OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat capati lembut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat capati lembut. Papar semua catatan

Rabu, September 21, 2011

Roti Capati (Resepi Ulangan)

Buntu nak buat breakfast kan..kali ni merajinkan diri mengguli tepung atta nak buat capati.  Kalau Yana balik akak memang suruh bawa balik tepung atta dari sana.  
Ashik ke sini sana masa raya sampai akhirnya Yana tak dapat makan capati ni.  Tak perlah, nanti kalau balik lagi boleh buat lagi.  Kali ni makan dengan sambal sardin ajer.

Bahan-bahan
3 cawan tepung capathi/tepung atta
2 sudu makan mentega/marjerin lembut-cairkan
1 sudu teh garam
air suam secukupnya.
Cara-cara
1. Masukkan mentega/marjerin cair ke dalam tepung dan campurkan rata.
2. Masukkan garam ke dalam air suam dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. Setelahitu bahagikan doh kepada doh yang kecil.
4. Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil.
5. Tunggu sebentar baru di balikkan dan gunakan paper/towel lembab dan tekan diatas permukaan capati sehingga timbul gelembung.
6. Angkat dari pan dan letakkan sedikit minyak sapi/marjerin/mentega atas capati yang telah di masak dan ulangi proses sehingga habis.

Khamis, Mac 10, 2011

Resepi Capati

Beli tepung capati ni kat supermarket More di Davengere masa melawat Yana. Ingat nak buat kat sana tapi tak sempat. Dulu akak pernah tepek resepi buat capati tapi guna minyak. Kali ni akak ikut pulak resepi akak dapat dari google.

Bahan-bahan
3 cawan tepung capathi/tepung atta
2 sudu makan mentega/marjerin lembut
1 sudu teh garam
air suam secukupnya.
Cara-cara
1. Masukkan mentega/marjerin ke dalam tepung dan campurkan rata.
2. Masukkan garam ke dalam air suam dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. Setelahitu bahagikan doh kepada doh yang kecil.
4. Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil.
5. Tunggu sebentar baru di balikkan dan gunakan paper/towel lembab dan tekan diatas permukaan capati sehingga timbul gelembung.
6. Angkat dari pan dan letakkan sedikit minyak sapi/marjerin/mentega atas capati yang telah di masak dan ulangi proses sehingga habis.

Makan bersama kari daging ataupun sambal/kari sardin pun sodap.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...