OOO

Memaparkan catatan dengan label sotong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sotong. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 16, 2017

Resepi Sotong Goreng Tepung

Assalammualaikum

Resepi ni memang akak selalu buat kalau goreng sotong. 

Bahan-bahan
500gm sotong-dibersihkan, potong dan tos
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
sedikit serbuk kari
sedikit serbuk lada hitam/sulah
1 biji telur-pukul sebentar (kalau tak cukup tambah lagi yer)
garam dan minyak yang banyak

Cara-caranya
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, lada sulah dan garam.
2. Celup sotong dengan telur yang telah dipukul.
3. Salut dengan tepung dan masukkan kedalam minyak yang panas.
4. Tunggu hingga kekuningan..bolehlah di angkat..sotong tak boleh lama..nanti keras kejung...
3. Hidangkan segera dengan cili sos ,makan panas-panas tu sebab kalau nak makan baru goreng
.

Khamis, Jun 23, 2016

Sambal Sotong Kering Sedap

Assalammualaikum

Akak suka buat sambal sotong kering bila ada anak-anak datang bermalam kat rumah.  Berbaloi sikit membuatnya sebab nak masak ambil masa yang lama sebab nak bagi sotong lembut walaupun dah rendam dengan ubat.
Bila dah rendam semalaman, air memang berbau jadi kenalah basuh berulang kali dan bersihkan juga kat sesunggut sotong.  Harga sekg dah naik, tapi nak makan punya pasal, kena beli ajerlah.  Nak makan kat kedai, memang mahal sungguh.

Bahan-bahan
  • 2 ekor sotong kering-direndam semalaman dengan ubat dia-kalau nak yg kembang pun boleh..lepas tu potong kecil-kecil
  • 1 1/2 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa-bergantung kepada tukang masak
  • 2 cawan air-kalau sotong tak lembut boleh tambah air lagi
  • 2 sudu besar gula tebu/gula melaka
  • 1 cawan minyak masak
  • sedikit santan
  • 2 biji bawang besar di hiris halus
  • garam secukupnya
Bahan kisar/tumbuk
  • 10 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan-pilihan
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing.
2. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana sehingga naik minyak.
3. Masukkan sotong kering, air  dan air asam jawa dan kacau lagi hingga sebati.
4. Biarkan sotong lembut baru dimasukkan santan, garam dan gula pastu masak hingga pekat.
5. Bila telah pekat baru di padam api dan bolehlah di hidang bersama nasi lemak, nasi ataupun nasi impit.
Kalau nak tenguk camner nak rendam sotong kering bolehlah ke SINI
dan kat SINI
Esoknya masak nasi lemak... :)
resepinya kat SINI

Jumaat, Januari 27, 2012

Sambal Sotong Kering (Buat Masa Kenduri)

Sambal sotong kering ni memang anak-anak cukup suka.  Kalau buat mesti banyak-banyak tapi akak lebih suka kalau mak akak masak sebab air tangan mak memang sedap sungguh..anak-anak pun kata..

Wan..kalau masak memang umphhhhh

tak sempat nak buh dlm pinggan..ambik gambar camni ajerlah
Sambal ni salah satu menu yang kami buat masa buat kenduri akhir bulan Disember tahun lepas.  Dulu harga sotong kering baru dalam RM29.00..bila akak beli kat NSK dah naik RM59.00..mak datukkkkk dekat sekali ganda.
Patutlah bila beli nasi lemak lauk sotong kering harga dah naik..nak buat camnerkan sekarang ni semua bahan makanan naik harga..kesian pada orang yang tak berkemampuan.
Oleh sebab anak-anak nak juga sambal sotong kering terutama Yana dan Russhdi yang dah lama tak rasa..beli jugalah..demi menunaikan hasrat hati anak-anak.  Kami beli 3kg untuk buat kenduri..pengsan kau nak memotongnya..terima kasih pada kak long yang tolong potong sebab akak anak beranak gi ambil Russhdi kat KLIA.
Mak tak suka beli sotong kembang yang beli kat pasar...kami rendam sendiri gunakan ubat sotong.  Kalau beli sotong kering ni korang kena beli ubat dia sekali.  Seketui baru 0.50 sen sahaja.

Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong kering-direndam semalaman dengan ubat dia-kalau nak yg kembang pun boleh..lepas tu potong kecil-kecil
  • 1 1/2 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa-bergantung kepada tukang masak
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar gula tebu
  • 1/2 cawan minyak masak
  • sedikit santan
  • 2 biji bawang besar di hiris halus
  • garam secukupnya
Bahan kisar/tumbuk
  • 10 biji bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan-pilihan
Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing.
2. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana sehingga naik minyak.

3. Masukkan sotong kering, air  dan air asam jawa dan kacau lagi hingga sebati.
4. Biarkan sotong lembut baru dimasukkan santan, garam dan gula pastu masak hingga pekat.
5. Bila telah pekat baru di padam api dan bolehlah di hidang bersama nasi lemak, nasi ataupun nasi impit.
Kalau nak tenguk camner nak rendam sotong kering bolehlah ke SINI
dan kat SINI
 

Sabtu, Ogos 06, 2011

Sambal Tumis Sotong Petai

Fuh...hari yang mencabar, sebab dari pagi sibuk ke kedai bakeri cari bahan nak buat kukis.  Alhamduliah walaupun tak di war-warkan di blog tapi masih ada orang yang sudi nak beli kukis akak.  Punyalah ramai orang kat dalam kedai sampaikan nak bayar mengambil masa yang panjang.  Nak beli tepung pun dah habis sehingga terpaksa cari kat kedai bakeri yang lain.

Balik melepek, tak larat rasanya.  Nak update blog pun malas.  Sekarang ni dah lega dan dah hilang penat.  Ashik buat sambal tumis udang sekali sekala tukar guna sotonglah pulak.  Kali ni cuma dapat beli sotong kecik sehingga bila masak jadi kecut.  Resepi kali ni ambil kat blog Ah Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan-tukar ke sotong
4 papan petai, ambil isinya.
1 biji bawang besar, hiris kasar-akak hiris bulat-gegelang
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan petai dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.
  2. Tambah udang/sotong dan bawang hiris, masak hingga udang/sotong masak dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...

Rabu, Ogos 03, 2011

Sotong Masak Kicap@Hitam

Masak sotong ni memang sonang terutama yang baru penat baru balik kerja di bulan puasa. Akak letak segala sayur dalam peti ais sebab malas nak masak sayur lagi. Kalau masak sotong ni memang keluar air, akak tambah lagi air sebab kat umah ni kalau tak ada lauk berkuah cam tak tertelan nasi terutama dak Imran. Ambil resepi dari blog hazila

Bahan bahan

500 gms sotong-tinggalkan dakwat hitam dalam 2
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
2 cm halia *
2 sudu makan kicap pekat
1 biji tomato
1 tangkai cili merah - dibelah 2
1 tangkai cili hijau - dibelah 2
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula jika perlu

Cara cara
  • Bersihkan sotong dan toskan
  • Kisar bahan yg bertanda *. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan kicap pekat, dakwat sotong serta sotong, gaul rata.
  • Masukkan garam,gula dan sedikit air asam jawa. Kacau lagi.
  • Akhir sekali masukkan bawang,tomato,cili,sayur-sayuran dan gaul rata. Setelah masak, bolehlah diangkat.

Jumaat, Oktober 01, 2010

Resepi Sotong Kari Pekat

 Alhamdulliah ada lagi penaja baru untuk contest akak.  Terima kasih kepada http://www.cometcloth.com  & http://www.chearmster.com
 yang sudi menaja  sehelai t-shirt  pop art berharga RM50.00 untuk pemenang 1, 2 dan 3.  

Apalagi..cepatlah masuk yer.
 Kadang-kadang fening nak masak sotong ni..dah lama tak masak kari..sekali sekala bolehlah makan..
Bahan-bahan
  • 5 ekor sotong-bersihkan dan masukkan balik kepala  cucuk dengan pencungkil gigi dan toskan
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 1 cawan santan pekat
  • 5 sudu makan kari ikan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • 2 sudu makan sos tomato
  • garam, air dan minyak secukupnya
Bahan tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji tomato didadu
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur
Cara-cara
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati sehingga layu.
3. Masukkan pula buah tomato yang telah didadu. Biarkan sebentar.
4. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api dan biarkan pes kari masak.
5. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit dan kacau selalu.  Masukkan garam.
6. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan.
7. Apabila santan mendidih masukkan pula sotong.  Selalunya tak payah masukkan air sebab nanti sotong akan berair.
8. Jangan masak sotong terlalu lama...bila mendidih masukkan pula jus asam jawa dan rasa dulu garam barulah di padamkan api.

Ahad, Ogos 01, 2010

Gulai Cumi aka Sotong Padang


Cumi di panggil sotong di indonesia.  Kalau nak masak gulai cara orang Padang masak seeloknya gunakan cabe merah kerinting..baru enak dong.


Waduh ...suamiku suka masakan cumi begini.  Akak ambil resep dari SINI.
Kalau nak tiru cara yang asal pun boleh kot.


Bahan :
  • 1 kg cumi, buang tinta,(buang hitam) cuci bersih, lalu masukkan kepala cumi dan semat dengan lidi. (akak buang kulit luar sotong tu...lepas basuh akak perapkan dengan jus limau kasturi dan garam sekejap..baru bilas dan toskan)
  • 4 lembar daun jeruk-(daun limau purut)
  • 1 lembar daun kunyit (disiat dan disimpul)
  • 2 lembar daun salam (akak guna yang kering punyer)
  • 750 ml santan-(akak guna 1  cawan santan pekat campur 2 cawan air)
Bumbu halus : (bahan tumbuk/kisar)
  • 5 butir bawang putih*
  • 5 butir bawang merah*
  • 5 buah cabe merah keriting*
  • 1 sudu teh  ketumbar bubuk (serbuk ketumbar)*
  • 3 butir kemiri (tak letak)*-buah keras
  • ½ sdt kunyit halus (akak guna kunyit hidup)*
  • 1 batang serai-tumbuk hujung-nak kisar pun boleh
  • 1 sudu teh  lengkuas halus (akak buat hiris lengkuas tu dalam 3 hiris)
  • garam secukupnya
  • ¼ sdt jinten (serbuk jintan manis)
  • sedikit minyak
Cara Membuat :
1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda *.  Masukkan sedikit minyak dan tumis bumbu halus hingga harum.
2.  Masukkan santan dan biarkan mendidih lalu masukkan daun jeruk, daun kunyit, daun salam, hirisan lengkuas dan cumi aduk  (kacau) lalu masak hingga matang. 
Sebelum diangkat rasa dulu.


Rabu, Julai 28, 2010

Bawang Besar Dan Udang Goreng Tepung Gogi

Akak terjatuh cintan bila goreng bawang holland dengan tepung jenama ni. Bila suami kata sedap lagilah kembang hati akak.

Bawang holland/bawang merah tu cuma hiris bulat..pastu lerai-leraikan dan celupkan dengan tepung gogi yang telah di bancuh dengan air berais...tak yah campur telur lagi..cuma tambah garam dan serbuk lada hitam/lada sulah dan goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Sedap di makan panas-panas bersama cili sos.

Akak goreng jugak udang..sebab Yana kata udang kat India mahal giler.
kesian anakku itewwww..badan makin kurus...

Khamis, Julai 08, 2010

World Cup 2010-Keputusan German vs Spain (Menci Paul Sotong Kurita)

Salam semua....akak ni penyokong  kuat German dan Belanda...seronok sebab ashik menang ajer..tapi akak taklah nak berjaga pagi semata-mata nak tenguk bola...tak kuasa tau..

Bila bangun ajer dari tidur pagi tadi..tanya dengan hb sape yang menang..

Spain da...

Down pulak bila dengan German kalah kat Spain...sedihnyaaa...dapat telur..0-1 kat Spain..

Keputusan separuh masa pertama dua-dua 0-0.  Dalam pusingan kedua.. pemain Spain nama dia...
Spain's Carles Puyol, left, scores during the World Cup semifinal between Germany and Spain in Durban, South Africa, on Wednesday. Puyol's header gave Spain the victory and its first appearance in a World Cup final.
 Carles Puyol  ( kalau salah sebut bunyi cam carles poyo) dapat shoot pulak ke gawang German pada minit 37.
Gambar  dari sini...http://thehindu.co/spor/article504812.ece?homepage=true
Mestilah pasukan Spain gembira bagai nak rak....sape yang tak suker masuk final kannn..mesti pemain German rasa hampa..

Ni semua pasal ramalan dari sotong kurita si Paul nilah....
Nanti kau.....akak nak tangkap masak...
 sotong masam manis ker ataupun 
 ataupun akak goreng tepung.....
 takpun kita buat takoyaki..sedap oooo...

menciiiiiiinya dengan sotong ni ..dengar cerita harga sotong ni mahal ek..

Sabtu, Februari 06, 2010

Sambal Sotong Malbari

Dulu pernah masak sambal malbari ni..tapi guna udang..sajer pulak pakai sotong...nasib baiklah anak-anak kata sedap.
Bahan-Bahan
  • 1/2kg sotong dibersihkan dan tos.
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan (akak guna babas)
  • 2 sudu teh biji sawi(akak gunakan tumisan ikan...ala..yang ada campuran halba, jintan putih & biji sawi tu)
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • 1 biji bawang besar-hiris halus
  • 2 senduk besar cili giling (akak masukkan 4 sudu makan aje)
  • 1 sudu makan tomato puri
    2 biji tomato-belah 4
  • 2 tangkai daun kari
  • garam secukupnya
    1 sudu teh serbuk kunyit
  • minyak untuk menumis
  • sedikit air asam jawa
Bahan kisar/tumbuk
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih 
  • 1 inci halia
Cara-caranya
1. Gaul sotong dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sebentar..
2. Angkat dan gunakan minyak yang baru..tumiskan tumisan ikan, hirisan bawang besar dan daun kari.... lepas tu masukkan juga bahan kisar.  Kacau sebentar.
3. Masukkan cili giling dan rempah ikan sambil di kacau dan kecilkan api..masukkan air sedikit.. kacau  selalu sampai terbit minyak. Masukkan juga  sedikit garam.
4. Setelah tumisan naik minyak, masukkan tomato puri dan biarkan pekat sedikit baru masukkan sotong , bawang besar dan tomato.
5. Masukkan  sedikit jus asam jawa, rasa  dan terus padam api. Sedia dihidangkan..

Khamis, November 26, 2009

Sotong Goreng Cili Kering

Resepi asal ketam goreng cili kering...tapi tak ada stok ketam...akak gunakan sotong ajer...akak masak 1/2 dari resepi asal..resepi akak ambil dari majalah saji.
Bahan-bahan
  • 1/2 kg sotong
  • 7-8 tangkai cili kering-potong serong 1 inci
  • 1 1/2 biji bawang besar-potong 4 setiap satu
  • 3 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 1cm halia-hiris nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2sudu besar minyak bijan
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak masak untuk menggoreng 
 Cara menyediakan
1.  Bersihkan sotong, potong kecil dan perap sekejap dengan jus limau dan garam.
2.  Bilas bersih dan toskan dan gaulkan dengan kunyit dan garam.
3.  Goreng kekuningan dan angkat lalu ketepikan.
4.  Bubuh minyak dalam kuali dan tumiskan cili kering sekejap (jgn lama nanti hangus)
cepat-cepat masukkan halia, bawang putih dan bawang besar.  Kacau sehingga sebati dan wangi.
5.  Masukkan pula sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap pekat dan minyak bijan.
6.  Kacau rata dan biarkan mendidih.
7.  Kemudian masukkan sotong, garam dan gula. Gaul rata dan hidangkan.

Rabu, November 18, 2009

Nyonya Sambal Sotong


 Bila Mat Gebu kata masak ni tak pedas...walaupun merah sangat mak ngah..akak buatlah...emmmm..boleh tahan...resepi ambil dari umah dialah...terima kasih mat..akak c & p aje ye..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g sotong, siang, cuci bersih dan toskan-akak tak potong..
  • 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 10 biji cili merah, ditumbuk halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 cm lengkuas*
  • 1 inci belacan, dibakar*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)
  • Sedikit air jika perlu


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalan kuali, panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus, serai dan daun limau purut hingga harum, masukkan cili tumbuk dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan sotong, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sotong kecut dan kuah pekat. Tuang jus limau kasturi, gaul rata dan rasa. Jika perlu tambah sedikit gula untuk mengimbangkan rasa masam.
  3. Masak dengan api perlahan selama 2 - 3 minit lagi. Angkat dan boleh hidangkan. Jangan masak lama2 nanti sotong liat macam selipar jepunn!!!....

 Selalunya buat bihun sup ni hari cuti....buat sarapan..kalau sape nak resepi...rujuk kat label mee ye..

Isnin, November 09, 2009

Sambal tumis pekat sotong

 Dah masak dah lamaer dah..tapi tak jumpa gambar....ambil dari umah Ummi di Kuantan jugak...tak leh cerita panjang..ada hal yang nak di uruskan...nak gi ke ijn kejap..akak c & p dari umah ummi..terima kasih ummi..

Bahan:-
7 ekor sotong sederhana besar - potong bulat
3 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/4 cawan gula melaka
2 sudu besar air asam jawa pekat
4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air
1 labu bawang besar - potong bulat

Cara Memasak:-
Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sebentar, angkat dan toskan. 
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari. 
Perlahankan api dan masak hingga naik minyak. 
Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam. 
Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering. 
Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. 
Masukkan juga bawang yang dipotong bulat. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.

Ahad, November 08, 2009

Sotong Breadcrumbs


 Yang ni buat dah lama...pasal nak menghabiskan breadcrumbs yang beli hari tu...selalunya akak buat goreng tepung ajer...ni sajer-sajer nak mencuba..nasib baiklah anak-anak suker..
Bahan Utama:-
  • 6 ekor sotong
  • 1 biji telur, dikacau sedikit
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • 3/4 cawan tepung beras*
  • 1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
  • 1/2 hingga 1 cawan breadcrumbs (akak guna yang warna oren)
  • Minyak utk goreng terendam 
  •  
  •  Cara-cara
  •  Cuci bersih sotong dan potong kecil-kecil.
  • Toskan sotong dan serapkan  dengan paper towel. Lumur sotong dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkankan sotong tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga melekat satu persatu.Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan sotong hingga semua permukaan sotong berbalut breadcrumbs.(ingat yer...satu persatu..tak boleh sekali gus..buat dulu banyak-banyak barulah di goreng.
  • Goreng dalam minyak panas (jangan banyak sangat dan lama sangat) dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.
 
ni dah masak lama dah...resepi dah pernah tepek..jadi tak yah tepek lagilah..
kalau masak lomak kena ado ikan masin..barulah kick..akak goreng sekali ikan kembung gadang tu...tak sodaplah skrg ikan ni..sedop lagi ikan pelaling...

    Ahad, Oktober 18, 2009

    Sotong Goreng Beriani


     Resepi ni akak ambil dari ummi di kuantan .... tapi resepi asal dari Mak Daro (Nis) kat Singapore...sekarang ni dah senyap sunyi...kemanalah dia pergi tak tahulah..ummi pulak ambil dari umah noreen di uk...mak oiiii jauhnya resepi gi umah orang...last-last masuk kat umah akak lah pulak.....Nak masak pun senang...ummiiiii akak c & p dari umah ummi ye...



    Bahan:-

      • 500 gm sotong - potong ikut suka, xnak potong pun xpa
      • 4 biji bawang merah - ditumbuk
      • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
      • 1/2 inci halia - ditumbuk
      • 1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk
      • 1 camca besar serbuk cili
      • 1/2 camca besar serbuk ketumbar
      • 1 camca besar rempah beriani
      • 1 camca kecil sos ikan
      • 3 batang daun kari
      • 1 biji karot - potong ikut suka
      • 2 cawan air
      • garam secukup rasa
      • 5 camca besar minyak
    Cara Memasak:-
    1. Jerangkan 2 cawan air dalam periuk hingga mendidih dan masukkan sotong. Biarkan selama 2 - 3 minit. Angkat dan toskan. 
    2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan tumbuk hingga garing. 
    3. Masukkan semua rempah dan sos ikan, gaul rata. 
    4. Masukkan sedikit lagi air, daun kari, karot, garam dan sotong. Kacau sehingga karrot lembut.




    Khamis, September 10, 2009

    Sotong Masam Manis

     Masak sotong ni masa nak makan sahur...lauk pauk dah habis waktu berbuka...al maklumlah anak ramai...ambil resepi dari mak yang rajin masak di kuantan...sape lagi kalau bukan ummi...halal ek ummi ambil resepi ni...

     Bahan-bahan
    • 3 ekor sotong besar (kerat 1 in, gaul garam+tepung jagung, goreng sekejap)
    • 1 inci halia - tumbuk sikit
    • 2 ulas bawang putih - tumbuk kasar/racik
    • 2 sudu besar cili kering/cili hidup kisar
    • 3 sudu besar cili sos
    • 1 sudu besar sos tomato
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar gula
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 1 labu bawang besar - potong bulat
    • 1/2 biji tomato - potong dadu
    • sedikit nenas - hiris nipis

    Cara Menyedia:
     Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. Masukkan cili kisar, kacau. Masukkan semua sos, garam dan gula. Kacau sekejap. Masukkan sotong, bawang besar, nenas dan tomato. Kacau rata sekejap sahaja. Angkat.

    Khamis, Ogos 20, 2009

    Sotong Goreng Tepung


    Kalau goreng sotong akak memang suker pakai resepi ni...adik ipar yang pernah kerja kat restoren bagi tau akak resepi ni...dah cuba pakai adunan cair tu...tapi tak berapa bestlah...memang jadi kesukaan anak-anak...dulu pernah tepek resepi...tapi tengah tak ada kerja ni...tepeklah lagi sekali...

    Bahan-bahan

    • 500gm sotong
    • 1 cawan tepung gandung
    • 2 sudu besar tepung jagung
    • 1 sudu kecil serbuk kari daging
    • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
    • sedikit garam
    • 1 biji telur di pukul
    • minyak untuk menggoreng
    • 1 biji limau kasturi-ambil jus
    Cara-caranya

    1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.
    2. Bilas dan toskan.
    3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam.
    4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.
    5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan
    gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.
    6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.
    7. Sedap di makan panas-panas.

    Khamis, Julai 16, 2009

    Honey Squid(Sutun Madu) Dayangjack

    Mana-mana akak gi ke blog teman-teman cyber sibuk buat honey prawn...oleh sebab akak tak ada stok udang akak gantikan dengan sotong...jadilah sotong bermadu...jangan kena madu udahlah ye....akak bubuh brokoli yang telah di rebus sebab malas nak masak sayur..ambil idea ni dari nor di kt...yang makan cuma akak dan hb...anak-anak menghabiskan sotong aje..

    terima kasih dayang http://dayangjack.blogspot.com/ pasal bagi resepi yang enak ni..akak c & p ajelah ye..tapi edit sikit..jangan marah ekk?

    bahan-bahan :
    • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)-akak tukar sotong
    • 1 labu bawang besar*
    • 1 biji cili merah*
    • 3 ulas bawang putih*
    • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
    • 2-3 biji cili api (diketuk)
    • 1 sudu makan sos cili
    • 1 sudu makan jus lemon
    • sedikit daun ketumbar (dihiris)
    • 1/2 sudu besar kicap pekat
    Cara-cara :

    1. Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
    2. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili.
    3. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
    4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar.
    5. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

    Pastu buat air sirap berlemon....bubuh sirap kemudian perahkan lemon...masam-masam manis rasanya.

    Semua ni akak kutip dari rumah dayang...terima kasih ye....sayang dengan dia....muaaahhhh

    Jumaat, Jun 19, 2009

    Sotong Masak Hitam



    Resepi asal dari m di Kuantan...ni lagi satu resepi yang sedap dan ringkas..kalau orang yang bekerja bolehajalah saji oleh Chef Noris dari Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur tapi akak ambil dari rumah Puan Ummi... senang sesangat masak cam ni...terima umi..mcm biasa c & p..edit sikit ekk..

    Bahan:-

    • 600 gm sotong sederhana besar
    • 2 labu bwang besar (hiris bulat)
    • 3 tangkai cili merah (buang biji dan hiris nipis)
    • 1 sudu kecil garam
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 1 sduu besar kicap pekat
    • 1/2 batang lobak merah - di potong memanjang

    Bahan Kisar:-
    • 6 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 cm kunyit hidup
    • 3 cm halia
    Cara Memasak:-

    Bersihkan sotong dan potong bulat. Gaulkan dengan garam dan perapkan selama 15 minit. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga garing. Masukkan sotong dan gaul rata selama 8-10 minit. Masukkan bawang hiris, lobak, cili merah dan garam. Gaul rata dan goreng selama 3 minit. Masukkan kicap dan gaul rata lagi, biarkan sehingga sotong masak. Tutup api.

    Khamis, Jun 18, 2009

    Sotong Tempura

    Buat sotong tempura..resepi asal dari rumah rinnchan...tapi akak p & c dari rumah puan ummi kat kuantan..malaslah nak taip...enak di makan panas-panas.


    Bahan:-
    • Sotong dipotong bulat (*ummi guna sotong besar)sama mcm ummi jugak..
    • 1/3 cawan air sejuk dari fridge
    • 1 biji telor
    • 1 cawan tepung gandum
    • 2 sudu besar tepung jagung
    • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
    • sedikit garam
    • Minyak

    Cara Menyedia:-

    Sotong dibersihkan dan dilap dengan kitchen towel (supaya bila goreng tidak meletup). Campurkan sume tepung, soda, garam, telor dan bancuh dengan air ais agar bancuhan tepung likat. Jangan terlalu cair. Panaskan minyak dan celupkan sotong ke dalam bancuhan tepung dan goreng dengan api sederhana agar tidak mudah hangus. Seeloknya digoreng satu persatu. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.
    Enak di cicah dengan cili sos bercampur mayonis.

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...