OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat sambal sotong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat sambal sotong. Papar semua catatan

Isnin, Jun 30, 2014

Resepi Sambal Sotong Sedap

Assalammualaikum
Kadangkala akak suka buat sotong sekor sekor camni buat sambal.  Suami akak pun suka gak tapi bila dah di bersihkan sotong tu masukkan balik kepala dan cucuk dengan pencungkil gigi supaya tak terkeluar kepala tu.

Kalau buat sambal camni masak lemak kobis dan goreng ikan masin pun ok 

Bahan-bahan
5 ekor sotong 
2 ulas bawang putih - dikisar
8 biji bawang merah - dikisar
sedikit belacan-optional
1 biji bawang besar - hiris bulat
6 sudu besar cili kisar
air asam jawa - ikut masam
garam dan gula secukup rasa


Cara memasak :
Kisar/tumbuk bawang putih, belacan dan bawang merah sehingga lumat.
Panaskan minyak dan tumis bawang tumbuk sehingga wangi, baru di masukkan cili kisar dan kacau sebati.  Masukkan sedikit garam.
Bila dah naik minyak, masukkan pula sotong bersama bawang besar hiris tadi.
Masukkan air asam jawa sedikit dan biarkan sehingga sambal naik minyak dan pekat.
Masukkan secubit gula dan rasa, jika kurang garam boleh di tambah.
Hidangkan.

Selasa, Oktober 23, 2012

Nasi Lemak Kukus, Sambal Sotong Dan Ayam Uncle Bob

Assalammualaikum semua

Nasi lemak kukus ni akak buat malam tadi..entah kenapa tiba-tiba teringat nak makan..bukan mengidam sebab mengandung yer..
Akak ikut resepi nasi lemak kukus yang pernah akak buat dulu.  Agak remeh nak kukus mengukus ni..ambil masa yang panjang gak nak menyiapkannya.  Nasib baik akak buat kukis..x lah jemu nak menunggu step by step nak menyudahkannya.

Buat gak sambal sotong dan rebus telur tapi entah camner dek kerana sibuk buat kukis orang order akak terlupa nak keluarkan ayam.
Akak suruh ajer anak beli ayam UNCLE BOB..yang menjadi kesukaan dorang ni.  Firdaus yang belanja ayam ni.


Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras ( atau secukupnya )
  • Santan pekat ~ secukupnya
  • 3 helai daun pandan-disiat-siat
  • Garam secukup rasa
  • daun pisang
Cara-caranya

1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Akak lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus...jangan besar sangat..nanti beras keluarlah pulak. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus (tak payah keluarkan daun pisang..keluarkan beras aje tau) dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk.
4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit (bergantung pada banyak beras)

** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Sambal sotong punya resepi bolehlah jenguk kat SINI

Khamis, April 09, 2009

Sambal Tumis Pekat Sotong


Sambal sotong ni sedap di makan dengan nasi lemak..sedap..korang adjustlah rasanya sebab kadang-kadang ada yang suka sambal rasa manis sikit ataupun rasa masam sikit.

Bahan:-

  • 7 ekor sotong sederhana besar - potong bulat
  • 5-6  sudu besar cili kisar
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 2-3 sudu besar air asam jawa pekat
  • 1 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • sedikit air
  • minyak secukupnya
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
Cara Memasak:-
  1. Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng sebentar, angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Perlahankan api dan masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam.
  5. Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering.
  6. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi.
  7. Masukkan juga bawang yang dipotong bulat.
  8. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...