OOO

Memaparkan catatan dengan label cili merah kerinting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cili merah kerinting. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 03, 2010

Asparagus dan Burung Puyuh Bercili

Setelah di godek-godek coding html...tu pun setelah minta pendapat dari seorang blogger dan sampai nak juling biji mata mencari ...akhirnya terjumpa jugak coding tu.  Oleh sebab akak tak kuasa nak tunggu manager akak balik..akak godek-godeklah sendiri.  Puas jugak nak membuang ke enam-enam coding tu.  Alhamdulliah rasanya dah tak keluar lagi iklan innity tu. 

Ada yang bertanya sama ada akak ada copy paste ker idak..rasanya kat atas tu semua gambar akak sendiri dan akak memang gunakan ayat sendiri.  Masa pagi tu dah keluar dah iklan tu. Cuma kat bawah tu akak ambil dari berita harian on9.

Tak perlah...akak pun dah tukar password kaw-kaw punya.  Kalau ada lagilah iklan tu masuk..memang orang tu memang terror sungguhlah.  Terima kasihlah yang bagi komen-komen pasal hal tersebut.

Ikut kata Robb kena ambil masa 4 hari baru  boleh dapat gelaran geli-geli tu..sabar ajerlah menanti.
Burung puyuh tinggal seekor ..fikir-fikir nak masak apa ek..dari pada berebut nak makan..akak potong kecik-kecik pastu goreng letak garam dan kunyit.  Nak bagi resepi pun tak reti sebab campak-campak. Cuma akak tumbuk sebiji bawang besar, 4 biji cili merah bersama 4 biji bawang putih bersama sedikit belacan.

Bubuh sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan yang telah ditumbuk dan biarkan sampai naik minyak. Masukkan garam bersama burung puyuh yang telah goreng , gaul sekejap dan pastu masukkan asparagus yang telah di potong kecik. Jangan lama sangat, rasa dulu cukup garam dan terus padam api..sebab nanti benyek..(lembek).  Senang kan.

Ahad, Ogos 01, 2010

Gulai Cumi aka Sotong Padang


Cumi di panggil sotong di indonesia.  Kalau nak masak gulai cara orang Padang masak seeloknya gunakan cabe merah kerinting..baru enak dong.


Waduh ...suamiku suka masakan cumi begini.  Akak ambil resep dari SINI.
Kalau nak tiru cara yang asal pun boleh kot.


Bahan :
  • 1 kg cumi, buang tinta,(buang hitam) cuci bersih, lalu masukkan kepala cumi dan semat dengan lidi. (akak buang kulit luar sotong tu...lepas basuh akak perapkan dengan jus limau kasturi dan garam sekejap..baru bilas dan toskan)
  • 4 lembar daun jeruk-(daun limau purut)
  • 1 lembar daun kunyit (disiat dan disimpul)
  • 2 lembar daun salam (akak guna yang kering punyer)
  • 750 ml santan-(akak guna 1  cawan santan pekat campur 2 cawan air)
Bumbu halus : (bahan tumbuk/kisar)
  • 5 butir bawang putih*
  • 5 butir bawang merah*
  • 5 buah cabe merah keriting*
  • 1 sudu teh  ketumbar bubuk (serbuk ketumbar)*
  • 3 butir kemiri (tak letak)*-buah keras
  • ½ sdt kunyit halus (akak guna kunyit hidup)*
  • 1 batang serai-tumbuk hujung-nak kisar pun boleh
  • 1 sudu teh  lengkuas halus (akak buat hiris lengkuas tu dalam 3 hiris)
  • garam secukupnya
  • ¼ sdt jinten (serbuk jintan manis)
  • sedikit minyak
Cara Membuat :
1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda *.  Masukkan sedikit minyak dan tumis bumbu halus hingga harum.
2.  Masukkan santan dan biarkan mendidih lalu masukkan daun jeruk, daun kunyit, daun salam, hirisan lengkuas dan cumi aduk  (kacau) lalu masak hingga matang. 
Sebelum diangkat rasa dulu.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...