OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat inti tortilla. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat inti tortilla. Papar semua catatan

Khamis, Mac 06, 2014

Roti Tortilla Inti Daging

As'salammualaikum semua

Selalunya inti daging guna daging burger ni akak buat guna roti pita/kebab, kali ni guna tortilla pula.

Bahan-bahan

  •  5 keping roti pita -potong 2 
  • 6-8  biji burger (hancurkan) ataupun guna daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam
  • 1/2 cawan mixed vege
  • 6 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan mayonis
  • beberapa titik maggi seasoning (optional)
  • daun salad yang telah di cuci bersih
  • timur-hiris bulat
  • tomato-hiris bulat
  • sedikit minyak
  • garam secukupnya
  • *cili sos dan mayonis letak ikut selera sendiri yer

Cara-caranya

1.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar.
2.  Bila dah layu masukkan tomato, kacau dan masukkan buger ayam tadi.
3.  Kacau dan hancur-hancurkan dan masukkan pulak lada sulah, sedikit garam (jika perlu) dan lada hitam.
4.  Bila burger dah masak masukkan mixed vege kacau rata dan terus padam api.  Sejukkan.


Bila dah sejuk bolehlah di campurkan mayonis dan cili sos.  


Panaskan tortilla sebentar atas non stick pan.  
Susun salad, timun dan tomato dan letak atas inti diatasnya.  Gulung dan bolehlah di makan.

Jumaat, Januari 18, 2013

Salmon Cheesy Wrapped

Assalammualaikum semua...

walaupun kepenatan kerana baru balik dari sekolah Imran sebab ada seminar UPSR....kena update blog sebab ada BE yang tengah running..dapatlah sikit rezeki bila setiap BE mencecah puluhan ringgit sebulan.  Orang duk rumah bila dapat ratusan ringgit hasil berblogging memang berbaloi rasanya.
Tak payah keluar dari rumah, keluar duit minyak dan memikirkan macam-macam masalah dipejabat..cuma terpaksa memikirkan apa yang perlu di hidangkan setiap hari untuk keluarga tersayang sebab kalau selalu makan luar pun tak bagus gak..sekali sekali bolehlah.

Akak ambil idea nak buat dari blog Cik Manggis..akak buat untuk makan malam sebab kat rumah ni kadang kala mereka tak nak makan nasi.  Akak tukar sikit caranya..jangan marah yer cik manggis.

 Bahan-bahannya:
2 keping ikan salmon.
1 labu bawang besar.
4  keping tortillas
Daun salad secukupnya.
Garam
Cheese keping scukupnya.
Buah tomato.
Lada sulah.
Sedikit minyak zaitun/minyak sayur/minyak jagung
Mayonis
Sos tomato/sos cili

Cara-caranya
Pan fried salmon  yang telah di lumur dengan sedikit garam sehingga masak.  
Pastu hancurkan ikan ni ..jangan lupa buang tulang dan kulitnya.
Tumis dengan minyak zaiton bawang holland/besar 
yang di potong dadu sehingga layu.
Masukkan kembali isi ikan salmon dan taburkan 
sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Panaskan tortillas. Carik-carikkan kepingan cheese dan .masak hingga cheese  cair...pastu ratakan dengan sudu.
Sudukan salmon,aturkan daun salad dan potongan buah tomato,mayonis dan sos tomato/sos cili serta sedikit serbuk lada sulah.  Lipat dua dan bolehlah di hidangkan.  Senang bukan nak membuatnya.

Sabtu, Oktober 06, 2012

Macam Lasagna Lah Pulak Tortilla Ni

Tenguk kat dalam fridge ada 1 paket tortilla..teringin nak buat lasagna tapi kulitnya tak ada..malas nak pi beli...nak cuba guna kulit tortilla pula.

Senang ajer nak buatnya...
Sebelum tu...tumis dengan sedikit minyak zaitun.. bawang putih, 2 cili merah, 1 biji tomato  dan bawang besar yang semuanya telah di potong dadu/cincang kasar.

Masukkan daging kisar pastu buhlah serbuk lada hitam, garam dan sedikit sos cili..agak-agaklah nak letak..akak pakai campak-campak ajer.  

Bila dah masak...sejukkan sekejap.  Beli mozarella cheese sepeket di kedai bakeri sebab lagi murah dari supermarket.
 

 Ambil sekeping tortilla..buh tomato sos dan mayonis..sapu rata

Tabur daging dan mozarella cheese di setiap lapisan 
dalam bekas tahan panas/pyrex.
Last sekali taburkan lagi cheese mozarella  ke semua bahagian atas dan tepi pastu..bolehlah di bakar dengan suhu 180C..panaskan dulu yer dalam 10 minit baru masukkan.
Bakar dalam 15-20 minit atau  sehingga mozarella cheese cair keperangan
Makan panas-panas lagi sedap...paling best bila mozarella cheese tu boleh tarik panjang-panjang macam chewing gum....nampak macam lasagnalah pulak kannnn..cubalah..

Jumaat, Mei 06, 2011

Resepi Tortilla

 Dulu masa anak semua ada kat umah akak buat sendiri kepingan tortilla.  Kalau rajin nak buat , resepi kat SINI dan SINI. Untuk hb akak tak goreng cuma letak nugget ayam di hiris, tomato dan bawang besar bersama dengan campuran cili sos dan mayonis.
Untuk akak dan anak 2 orang tu akak goreng pula. Isi pun akak guna cara lain. Akak ikut cara buat dari kawan masak memasak kat SINI
 
Sebab tak rajin akak beli ajer tortilla, pastu letak garlic butter pastu letak campuran cili sos/mayonis/tomato sos, letak inti  pastu letak plak slice cheese yang di potong kecil .  Kemudian di gulung dan  terus letak dalam frying pan.Akak guna sedikit minyak zaitun dan goreng sehingga kekuningan.

Resepi filling :
5 batang sosej
1 biji bawang besar
2 biji tomato
1 biji bawang putih
Sedikit italian herbs atau oregano(mixed herbs pun boleh)
sedikit garam dan serbuk lada hitam
Sos cili di campur dengan mayonis dan sos tomato
Cara penyediaan :
  1. Potong sosej nipis-nipis , kupas semua bawang dan di mayang halus . Potong kiub semua tomato.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang putih dan kacau sampai bawang layu kemudian masukkan bawang merah dan kacau lagi sehingga layu. 
  3. Kemudian masukkan semua sosej dan serbuk italian herbs , kacau sehingga sosej masak.
  4. Biarkan sejuk dan letak diatas tortilla yang telah di sapu garlic butter ataupun cili sos yang telah di campur dengan mayonis dan tomato sos.
  5. Gulung dan goreng dengan sedikit minyak zaitun dan balikkan sehingga perang.
  6. Bolehlah di makan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...