbelanjaan yang di perlukan. :(

 Setelah berhenti kerja sebab ikut suami gi Jakarta...N3 kat SINI...rezeki alhamdulliah tapi cuma akak berani beli beg tangan Bonia ataupun Carlo Rino ajer di Kuala Lumpur..tu pun beli masa jualan murah :).   
Pernah gak beli dompet Bonia di Terminal Tas Bandung tapi design tak sama..tak ori kot..

Nak beli Coach pun dah seram tenguk harga ..tu belum lagi hb gucci, lv, burberry dan jenama yang sewaktu dengannya yang harganya beribu riban.

Alhamdulliah bila dah mula berblog dan dapat income 5 angka setahun pastu 2 anak lelaki dah bekerja..rasa lega sikit. Anak-anak pun ada kasi duit belanja dan ada pula duit dapur yang berlebihan.  

Simpan..simpan gak.. tapi nak gak di belanjakan demi kepuasan diri sendiri..betul tak (alasan orang pempuan)

Mulalah nak merasa benda yang ada jenama dan makanan yang sedap-sedap.  Nafsu orang perempuan memang tak sama dengan orang lelaki. Orang lelaki lebih suka menghabiskan duit kat kereta dan sewaktu dengannya ..orang pempuan ni pulak suka macam-macam...pinggan mangkuk, baju, handbag, tudung dan lain-lain.

Sekarang ni akak tengah survey hand bag Coach kat google dan tanya gak member yang selalu beli ...kat mana tempatnya sebab kalau nak beli mestilah yang berbaloi kann.

Akak pernah buat N3 pasal hal ni tahun lepas ..tapi tak beli gak
Tapi bila tenguk harga Coach kat SINI memang boleh tahan
tapi bila offer orang kata berbaloi  beli kat butik ni


nak beli online ada kawan pernah beli kat SINI ....search jumpa pulak kat SINI .  Harga memang banyak bezanya..rasa keliru gak..online ni cam tak best sbb tak boleh belek-belek

Akak dah 2 kali gi ke sini tapi belum lagi masuk dapat masuk butik Coach di Johore Premium Outlets :) sebab ramai sangat orang beratur.Orang kata beli kat sini pun boleh dapat harga berbaloi.

Terima kasihlah sudi baca luahan perasaan akak ni yer. Bervangan ajer ek..

p/s..erhmm anak lelaki akak tak bagi beli..katanya..
       mak...nanti mak senang jadi mangsa ragut..erkkkk :(
 

Ahad, Ogos 12, 2012

Bervangan Nak Beli Hand Beg Coach

 
Bila jejalan tertenguk ada satu fb jual beg tangan coach..harga pun reasonable.  Akak ni tak pernah lagi beli se cara online..memang tak ada pengalaman.  

Bila hantar email, orang tu kata  hb coach tu masih ada stok  di malaysia.


 

Akak kalau nak beli mesti nak tenguk dulu, baru puas hati..tapi bila akak nak tenguk dorang kata cuma hantar pos laju ajer.  

Hati pun dah berkata-kata..alamak kalau beli camni..boleh percaya ker?
Bukan sikit punya harga pulak tu.

Bila bincang dengan anak-anak dan geng blogger dorang tak kasi beli..

Baik mak/akak  gi beli kat Sogo ataupun JJ...lagi puas hati boleh belek-belek..kang hb tu made in china yg grade one tentu mak/akak  bengang kan..

Betul gak tu..akak dah terbaca macam-macam cerita tentang peniaga on9 ni..tapi bukan semuanya tak jujur ..cuma segelitir ajer.

Alahai tak tertunai lagi hasrat di hati nak beli hb mahal.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...